03 October 2011

hal kahwin

assalamualaikum...

smlm, ntah macamana, saya terbersembang dgn roomate saya pasal kawin

jd, apa maksud kahwin ni?

mengikut definisi kamus MZAzri; kahwin merupakan satu ikatan sah antara lelaki dan wanita yg menghalalkan apa2 yg diharamkan (sblm berkahwin). juga bermaksud bahawa sang lelaki sudah bersedia ntuk memikul tanggungjwb sbg ketua nakhoda manakala sang wanita pula bakal menjadi penasihat yg paling setia dlm melayari lautan yg kerapkali bergelora

kenapa disuruh kahwin?

kerana;
Rasulullah S.A.W menyuruh kita berkahwin. baginda akan berbangga dgn ramainya umat baginda di akhirat nanti
perkahwinan meningkatkan iman. bagaimana? berkahwin menjdkan kedua2 org itu gembira pd satu2 masa supaya mereka dpt menumpukan ibadah pada masa yg lain.

bagaimana mencari pasangan?

usahlah mencari yg sempurna, kerana tidak ada manusia sempurna
cuba kita lihat diri sendiri. sempurna x kita?
jika kita sendiri pun x sempurna, layakkah kita mengahwini org yg sempurna?

fahami tentang perkahwinan;

1. perkahwinan bkn sekadar ntuk seronok, tetapi didasari oleh tanggungjawab yg berat. jika berjaya menempuhinya, maka besarlah ganjaran yg menanti
2. perkahwinan adalah platform mendapatkan pahala. memandang isteri/ suami dgn mesra pun dah dpt pahala. berpegang tgn, kalau time kapel dulu berdosa, tp bila dh kawin, dpt pahala
3. perkahwinan adalah ntuk menyempurnakan manusia. dlm tempoh perkahwinan itulah masing2 perlu meningkatkan diri, berubah ke arah yg lebih baik. ye lah, x malu ke kalau anak2 tgk perangai buruk kita?

apa tujuan saya tulis post ni?
bg membantu anda dan saya menanam azam ntuk berkahwin pada masa akan dtg
dan bg membantu anda dan saya memahami dan terus memahamkan diri tentang perkahwinan

moga kita dan pasangan kita bersama sampai ke syurga

zuhair; bljr dari Solusi

No comments:

Post a Comment