28 April 2010

kementerian pelajaran, oh kementerian pelajaran

yg bagusnye...

smlm, dr. mohd fuad zarkashi memberitahu bahawa subjek pendidikan seks xkan diajar di sklh2
ok la tu.
xde gunanya nk ajar subjek yg blh memberahikan dan meransang nafsu budak2.
bdk2 dh ada sains, pendidikan islam, sains tambahan, biologi, malah pendidikan jasmani pun ada menyentuh isu2 organ reproduktif nih
so, I salut kementerian pelajaran!

yg x bagusnya...

kelmarin diumumkan ntuk permohonan kursus perguruan, hanya 20% je lelaki yg memohon & 79% lg wanita (erm... mana lg 1%? pondan? hahaha!)
xpe2, lupakan dulu 1% tue
kalau dh kata hanya 20% je lelaki yg mintak cikgu, nape bila saya tanya kwn2 laki yg mintak cikgu, diorg x dpt even interview! (termasukla gak org yg tgh menaip nih..)
salah sape??

I salut kat kat bebudak yg mintak JPA, walaupun korg blm tentu blh dpt, at least dpt gak pegi interview!
hahaha!

pantun pendidikan;

sorong papan naik papan,
buah keranji dalam perahu;
suruh makan korg makan,
bayar PTPTN korg x mahu!

26 April 2010

budak2 zaman sekarang

baru2 ni, kes budak2 nk bunuh diri dh jd mcm fenomena
yg trbaru, bdk darjah 5 nk bunuh diri
apalaaa kejadahnya nk buniuh diri nie..?
kalo dh stress sgt, g la mancing kerrr,
main bola kerr,
badminton kerr,
ini nk bunuh diri lak!

hei cik adik, awak ingat dgn bunuh diri tu blh masuk syurga ker..?
malu kat org je..!

harap2 budaya nk bunuh diri ni x jd amalan kita mcm yg brlaku di jepun
masyarakat yg bunuh diri adalah masyarakat yg tidak tabah,
tidak sabar,
tidah tahan dugaan,
tidak redha ujian Allah,
tidak kuat imannya, dan
mudah berputus asa

jd, kalo ada masalah sekalipun, salurkanlah dengan saluran yg betul
kita ada kaunselor,
rakan2,
ibu bapa,
adik beradik,
saudara mara,
al-Qura'n, dan yg paling penting,
Allah S.W.T
so, manfaatkanlah!

23 April 2010

saya dh menang dragon age origins!

Tajuk: Dragon Age Origins
Pengeluar/ Pengedar: Bioware/ Electronic Arts (EA)
Genre: Role-Playing games (RPG)/ Tactical
Kesukaran: *Easy/ Normal/ Hard/ Nightmare
Label: M (Mature, untuk 18 thn ke atas)

Dragon Age Origins adalah sebuah game RPG yg nmpk sgt hidup. Kisahnya bermula apabila pemain berjumpa/ terjumpa dengan Duncan, seorg Grey Warden yg mencari seorg rekrut baru untuk pasukan Grey Warden.
Sbg seorg yg bakal menjadi Grey Warden, kita diminta untuk melalui proses Joining; sesiapa yg gagal dlm proses ni akan mati, dan yg hidup akan dilantik sbg Grey Warden. Misi utama Grey Warden adalah membunuh Darkspawn, makhluk kejahatan bwh tanah yg dikawal oleh darkspawn berbentuk naga, Archdemon. and of course, also to kill the archdemon so that the blight will end.

lepas proses Joining, semua askar yg terlibat dgn peperangan terhadap darkspawn (peperangan tu dipggl sbg Blight) mula bersedia untuk peperangan terakhir dgn darkspawn. Namun, ini hanyalah permulaan apabila Penasihat di-Raja, Teyrn Loghain sendiri berpaling tadah & meninggalkan Raja mereka, King Cailan yg sedang berperang bersama askar2 barisan depan. akhirnya, hampir semua yg tidak mengikut Loghain mati semasa peperangan dgn darkspawn.
gmbr bwh, hero, duncan dgn king cailan2 org grey warden brjaya menyelamatkan diri dan sbg menjunjung tugas untuk menghapuskan darkspawn, mereka perlu mengumpul setiap rekrut yg ada, drpd pelbagai puak ntuk menghadapi Blight pada masa akan dtg. Namun, Loghain yg sedar masih ada grey warden yg hidup slps blight kat Ostagar trus melabelkan grey warden sbg pengkhianat dan harus segera ditangkap. It's time for revenge... for the grey warden! For king cailan! for duncan! for Ferelden!!! (negara diorg)

kelebihan game ni;
1. jalan cter yg sgt menarik. dunianya besar, luas disusun dgn begitu teliti seolah2 negara Ferelden ni btl2 wujud. Budaya antara stp puak adalah berbeza, mcm tu jugak dgn kepercayaan. game ni jugak ada perkaitan antara 1 sama lain, blh dilihat dgn jelas kalau kita main semua opening stories
2. sblm main game ni, pemain diberi peluang ntuk cpta karakter sendiri (mcm game the sims), ekspresi muka, tubuh badan, semuanya blh diubah mengikut cita rasa. bwh ni karakter saya3. jantina x jd masalah ntuk game ni. lelaki atau pompuan, semuanya dilayan secara sama rata dlm game ni (cuma kalau brcinta, lelaki mstilah tertarik dgn pompuan & vice versa)
4. ada 3 race yg blh kita pilih. masing2 ada klbhn sendiri iaitu human, *elf atau dwarf
5. class pun ada 3 iaitu *warrior, mage atau rogue. masing2 ada klbhn sendiri. stiap class tu akan ada specialization tersendiri ntuk naikkan tahap class masing2. ntuk warrior, ada champion, berserker, templar dgn reaver. mage lak ada shapechanger, spirit healer, arcane warrior dgn blood mage. ntuk rogue, ada bard, assasin, ranger dgn duelist
6. ada 6 opening story yg berbeza, bergantung kpd race dgn class yg kita pilih
7. cutscene2 yg sgt mengagumkan, terutamanya sewaktu Blight
8. bg musuh yg bertahap elite atau boss, karakter yg buat final blow akan buat gaya2 yg tersendiri, bergantung kpd bentuk musuh & senjata2 yg digunakan
9. ada 4 jenis snjata dlm game ni, double handed weapon, weapon & shield, double weapon, bow & arrow. bila naik lvl, sgt penting kita upgrade diri kita brdasarkan jnis weapon yg kita pegang. armor yg dipakai pun bawak efek2 tersendiri. mcm kat bwh ni, juggernaut armor10. berbaik2 dgn ahli team akan meningkatkan approval diorg kat hero. approval tggi, ally akan slmtkan kita jika kita diserang byk musuh. approval rendah, ally akan terdorong ntuk tgglkan kita ntuk lwn musuh sorg2.
11. game ni gak adalah berdasarkan choice kita. macamana kita nk selesaikan satu2 masalah dgn cara yg terbaik apabila kita mempunyai byk jln penyelesaian.
12. byk gler klbhn dia. saya malas nk taip dh. mainla sndiri kalau nk tahu

keburukan;
1. watak kita x trlalu bebas ntuk bergerak. xleh lompat, lari, panjat, etc. gta series ada lebih byk kwln ntuk bergerak
2. cutscene yg terlalu skit, x mcm devil may cry 4
3. game ni agak susah. main tahap easy pun ada peluang ntuk mati, kalau x berjaga2

ok! saya rasa stakat tu je kot! jika anda peminat game rpg, Dragon Age Origins adalah game yg x blh dilepaskan.
Oh ya! expansion pack dia, Dragon Age Origins; Awakening pun dh kluar. saya jangkakan franchais dragon age origins akan jd mcm the sims, byk gler expansion!
some images for ya, ntuk tgk game ni lbh mendalam

cayalah!!

22 April 2010

selamat hari bumi sedunia




hari ini, 22hb april adalah sambutan hari bumi sedunia
promosi pada tahun ini adalah "seorg tanam sebatang pokok"
pada saya, wajar ntuk kita adakan sambutan ini melihatkan bumi kita yg semakin tercemar

agak2nya, kalo kita blh tgk rupa bumi kita, mgkn camni lah reaksi bumi skrg...

menangis kerana tgn2 manusia yg sesuka hati merobek isinya
oleh itu, sama2lah kita sayangi satu2nya bumi kita ini
kerana bkn sahaja manusia yg menjadi penghuninya,
malah byk lg makhluk2 Allah yg menjdkan bumi ini sbg tmpt tggl

moga2 kita sentiasa prihatin trhadap nsb Planet Biru kita
sama2lah ambik iktibar drpd imej kat bwh...

21 April 2010

macam budak2...

Situasi 1 (saling mengejek)

"kawan2! jgn kwn dgn cha..! dia tu miskin, hodoh lak tu. kita main masak2 sama2 kita je ek?"
"sha! nape hg ckp cmtu kat aku..? kau ingat kau ni bgs sgt ke!? kau cmburu dgn aku sbb dpt kasih syg mak dgn ayah aku kan? kau tu xde!!"
"peduli apa, aku..? jom kwn2! tgglkan dia!"

Situasi 2 (membangga diri)

"aiman, ayah aku tu, kalau dia lari, cheetah pun kalah tau!"
"eleh! ayah aku lak, kalo dia tembak dgn senapang dia, 10 burung pun blh matilaaa..!"
"ahh! ayah aku jg hebatla!"
"x! ayah aku lg hebat!"

situasi di atas adalah contoh situasi yg byk brlaku di Malaysia skrg
agak2, apa dia?
Yaaaaa...!!! ni lah tahap kematangan politik di Malaysia...!
mcm budak2...

amalan saling mencerca, saling memaki, mengutuk pihak lwn sdh menjadi kebiasaan di sini
kemudian, msg2 pndai plak ntuk back up ketua msg2

sbg seorg muslim yg mempelajari serba sedikit tntg Islam, saya brpendpt cara ini sgt2 kna diubah
budaya ini tidak diajar kpd org Islam
sedangkan kpd org bkn Islam yg x memberi ancaman pun disuruh berbuat baik, knp kita yg 1 agama, 1 bangsa perlu bermusuh2an dan bersgketa?

Islam adalah agama yg berteraskan kpd keluhuran akhlak yg tggi
kerana akhlak adalah crmin kpd aqidah kita
adakah ada org yg sntiasa melakukan maksiat itu, adalah org yg x pernah lekang drpd melakukan ibadah?
jika ada, sia2 sahaja ibadahnya krn x mampu mengubah dirinya

kita lihat bagaimana negara yg dilabel sbg maju berkempen kpd rakyat
mereka sekali2 tidak menghina org lain
fokus mereka, bg memastikan kemenangan berterusan, mereka akan berkhidmat ntuk rakyat.
biarlah perkhidmatan mereka dinilai sndiri oleh rakyat

disebabkan cara berpolitik x matang inilah, Malaysia masih dianggap sbg negara membangun
oleh itu, sbg seorg warga yg bakal mengundi dlm masa bbrp tahun lg, saya berharap budaya ini dpt dikikis dan diubah kpd yg lbh baik

pegi ke hutan mencari buluh
sggh di sungai, airnya jernih;
berbaik sgka tidaklah jenuh,
buang yg keruh, ambil yg jernih.

wassalam

20 April 2010

Pendidikan seks x diperlukan

sbg seorg bekas pelajar sek men, saya menentang habis2an cdgn menteri pembangunan wanita, keluarga & masyarakat ntuk meletakkan pendidikan seks sbg subjek di sklh2.

yg syok tu, katanya pljr sek ren pun patut didedahkan jugak subjek sebegini!
katanya, masyarakat kita anggap subjek ini sbg perkara tabu (brasal dari prkataan english; taboo. aku pun xtau mane diorg dpt prkataan baru ni)

tun dr. mahathir juga bersetuju bahawa subjek ini x patut diajar

sebab2nya yg sempat ntuk saya fkir menggunakan akal logik saya;

1. pljr2 sek dh jenuh bljr bab anak ni. subjek p. Islam kat sillabus form 2 pun dh bljr pasal nutfah, alaqah, dll. saya rasa, stp yg beragama Islam msti bljr bab ni
2. bdk2 bio lgla jenuh. nk menghafal mcm2 bnda dlm bab reproduction tuh.
3. perkataan 'pendidikan seks' tu seolah2 menunjukkan yg xpe ntuk berzina, asalkan x buang anak. sedangkan yg patut dicegah adalah ZINA, baru mslh pembuangan bayi tu akan terhapus dgn sendiri
4. sedangkan x bljr pendidikan seks pun dh berlaku gejala buang bayi merata2, camne kalo dh didedahkan sejak awal..? haaa...!?

oleh itu, kita patut sedar bahawa ntuk mencegah gejala buang bayi yg semakin berleluasa, perhatian patut diberi untuk mencegahnya dahulu.
stp anggota masyarakat knala ambik perhatian psl perkara ni.
drpd diri sendiri, ibu bapa, kengkawan, boyfriend, girlfriend, jiran tetangga, guru, masyarakat.....
caranya, jaga pergaulan, jgn berzina
kalo dh gatal sgt pun, kawin dulu!

penolong joker namanya quinn,
batman brjaya tgkp, msuk pnjara batu;
lbh baik brcnta slps kawin,
drpd pening kepala menanggung malu.

sekian, terima kasih

19 April 2010

selamat hari keputeraan Sultan Perak


saya ingin mengucapkan selamat hari keputeraan Sultan Perak
jasa baginda mentadbir perak wajar kita hargai

institusi kesultanan tidak patut kita tinggalkan kerana Sultan bertindak memastikan ketuanan Melayu dan agama Islam sentiasa terpelihara

Daulat Tuanku!

pepun, sama2lah kita renungkan;

Sabda Rasulullah S.A.W.;
Sesungguhnya org2 yg berlaku adil di sisi Allah akan menduduki beberapa mimbar yg diperbuat drpd cahaya. mereka adalah org2 yg brlaku adil dlm pemerintahan, ke atas keluarga dan apa2 yg ditadbir mereka.
-Riwayat Muslim-
Sumber; Utusan Malaysia, 19.4.2010

18 April 2010

selamatkan harimau di dunia..!!

skrg ni, kat paper dok sibuk pasal plhn raya kat hulu selangor
anda rasa, sape yg menang???jwbla sndiri

tp skrg ni saya nk ingatkan bnda yg kita selalu lupa
alam sekitar kita
gmbr apa ni??


ni la gmbr harimau malaya
spesis yg ada dlm 500 ekor je kat dunia
dan hanya ada kat semenanjung je
sabah sarawak, xde

pada saya, adalah 1 kehilangan besar kalo kita gagal menyelamatkan haiwan yg ada di jata negara kita

katakan;
saya menyokong kempen selamatkan harimau world wildlife foundation! (wwf)

17 April 2010

Pikom PC Fair

Ari ni saya g pc fair kat tepeng
korang tau x pc fair tu apa? yg niee..!ramai org kat dwn perbandaran tepeng ni
pem'promosi' pun ramai gak
siap ada yg ambik part-time 3 hari lg...!!!
hebat!!!

cuma 1 je saya heran
diorg solat kat mana?
atau, smpat ke ntuk solat?

cik abg, fikirla positif skettt...
masjid telekom kan dekatt..!
sbb tu nmpk penuh wktu solat jumaat je

1st post!

assalamualaikum semua!

akhirnya siap gak blog yg diidam-idamkan
mekasih sapet sbb tlg!!!

insyaAllah post pasni akan membuka dunia..!

hehehehe

btw, sape ada gta4?
nk installer!