31 December 2011

ombak rindu vs tentang dhia

assalamualaikum...

ombak rindu vs tentang dhia?

semua org tahu yg ombak rindu merupakan salah 1 filem yg ditunggu2 pd tahun ni
hasil adaptasi novel yg sgt terkenal, ombak rindu telah menarik ramai org ntuk menontonnya
ditambah lak dgn promosi yg hebat, sememangnya ombak rindu merupakan filem Malaysia yg paling ditunggu2 pada tahun ini

tentang dhia plak, drama yg mengisi slot di tv3, pada pukul 7 mlm, telah pun berakhir pada hari khamis lepas
apa plak yg menarik pasal drama nih, sampai saya membuatkan drama ni dpt vs dgn filem ombak rndu?

dlm membaca buku dan menonton cerita, saya sbnrnya mencari nilai2 moral yg diterapkan dlm sesebuah filem/ drama/ buku itu
jika moralnya tiada atau terlalu sikit, saya akan berasa x puas hati
cthnya; aku bukan tomboi. maaf ckp, saya x nmpk moral yg cuba dipaparkan
mari teruskan kpd analisis mengenai filem ombak rindu dan drama tentang dhia, versi zuhair


ombak rindu

1. saya pernah baca novel ombak rindu, karya fauziah ashaari. sambungan ombak rindu pun saya ada baca, tajuknya 'cinta, tiada akhirnya'. garapan novelnya bagus, cuma asal usul keluarga dlm novel itu yg sudah terbelit2 membuatkan saya agak kurg senang

2. filem, sememangnya membariskan para pelakon yg terkenal & hebat2. siapa x kenal aaron aziz, lisa surihani, maya karin?

3. maaf ckp, saya x jumpa moral yg baik drpd filem ini. sekadar nk memaparkan kisah cinta hariz dan izzah, pastu ada sedih2 skit. jika anda x puas hati dgn pandangan saya tentang filem ni, blh komen nanti ek!

4. pada saya, adaptasi novel x wajar dijadikan filem. nmpk plot seolah2 melompat dan kelam kabut. adaptasi novel sebaiknya dijadikan drama seperti drama stanza cinta. lebih baik dan lebih mudah difahami


tentang dhia

1. persepsi pertama saya dlm drama ini ialah "ini adalah sebuah drama yg baik!". kenapa? kerana episod 1 pun sudah menunjukkan adegan di kubur. dibacakan pula talkin kpd kedua ibu bapa azmi yg telah meninggal, sbnrnya boleh memberi kesan ke dalam jiwa penonton

2. drama ini byk memberikan nasihat. cthnya ketika kematian ayah raffi, ibunya berkata, "walaupun kita x buat salah kat org, tp kita x solat, raffi! selagi kita x solat, selagi itulah kita bukannya org yg baik!"
dan suka saya memetik caption dlm filem itu yg dituturkan oleh dhia, "abg, abg jgn cintakan dhia, lebih drpd abg cintakan Allah ye..?"

3. menusuk. plot cerita tentang dhia dan ombak rindu x lari jauh. ibu kepada si lelaki x suka kpd menantu, kemudian menganiaya si menantu. walaubagaimanapun, tentang dhia berjaya memaparkan kisah yg lebih baik dan terus terang, menusuk kalbu

4. manusia blh berubah, tp perlu dibimbing. watak melly yg jahat pada mulanya, sentiasa menganiaya org lain diberikan nafas baru apabila dia sudah mula berubah ntuk menjadi baik. yg bestnya, dia asyik jumpa org yg baik2 je, x kira ke mana pun dia pergi. bertuahlah kau, melly! dan perkara ini sbnrnya mengajar bahawa kita mampu mengubah org ntuk menjd lebih baik. kan?


filem dan drama malaysia dilihat sudah mula menyelitkan unsur2 dakwah
pada saya, ini merupakan 1 perubahan yg bagus
dgn bertambahnya medium dakwah spt televisyen, radio, blog, twitter, facebook, semakin lama org akan semakin tertarik & memahami Islam
bukankah itu 1 perkara yg bagus?

ya Allah, jdkanlah aku, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku, pembaca2 blog aku dan seluruh org Islam dpt menghayati agama-Mu ini dgn baik. jgnlah Kau jdkan kami berpecah, kerana perpecahan itu adalah bala dari-Mu

zuhair; x sia2 dwnld... hehe. eh, alamak! mggu dpn dh final!!

22 December 2011

merasai gagal

assalamualaikum...

setiap org pasti x mahu merasai kegagalan
failing is not an option
namun kegagalan bknlah sesuatu yg dapat dielakkan
tidak ada manusia yg akan sentiasa berjaya, kerana manusia tidak sempurna

merasai kegagalan dlm pelajaran membuatkan saya termenung
mgkn ini adalah balasan atas kejahatan yg saya buat
mgkn ini adalah balasan kerana tidak fokus ketika kuliah
mgkn ini adalah balasan kerana tidak study btl2 sblm periksa
mgkn ini adalah amaran keras yg Allah berikan kpd saya!

adakalanya saya terfikir, "untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu membayar dgn sesuatu yg lain. dan kadangkala apa yg kita bayar itu amatlah mahal"

merasai kegagalan amat menyedihkan
moga2 kegagalan yg diterima ini dpt menjadikan saya bersemangat ntuk menggapai kejayaan
moga2 kegagalan ini dpt memberi kesedaran kpd saya

ya Allah, aku bersyukur dgn kegagalan yg Engkau berikan dan jadikan aku redha dengan kegagalan ini...

zuhair; T _ T

16 December 2011

3 Top Memori Alam Persekolahanku - Zuhair

assalamualaikum....

seperti yg dijanjikan, hari ini saya akan tulis 3 cter yg paling saya ingat semasa zaman persekolahan
saya x berapa pandai mengolah ayat, jd mungkin anda akan berasa bosan

1. Histeria

histeria ni berlaku pada tahun 2007. pada masa tu, kami bdk2 seratas tgh prep malam. tiba2 terdgr jeritan dari tandas pelajar prmpn. mengikut cerita, penjaga kpd seorg pelajar prmpn mengamuk apabila bertemu dgn penjaga pelajar perempuan yg lain. salah seorg kawan perempuan yg cuba menenangkan pelajar yg histeria itu pengsan kerana ditumbuk oleh pelajar yg sudah kerasukan itu

bagi menenangkannya, warden mengunci pintu tandas, agar pelajar itu tidak mengamuk terhadap pelajar2 lain. AJK Badar kemudiannya membuat keputusan ntuk membaca Yasin di hadapan tandas tersebut. tidak lama kemudian, beberapa org ustaz dan ambulans datang. pelajar itu ditenangkan dan dihantar ke hospital

malam itu, prep terus dibatalkan. mana x nya, nk bersembang pun dh x semangat, apatah lg nak study. oh ya, mlm tu bdk2 dorm saya pakat buat cter hantu ketika dh light off. pastu bila nk tido, semua takut. so terus tido sambil rapat2kan katil. hehehe

tidak lama kemudian, salah seorg drpd pelajar yg mempunyai penjaga itu bertukar sekolah. dan ada sambungan cerita ketika dia dtg semula ntuk melawat rakan2nya di sekolah. apa ceritanya? biarlah rahsia...

2. Wabak Selesema

ketika mggu percubaan SPM, sekolah saya diserang oleh wabak selesema. pada masa itu, wabak selesema burung sedang heboh dibincangkan. pengetua pada masa itu mengarahkan para pelajar memakai mask kerana tidak mahu sekolah ditutup, apatah lagi peperiksaan percubaan SPM hampir tiba

para pelajar yg sakit dibenarkan ntuk balik bermalam. lama kelamaan, bilangan pelajar menjadi semakin sedikit. akhirnya, kami yg x sakit ni pun mula terasa macam sakit (nk balik bermalam punya pasal). last2, tatkala SBP lain tgh strive ntuk percubaan SPM, kami duduk di rumah

balik2 je dari balik bermalam, bermacam2 soalan bocor keluar. apa lagi, berlambak2la bdk seratas dpt skor ntuk trial SPM peringkat SBP tuh. tp saya x. saya mengamalkan prinsip honesty is the best policy. jd saya masih kekal dlm jumlah A yg sama, sekadar 3 ke 4 A (memandangkan saya tidaklah begitu pandai)

yg paling best, cikgu fizik buat ujian semula ntuk fizik kertas 1 terhadap bdk2 yg tetiba je blh skor. bila masuk je trial peringkat negeri Perak, hah! kantoi bdk2 yg dpt markah tggi ntuk peringkat SBP tuh. haha

3. si dia yg mencuri hati

menjadi seorg org kuat dlm badan dakwah sbnrnya bukanlah pilihan saya. mentaliti pelajar mengatakan bahawa seorg presiden badan dakwah haruslah bersih, tidak wajar bgnya ntuk jatuh cinta, apatah lg bercinta. saya jatuh cinta dgn A sejak saya form 3 lg. namun apabila dia tahu, terus dia melarikan diri dari saya

saya sbnrnya gmbira kerana dia menolak saya, cuma agak sedih kerana dia menghindarkan terus dirinya drpd saya. malah smpai skrg pun, dia x pernah reply msj saya. jika ada antara anda pembaca yg berkawan dgn A tu, gtau lah kat dia yg saya dh xde perasaan dh kat dia. xyahlaa nak takut2 dgn saya dh. saya pun dah jmpa miss A yg baru. EEEHHHHH???!!!



itu je la 3 cerita yg paling saya ingat sewaktu bersekolah

ntuk tag, saya nk tag Raja Nur Syamim. beriya je dia sruh org tulis, dia sendiri x tulis cter dia. heheh
url; http://tintagadissederhana.blogspot.com/

oh ya, dan kakak senior saya di USM nih, kak Nabilah Najmuddin
url; http://nabilahnajmuddin.blogspot.com/

zuhair; x pasti kalau2 cter saya ni ada unsur yg sihat atau x...

10 December 2011

istikharah cinta

assalamualaikum....

seperti dalam post lepas, saya ada gtau yg saya nk pegi forum istikharah cinta
apa yg saya belajar dari forum ini?

1. sblm bercinta, pastikan anda mempersiapkan diri dgn soft sciences. dgn kata lain, anda tahu kemahuan dan keperluan yg diingini oleh pasangan anda

2. bila jatuh cnta, hormon2 ini akan keluar mengikut tahap
a) dopamine - skadar msj pendek2. cth "akum, tgh buat apa?"
b) serotonine - msj dh semakin pnjg, gtau yg skrg ni tgh buat apa, dsb
c) oxytocin - bg pasangan menyentuh, membelai kita (oxytocin? hrmmm....
mcm penah bljr je... hehe)

3. boleh bercinta, tp ada 3 syarat
a) bercinta tanpa gambar
b) bercinta tanpa bermesej
c) bercinta tanpa dating

4. jauhi zina

itu je kot, memandangkan saya x menyalin pape. hehe

zuhair; berpegang pada pendapat, jodoh x akan dtg bergolek. cari dan berkawanlah dgn semua. jgn kelam2 terus nak kapel, takut kalau x jadi, muka hilang seri

09 December 2011

updating ---

assalamualaikum.

lama btl x tulis kat sini
post ni skadar ntuk memenuhkan dashboard korg2 yg follow saya je
hehe

by the way, mlm ni ada forum 'Istikharah Cinta'
tajuk dah sedap dh
minx2 pengisian pun sedap lah

I'm looking forward to attend it

zuhair; mencari mata mycsd tambhn... eh, ilmu tmbhn. hehe

03 December 2011

tidak berdengki

assalamualaikum...

pagi tadi, sedang saya berbaris dalam saf, saya terlihat ada seorg lelaki yg berada di saf blkg saya, sorg2
kalau diikutkan, seseorg yg berdiri sorg2 dlm saf ketika solat tidak dikira berjemaah, melainkan jika dia tiada pilihan
maknanya, ruang saf hadapan dh penuh. jd dia perlu lah berada di saf blkg
tiba2, ada seorg lelaki yg berada di sebelah saya, terus pergi ke blkg ntuk menemani lelaki yg berada di blkg tadi kerana mahu lelaki itu juga mendapat pahala berjemaah

secara peribadi, saya kagum dgn tindakan ini
saya sering berada dalam situasi lelaki di blkg td
disebabkan saya sering lewat smpai, saya terpaksa solat sorg2 di saf blkg kerana saf di hadapan saya sudah penuh. pada masa itu, hati saya sering berdoa agar akan ada lg org yg lewat supaya dia dpt solat di sebelah saya
pada saya, tindakan lelaki yg rela masuk ke saf blkg tulah yg dipanggil tidak berhasad dengki

kalau lelaki itu berdengki, sudah tentulah dia akan membiarkan sahaja lelaki di blkg itu sorg2
mana xnya, dia dh pun dpt saf dpn. pahalanya akan dpt lbh byk, buat apa lg dia nk sibuk2 tlg org ntuk mendptkan pahala?

saya juga pernah berjumpa dgn org yg berusaha ntuk menyempit di saf hadapan, sedangkan ada seorg saudara seagamanya sedang berada di saf blkg
bknkah lebih baik jika dia berada saja di saf blkg?
mgkn la pahalanya x sebanyak org di saf hadapan, tetapi dia sudah membantu org lain ntuk mendapatkan pahala berjemaah
jika kita membantu org lain, sudah tntulah Allah pula yg akan membantu kita suatu hari nanti
ingatlah juga bahawa sekecil2 amalan kita pun turut akan diberikan ganjaran oleh Allah

zuhair; suka dgn ayat 'no one left behind'