23 September 2012

demam PRK

assalamualaikum...

sejak 2 menjak ni,saya rasa ramai yg tahu bahawa kebanyakan ipta sedang mengadakan pilihan raya kampus, tidak dilupakan USM turut merasai kehangatan yg sama.
2 parti utama - pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa masing2 mempersiapkan diri untuk menghadapi gelombang pilihan raya itu
ramai pelajar sudah bersemangat untuk mengundi, dan antara manusia yang turut bersemangat untuk mengundi itu adalah saya sendiri

dalam pilihan raya di peringkat universiti, adalah diingatkan bahawa kedua2 parti itu tidaklah terlibat secara langsung dgn politik semasa, walaupun kadangkala dpt dilihat bahawa Aspirasi byk disokong oleh kerajaan manakala Mahasiswa pula byk dibantu oleh pembangkang
pada saya, dlm mengundi, adalah penting untuk kita mengundi calon yg benar2 mampu bekerja, bukannya kita mengundi kerana parti yg dia wakili
ini disebabkan sistem politik di universiti berbeza dgn politik kebangsaan

saya ingin sekali untuk menerangkan sistem ini, namun saya hilang ayat untuk menerangkannya
oleh itu, saya hanya mahu mengucapkan selamat mengundi kpd semua mahasiswa/wi
pilihlah calon yg terbaik

zuhair: mengundi 25 september nih

05 September 2012

29 februari

assalamualaikum...

dah lama sungguh x tulis kat sini. sbnrnya saya ada je benda nak tulis. tp dek kerana kemalasan dan jugak nak jimat data broadband yg dikongsi dengan adik, saya buat keputusan untuk berhenti sebentar menulis blog

baru2 ni saya berkesempatan menonton filem 29 Februari, terbitan KRU Productions. disebalik sikap skeptikal keluarga dan rakan2 bahawa filem melayu biasanya x berkualiti, membosankan dan mudah cepat ada di internet untuk dimuat turun, saya gagahkan jugak untuk tgk filem ni di panggung, walau seorang diri

29 Februari mengangkat kisah Budi, seorang lelaki yg dilahirkan pada 29 Februari 1900. disebabkan itu, umurnya hanya meningkat 4 tahun sekali. sepanjang hidupnya itu, dia pernah berada di bawah pemerintahan kolonial British, Jepun, melihat sendiri pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman, melalui detik2 sukar 13 Mei 1969, malah terikut2 juga dengan fesyen rakyat Malaysia pada tahun 90-an.

tahun 1957, dia jatuh cinta kepada wanita cina bernama Lily. namun keluarga Lily tidak merestui perhubungan mereka itu. akibatnya, Lily melarikan diri dari rumah. Budi yang sangat mencintai Lily itu kemudiannya menghabiskan seumur hidupnya untuk mencari Lily. Adakah dia berjaya menemui cintanya itu?

Ulasan:

1. berbeza dengan filem2 melayu kini yg sangat buruk, 29 Februari meletakkan susunan plot dgn sebegitu kemas. tidak ada yg tertinggal. misalnya mengenai Razak, rakan kepada Budi yang buta. walaupun dia telah melarikan diri dari rumah anak yatim kerana terkesan dgn kata2 Budi yg seolah-olah memperkecilkannya, Budi akhirnya berjumpa juga dgn Razak pada tahun 90-an. ini berbeza dgn cerita2 melayu skrg yg selalunya meninggalkan kesudahan kpd watak2 minor seperti Razak sebegitu sahaja

2. penggunaan kamera di dalam filem ini menunjukkan yg memang ia dibuat untuk paparan 3d. walaupun begitu, saya berpendapat bahawa filem ini x sesuai untuk dijadikan 3d kerana ia bukanlah filem aksi. tidak dilupakan, warna kamera juga berubah mengikut zaman. pada tahun 1900, anda akan berasa seolah-olah menonton filem lama (hitam putih). kualiti warna kamera mulai berubah menjadi lebih baik apabila meningkatnya tahun. apa yg menarik, video pengisytiharan kemerdekaan telah diambil daripada rakaman yg sebenar tetapi diwarnakan.

3. saya berpendapat bahawa filem ini terlalu sekejap. banyak lagi kisah mengenai Budi yg patut dipaparkan. misalnya pada tragedi 13 Mei, hanya sikit sangat unsur-unsur sejarah yang diselitkan. jika filem ini dipanjangkan ke 3 atau 4 jam, saya percaya yang 29 Februari boleh menjadi lebih baik

4. nilai-nilai murni sangat banyak diselitkan di dalam filem ini. misalnya usaha Pak Salam membuka rumah anak yatim, kemudian juga usaha Budi dan Razak menjual bakul rotan untuk menampung rumah anak-anak yatim tersebut. saya teringat juga kata-kata Razak, "memanglah aku ni buta..." apabila adik Lily memarahinya kerana terlanggar sesama mereka.

5. unsur-unsur patriotisme sangat jelas di dalam filem ini. misalnya mengenai rumah yang telah ayah Budi tinggalkan kepadanya. Budi berpegang teguh amanat ayahnya untuk menjaga rumah itu walaupun ada rakan-rakan Budi menasihatkannya untuk menjual rumah itu, simbolik bahawa kita seharusnya menjaga amanah yg kita pegang sekarang ini iaitu negara Malaysia.

secara kesimpulan, 29 Februari adalah sebuah filem yg sangat bagus untuk ditonton. walaupun anda mungkin tidak suka menonton wayang atau tiada wang untuk ke panggung, mungkin anda boleh menontonnya pada kemudian hari. sebuah filem kenegaraan yang ringkas, mudah difahami dan memberi mesej2 berguna

zuhair: sangat memilih cerita untuk ditonton