26 February 2013

sem 4 - the turning point

assalamualaikum...

ini adalah entry pertama saya sejak bermulanya sem 4 di USM minggu lepas

bg budak2 pure math mcm saya, sem 4 merupakan sem yg paling menakutkan. 4 subjek teras, 15 unit (universiti lain mungkin panggil credit hour)
berdasarkan pengalaman senior2 lepas, sem 4 ni la yg ramai jatuh untuk keputusan peperiksaan

sem ni saya tgk kebanyakan rakan2 saya amik minor untuk naikkan pointer. biasanya subjek minor ni senang, so ini pilihan yg baik untuk mengharungi sem 4 yg menakutkan nih
tp saya, satu2nya subjek minor yg saya x amik lg, clash
saya cuba minx ko-k (kokurikulum) kelestarian, tp rupa2nya x ditawarkan pun sem nih
apatah lg saya masih x cukup lagi 3 kredit Universiti
jadi saya cuba usha2 subjek teknik berfikir, clash
subjek bahasa, clash
amik minor psikologi sbg subjek universiti, x clash. tapi saya terpaksa masuk hari tutorial yg dijangka akan ramai gler org. kalau boleh saya nak masuk kelas tutorial yg x ramai org supaya saya boleh fokus. so... x amik jugak

akhirnya, saya amik keputusan untuk stay. 4 subjek teras sahaja sem ni, tanpa ada tambahan subjek2 lain

terus terang saya cakap, sem 4 adalah sem yg saya perlu struggle. berdasarkan pointer subjek2 teras saya, paling tggi saya pernah dpt pun, 2.64. namun yg baiknya, pointer saya meningkat setiap sem
harap2nya sem ni pun naik gaklah pointer tu

jadual, berbeza dgn sem lepas, sem ni penuh dgn kelas petang. cthnya hari isnin start kelas pukul 3. hari selasa lak 12
jadual yg sgt x menyeronokkan memandangkan saya ni jenis early bird. berbeza dgn kelas sem lepas, hari isnin, selasa, khamis, semuanya bermula pukul 8 pagi
but on the bright side, saya ada lbh la peluang untuk buat dhuha berbanding sem lepas. cuma buat atau x je

bila dh seminggu ni gak, saya baru terperasan yg baju saya dh sikit. byk yg saya tinggal kat rumah sbb dh buruk. nmpknya saya kena pegi beli dgn besfren saya a.k.a penasihat fesyen saya; Harusani Halim la nanti. maklumlah, kalau saya beli sendiri, x kaler hitam, mesti coklat. haha
lagipun baju yg Sani pilih nampaknya disukai oleh org2 yg saya sayang...

cmne pun, sebagai sem yg penuh dgn kejutan ni, saya harap yg sem ni dpt bawak saya ke turning point yg lebih baik.
saya pun sekarang ni dh kurg dh main game. mungkin masa yg ada tu nk suruh study kot. mungkinkah saya terpaksa membuang title 'gamers' suatu hari nanti?

zuhair: minx2 laaa kefahaman ntuk chapter 1 sekarang ni dpt dikekalkan untuk bab-bab akan datang