30 November 2011

cegah aids, pakai kondom

assalamualaikum...

sejak 2 menjak ni, kesedaran tntg bahana penyakit aids sudah meningkat dlm kalangan rakyat
iyalah, aids yg sesuai dgn namanya iaitu 'acquired immunodeficiency syndrome' ni sgt merbahaya kpd kita
kalau kena, kita berisiko ntuk mati walaupun pada masa itu kita hanya menghidapi penyakit minor seperti demam panas
kenapa?
kerana sistem imunisasi badan kita sudah terhapus sepenuhnya

namun begitu, saya hairan apabila kebanyakan promosi mencegah aids menyarankan agar kondom digunakan ntuk mencegah penyakit ini
sedangkan ntuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mendalami punca masalah tersebut
kemudian mencegah punca masalah itu

dalam isu aids, sudah jelas bahawa aids berpunca daripada perlakuan seks bebas dan seks luar tabii
oleh itu, perzinaan itulah yg patut dicegah, bknnya disarankan kondom sbg alternatif

dlm post yg pendek ni, marilah kita berusaha ntuk menjauhi zina
wassalam

zuhair; nak kawin

28 November 2011

ingatkan Allah

assalamualaikum...

A: cuba teka, perkataan apakah yg paling kerap meniti di bibir pemimpin politik?
B: Rakyat. juara rakyat, pakatan rakyat, bajet rakyat dll.
A: bagaimana pula dengan 'Allah'? adakah turut meniti di bibir mereka?
B: err..

bagaimana pula dgn kita?
adakah perkataan Allah itu sentiasa meniti di bibir kita?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala gembira?
adakah "yay!!!"
atau pun "alhamdulillah"?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala terkejut?
adakah "b**i!/ carutan2 lain/ opocot!/ mak engkau!"
atau pun "Allah!/ astaghfirullah!"?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala marah?
adakah "bodoh!/ x guna!/ celaka!"
atau pun "ya Allah, berikanlah ak kesabaran..."?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala sedih?
adakah "isk! isk! (menangis)"
atau pun "ya Allah, berikanlah ak kekuatan..."?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala hendak tidur?
adakah "nyte syg..."
atau pun "dgn nama Allah yg menghidupkan & mematikan"?

apakah perkataan pertama yg kita sebut tatkala bangun tidur?
adakah "syg, bgnla... abg/ayg dh rndu nie..."
atau pun "segala puji bg Allah yg menghidupkan & mematikan"?

itu hanyalah beberapa cth perbuatan harian kita yg gagal kita sandarkan kpd Allah
kita biasanya hanya ingat Allah ketika susah
hanya ingatkan Allah tatkala bulan puasa, majlis tadarus al-Quran, majlis ilmu
tp gagal ingat kpd-Nya tatkala kita senang, gembira, bahagia....

jika tatkala fikiran kita, otak kita yg dlm keadaan penuh sedar ini pun kita gagal ntuk mengingati Allah, adakah kita sangka yg dlm keadaan sakaratulmaut nanti kita pasti ingatkan Allah?

renung-renungkan....

zuhair: berapa markah kita drpd 6 persoalan yg dilontarkan tu ek?

22 November 2011

kisah kahwin

assalamualaikum...

semenjak 2 menjak ni, saya sering terlihat post2 pasal kahwin kat fb
iyelah, masing2 dh umur 19, 20, 21, mstila ada keinginan
x logikla kalau dlm umur sebegini pun masih tiada rasa ntuk menyayangi dan disayangi

walau bagaimanapun, saya kurg seronok dgn tindakan bbrp pengepos yg menunjukkan seolah2 kahwin itu indah belaka
kahwin adalah tindakan besar dlm hidup yg didasari atas cinta kepada Allah dan cinta kepada manusia
dengan mencintai manusia itu, secara automatik akan terbitlah rasa ingin memiliki dan melindungi org yg kita sayangi
kita juga perlu menjadi seorg yg baik, mudah2an Allah berikan kita jodoh yg baik

kriteria yg paling penting untuk memilih pasangan sbnrnya adalah agamanya
paras rupa, harta dan jawatan/kerjaya sbnrnya hanyalah sampingan
ramai lelaki inginkan wanita yg cantik menarik tertarik kau mmg da bomb, sedangkan kecantikan akan pudar akhirnya
ramai wanita inginkan lelaki yg hensem & romantik sedangkan sesorg lelaki itu x berguna jika dia tidak mempunyai rasa bertanggungjwb yg tggi

namun, perkahwinan tidaklah dicipta ntuk membebankan, kerana Allah yg mencipta manusia tahu akan cptaannya

melalui perkahwinan, hati kedua-duanya akan menjadi lebih tenang & bahagia
mengapa? kerana kerja seorg sebenarnya sudah dibahagi 2
perkahwinan yg gagal biasanya berlaku kerana salah seorg drpd pasangan itu tidak melakukan kerja yg sepatutnya dia lakukan
cth; suami sepatutnya bekerja mencari nafkah, tetapi dia malas lalu hanya goyang kaki sahaja di rumah. isteri sahaja yg melakukan semua kerja
di mana bahagia pada si isteri jika semua bnda dia yg perlu uruskan?

perkahwinan juga sbnrnya blh menggalakkan kita ntuk lebih rajin beribadah
kenapa? kerana apabila kita telah bersuka-ria dgn pasangan kita, nafsu kita akan berpuas hati
bila nafsu dh puas hati, blhla kita buat ibadah dgn lbh byk & dgn lebih tenang
manusia x dicipta ntuk beribadah sepanjang masa tanpa memenuhi keperluan nafsu
sbb itulah diadakan perkahwinan, agar ibadah dan nafsu dpt diseimbangkan dlm diri manusia

nasihat saya kpd lelaki, carilah bakal isterimu yg taat kpd agama & mampu menceriakan kamu dgn hanya kamu melihatnya
kerana hidup kamu dgnnya mgkn blh mencecah puluhan tahun
jika dia x mampu membuatkan kamu bahagia apabila kamu melihatnya, bagaimana kamu akan bahagia, dan bagaimana pula kamu dpt membahagiakan dia?

nasihat saya kpd wanita, carilah bakal suami yg taat kpd agama & bertanggungjwb
jgnlah hanya mencari yg romantik kerana sifat romantik boleh gugur akhirnya, tetapi sifat tanggungjwb mempunyai kesan yg long-lasting
biarlah bakal anda itu keras mcm batu, x romantik, tetapi dia akan menjaga anda lebih drpd dia menjaga barang2 kristal yg mudah pecah

semoga rakan2 pembaca dpt memahami apa yg saya cuba smpaikan

zuhair; moga2 Allah jdkan aku anak, suami & ayah yg terbaik ntuk keluargaku. amin...

tahniah malaysia

assalamualaikum...


tahniah kpd skuad bola sepak malaysia bwh 23 tahun yg berjaya menjuarai sukan sea di indonesia
setelah indonesia membuat pelbagai provokasi terhadap pasukan malaysia;
bendera malaysia dikurangkan jalur
lagu Negaraku tidak dihormati
pasukan Malaysia dipanggil 'maling'
namun skuad Malaysia berdepan dgn rintangan2 sebegitu dgn tabah
terus terang, saya bgga dgn sikap gentleman Malaysia

saya sbnrnya xdela minat sgt bola
tp disebabkan Malaysia lwn smlm, saya turun gak la tgk
pada saya Malaysia ada byk lg yg perlu diperbaiki
namun apek dilihat berprestasi amat cmrlang smlm
Indonesia mempunyai byk peluang, tp apek menyelamatkan keadaan

dhla byk btl adegan sinetron kat padang smlm
skit2 jatuh, skit2 jatuh
nsb baik referee nmpk ok skit, walaupun mula2 tu nmpk buyers gler
3 kad kuning yg Malaysia dpt, seolah2 mcm kesalahan ringan je

perlawanan smlm amat lama, smpai diheret ke sepakan penalti
macamanapun, bersyukur kerana akhirnya Malaysia menang gak

tahniah Malaysia!

zuhair; nmpk player indonesia dok goyg2 jaring kita stp kali sblm free kick/ penalti. dia buat apa tu?

17 November 2011

the truth

assalamualaikum...

pernah dgr x ada org kata;
"dlm geng xde rahsia"
"kita sbg pakwe makwe xleh ada rahsia antara kita"
"besfren kena gtau semua bnda kat besfren dia"

saya agak kurg setuju dgn pndgn ini
pada pandangan saya, ada rahsia yg perlu disembunyikan
ada kebenaran yg x patut diceritakan;
jika kebenaran yg diceritakan itu blh membawa kpd kesan yg lebih buruk berbanding jika kebenaran itu x didedahkan
cth? saya ada 1 cerita....

pada suatu hari, ada seorg lelaki dtg ke 1 hotel
dia pun minx la bilik
pastu receptionist tu bg la kunci
sblm laki tu naik, receptionist tu kata, "jgn pegi ke bilik yg x bernombor"
laki tu pun, pegi la masuk bilik dia, pastu tido

malam keesokannya, dia curious, nape receptionist tu x bg pegi ke bilik yg x bernombor?
dia pun pegi la kat bilik tu
dia cuba bukak pintu bilik tu, tp terkunci
dia pun usha la kat keyhole pintu bilik tuh
dlm bilik tu, dia nmpk sorg prmpuan duduk menghadap ke arah bertentangan
laki tu nk ketuk pintu bilik tu, tp x jd
dia pun balik ke bilik

keesokan hari, dia pegi lg kat bilik x bernombor tu
pastu dia usha kat keyhole pintu bilik tu
kali ni, dia nmpak merah je
dia ingat prmpn tu dh cover pintu bilik tu dgn sesuatu
so dia turun la, jmpa receptionist
receptionist tu tanya, "awak tgk melalui keyhole tu ke?"
laki tu kata, "ya"
receptionist kata, "awak nk dgr 1 cter x?"
laki tu kata, "blh gak"
receptionist tu pun cter, "satu masa dulu, ada sorg laki dh bunuh isteri dia kat dlm bilik x bernombor tu. org percaya roh perempuan tu masih berkeliaran kat dlm bilik tu. prmpn tu nmpk sama mcm manusia biasa, kecuali...

MATANYA BERWANA MERAH"

jika anda jd lelaki tu, msti anda harap sgt yg receptionist tu x bgtau hal sbnr
sbb itulah saya kata, ada sesetengah kebenaran perlu didiamkan
tp bknla bermakna saya sruh anda berbohong


lies never help you in any situation
lying will just makes you look bad & makes you have too create other lies
why? because other lies need to cover your first lie

zuhair; seram tol cter nih. kalau nk tgk versi berilustrasi, usha http://9gag.com/gag/595499

13 November 2011

the best answer?

assalamualaikum...

haa... yg ni saya copy dari blog http://tentangkehidupan92.blogspot.com/2011/11/9-soalan-jawapan-jawapan-terbaik.html
saya x kenal pun bdk ni sbnrnya
tp dh dia tnjk link ni kat fb, amik je laa...
oh ye, kredit to her
apa nama ntah dia ni?
ermmm....
nurshakilla ibrahim (kang kalau x buat kredit, org kata melanggar akta hakcpta lak)

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang 9 soalan dan jawapan-jawapan terbaik apabila kena ngorat..saya baca ini di laman muka buku..Jadi, saya ingin berkongsi dengan muslimah sekalian untuk memberi jawapan yang paling baik kepada mereka yang berniat untuk suka-suka sahaja..


Bila kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan sesuatu hubungan itu bertambah intim.Kat bawah ni ada idea,bagaimana ingin mengelakkan diri daripada dingorat.

Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah. Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak yang lemah untuk mengorat saya ni.

Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan) sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf. Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.

Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau, dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku, kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.

Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali melampaui apa yang Allah suruh.

Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik. Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa. Astaghfirullah!

Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan 2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya ni,awak boleh pergi ke alam lain.

Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak. Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.

Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah. Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.

Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik beradik saya ikut sama.

Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat perintah Allah.

Konklusinya,,,jaga lah ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. sekian :)




follow la dia kalau korg nak...

zuhair; sumpah xkan tegur dh prmpn yg bg jwpn cmni

11 November 2011

adu domba

assalamualaikum...

mengadu domba adalah salah 1 sifat mazmumah yg tidak patut ada dlm diri kita
apa itu adu domba?
secara mudah, adu domba ialah perbuatan mengadu kpd si A tentang si B, yg bila si A mendengarnya, boleh menimbulkan pergaduhan antara si A dan si B
dgn kata lain, adu domba bertujuan untuk melaga2kan manusia

pada pandangan saya, manusia zaman skrg byk mengamalkan sifat mazmumah ini
dlm pergaduhan antara adik beradik misalnya, si adik akan mengadu kpd si ibu bahawa abg/kakak mengganggunya dgn harapan ibu akan memarahi abg/kakak itu
tp mereka budak2, x tahu membezakan perkara baik & buruk
x malu ke kita sbg org yg sudah mampu berfikir pun masih mengamalkan sikap ini?

suasana politik negara yg tidak stabil menyaksikan byk adu domba berlaku dlm kalangan masyarakat
malah media juga bertindak efektif dgn menyebarkan adu domba
bhgn A, tunjuk keburukan bhgn B
bhgn B lak, tnjk blk keburukan bhgn A
akibatnya, masyarakat berpecah sekurg2nya kpd 2 puak
1 menyokong A, 1 menyokong B

saya akui, tiada manusia yg sempurna dlm dunia ini melainkan Rasulullah
alangkah malangnya ketidaksempurnaan ini dijadikan modal ntuk menghasut org lain ntuk saling membenci
apatah lg membenci org yg seagama
layakkah kita membenci org yg seagama dgn kita, sedangkan Allah telah menjdkan setiap umat Islam itu bersaudara?
bknkah jika seorg Muslim ditimpa kesusahan, Muslim yg lain patut merasai kesakitan yg sama?

saya sbg manusia yg xdela hebat agama ni agak kesal dgn sikap sebahagian lain yg terus membenci org lain hanya semata2 kerana berbeza pendapat
sedangkan org yg berbuat dosa pun kita xleh benci, tp kita disuruh benci kpd perbuatan mereka
malah kita pula perlu bertanggungjawab ntuk membimbing mereka
jd kenapa kita perlu benci dgn org yg berbeza pendapat dgn kita?

pendapat yg berbeza itu rahmat
dgn rahmat itulah blh dibuat perbincangan
berbincang ntuk mencari kebenaran, bknnya berbincang ntuk bergaduh

saya akui, saya bknlah manusia yg baik
saya juga berkawan dgn org2 yg x sebaik mana
tp saya sedar, setiap org mempunyai azam ntuk jd baik
jd tugas kita, sbg Muslim lah ntuk membimbing mereka menjd baik
bknnya kita kutuk2 mereka, kemudian bgtau lak kat org lain keburukan mereka
tidakkah kita rasa rugi, pahala mengajak org ke arah kebaikan tu kita lepaskan mcm tu je?

semoga Allah membimbing hati kita ke arah redha-Nya

zuhair; kenapa byk tanda soal? sbb nk ajak semua berfikir

09 November 2011

seksualiti merdeka

assalamualaikum...

baru2 ni, kita dikejutkan dgn perancangan bbrp pihak ntuk membuat acara yg diberi nama seksualiti merdeka
apa sbnrnya seksualiti merdeka?
memandangan saya bkn jenis org yg suka tulis tanpa fakta, saya amik sndiri maksud seksualiti merdeka ini di blog diorg

"Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu. Kami mengadakan bengkel-bengkel, perbincangan, pemutaran filem, penulisan surat dan hal-hal yang lain berkaitan seksualiti. Kami menggunakan istilah 'Seksualiti Merdeka' untuk mengingatkan bahawa walaupun kita telah berpuluh tahun Merdeka, namun tidak semua rakyat Malaysia yang dapat melahirkan diri mereka yang sebenar.

Kami percaya bahawa setiap orang di Malaysia berhak untuk bebas dari diskriminasi, keganasan ataupun gangguan hanya kerana orientasi seksual dan identiti jantina mereka. Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya"

berdasarkan penerangan di atas, dpt kita lihat bahawa program ini dibuat bg mempertahankan hak warga gay, lesbian, biseksual, transgender (lgbt) dll
maknanya, mereka pun ada hak ntuk mengamalkan fetish abnormal mereka di negara kita

saya sbnrnya ultimately hairan
Allah menciptakan lelaki hanya ntuk mencintai perempuan
dan Allah menciptakan perempuan, hanya ntuk mencintai lelaki
jd bagaimana orientasi seksual yg melanggar fitrah ini patut dipertahankan?
org yg sebegini tidak jujur dgn diri sendiri kerana menentang fitrah yg telah Allah cptakan dlm diri mereka!

saya kemudian, terus scroll ke bwh dlm blog seksualiti merdeka nih.
ini yg saya jmpa

1.
Persoalan lain tentang alasan pengharaman Seksualiti Merdeka mula timbul: sejak bila golongan LGBT mengancam "keamanan negara"?

Jawapan. dalam sejarah, terdapat sekurg2nya 2 kaum yg kita tahu yg telah Allah binasakan kerana mengamalkan budaya songsang ini. kaum sodomi (kaum nabi Lut) & kaum Pompeii. adakah mereka ingat perbuatan mereka ini x mengundang murka Allah?
bila Allah turunkan murka, bkn setakat diorg je yg akan kena, malah seluruh warga Malaysia akan berkongsi penangannya!
adakah itu x mengancam keselamatan negara?

2.
The festival was to consist of talks, workshops, literary events, stage performances, and an art exhibition focusing on “the human rights of people of diverse sexual orientations and gender identities.”

Jawapan. tidak ada istilah hak asasi manusia dlm perkara yg bertentangan dgn agama & dlm perkara yg melanggar undang2
inilah padahnya apabila semua bnda nk dikaitkan dgn hak asasi manusia
adakah mereka mahu selepas ini, para pembunuh juga akan membuat tuntutan agar dpt membunuh sesuka hati semata2 atas kehendak jiwa manusia yg suka membunuh?
org2 yg gagal ntuk mengekspresikan diri dgn baik seperti mereka spatutnya diberi bimbingan dan kaunseling supaya berubah, bknnya dipertahankan lg amalan buruk mereka

3.
Likewise the hypocritical PAS Youth, who are just using religion to gain support. Shame on you. I am not convinced that any of you are truly worthy of telling others about morality and spirituality. Go and look after your own backyard first.

As for PAS, I hope you remember that gays are also voters. And they are likely to not support BN because of the government's perceived homophobia, so I would like to hear PAS tell gays their votes are not welcome. Go ahead. It is generally accepted that 10% of any community is gay, that makes millions of voters in Malaysia.

PAS should stop shoving religion in our faces. We support PAS for its apparent honesty and sincerity towards good governance, but it is time PAS respects the some 40% non Muslims in the country that are also tax payers and voters.


Jawapan. saya kesian dgn PAS
x pasal2 je kena serang
malah, mereka menganggap bahawa PAS hanyalah mahu menang pilihan raya!
saya xdela favourite dgn PAS, tp bila diorg terang2 tulis cmni, panasla gak hati saya
paling x leh blah, diorg sruh hormat lak kat voters yg 40% tuh
hbs, voters yg 60% ni, blh lak korg x hormat?!
wahai PAS, jika berada bersama2 mereka blh membuatkan identitimu menjd lbh kotor, please, leave them

saya sbg manusia yg masih waras, mengambil iktibar atas sejarah dan lelaki yg hanya sekadar mampu meraih sedikit kasih syg Allah (sedangkan kasih syg Allah itu tiada bandingan) menolak sekeras2nya program Seksualiti Merdeka!

please, kalau korg nk buat program pun, buatla yg lbh berfaedah
bantu ibu tunggal ke, anak2 yatim ke, warga emas ke...
yg nk menyokong tu pun, agak2la nk sokong punn...

zuhair; cintakan wanita


06 November 2011

pengorbanan

assalamualaikum...

hari raya aidiladha merupakan salah satu drpd 2 perayaan utama yg dirayakan oleh umat Islam
aidiladha mengajar kita erti pengorbanan

dalam hidup kita, akan ada masa2 tertntu yg memerlukan kita ntuk berkorban
adakalanya kita perlu mengorbankan masa
adakalanya perlu berkorban tenaga
mungkin juga berkorban wang
namun, pengorbanan itulah yg bakal menjadikan hidup kita lebih bermakna

pengorbanan biasanya dilakukan ntuk kebaikan

bg lelaki, pengorbanan yg dpt dilihat ialah drpd usaha ntuk bekerja bersungguh2 dan memberi wang nafkah itu kpd ahli keluarganya
lelaki/ suami sejati adalah mereka yg bekerja keras dan menyalurkan wang itu kpd keluarganya dan kpd Allah, melebihi drpd keperluan dirinya sendiri

bg perempuan pula, pengorbanan drpd wanita biasanya didasarkan oleh usaha mereka dlm menguruskan rumah dan membesarkan anak2
suami selalunya tidak pndai dlm menguruskan hal2 sebegini, maka isteri lah yg sebaiknya berperanan dlm pengurusan rumah tgga

anak2 pula, harus berkorban ntuk belajar sebaik2nya
tiada apa yg lbh diharap drpd ibu bapa kpd anak2 melainkan kejayaan mereka

semoga aidiladha mengajar kita ntuk menghargai erti pengorbanan

zuhair; salam aidiladha semua!

04 November 2011

berkecil hati, rajuk berhari2

assalamualaikum...

manusia memerlukan kawan dlm kehidupan
tanpa kawan, hidup akan terasa sunyi
tanpa kawan, hidup terasa sepi
tanpa kawan, hidup kurg berseri

apabila berkawan, sudah pastilah akan ada perselisihan pendapat
mgkn gak ada perkara2 lain yg kawan kita lakukan, menyebabkan kita berkecil hati
mgkn dia study x ajak kita
mgkn dia terlupa kat kita wktu nk g kelas
mgkn dia x ajak kita mkn

nasihat saya, walaupun kita berkecil hati dgn perkara2 yg kawan kita lakukan, jgnlah simpan lama2 dlm hati
it's unnecessary for us to fight with our friends just for that simple matter
lepaskanlah rasa kecil hati itu
kerana berkecil hati akan membawa kpd susah hati, dan susah hati membawa kpd stress

satu lg, ingat la gak yg kita pun msti ada buat salah kat kwn2 kita
kalau dia blh buat dono je, kenapa kita xleh?
kita mgkn x sedar, apa yg kita buat tu membuatkan dia berkecil hati, tetapi dia xde pun nk bermasam muka dgn kita
jdlah seorg rakan yg apabila berkecil hati, rajuknya tidak berhari2

a single rose can be my garden. a friend, my world

zuhair; applied bila dh kawin gak. kalau dua2 org bermasam muka, bila nk berbaiknya?

02 November 2011

50 sen dan 50 ringgit

assalamualaikum...



pada satu hari, syiling 50 sen bertemu dgn rakan lamanya, RM50 di sebuah pusat membeli-belah
50 sen bertanya kepada RM50, "haii.. lama x jumpa. pergi ke mana?"
RM50 terkejut mendengar suara itu lalu berpaling, "oh, kamu rupanya 50sen. a'ahla. lama betul kita x berjumpa. apa khabar?"

"mcm ni lah, RM50. ke sana ke mari. dari surau pergi ke masjid, dari masjid pergi ke kedai. dari kedai pergi ke rumah anak yatim. kalau bernasib baik, dapatla merasa dtg ke pasaraya mcm ni haa..!" kata 50sen

"aku plak, dh byk tempat aku pergi. London, Paris, Hong Kong. Masuk pasaraya ni biasalah bagi aku. masuk keluar airport pun dh biasa dh. kau xnk ikut aku ke?" RM50 berkata

50sen membalas, "tgklah dulu, kalau ada rezeki. eh, kau ni. berjalan ke sana ke mari. x penah nmpk pun kat masjid. kau xnk pegi masjid ke? bagus tau kat sana."

RM50 dgn muka kecewa menjawab, "hrmm... ntahlah. aku pun teringin jugak nak ke masjid. aku cemburu tgk kawan2 kita ramai yg ada kesempatan ntuk masuk masjid. RM10 pun penah masuk. tp apakan daya... cuba kau lihat diorg. diorg x teringin pun nak letakkan aku ke dlm masjid"

50sen memandang RM50 dgn muka simpati. apakan daya, manusia tidak ingin membawa RM50 ke dalam masjid. dia menepuk2 bahu kawannya itu

pengajaran: jgnlah kedekut ntuk belanjakan harta ke jalan Allah. perniagaan yg paling baik ialah berniaga dgn Allah melalui zakat & sedekah

zuhair; hrmmm... kesian RM50...