30 April 2011

Dragon Age 2. Setel!!


Title; Dragon Age II
Developer; BioWare, EA
Genre; Role-Playing Game (RPG), Strategy
Hours Played; about 60 hours

peperangan (blight) antara darkspawn & manusia (turut disertai oleh elf & dwarf) di negara Ferelden telah menimbulkan huru hara di kota Lothering. keluarga Hawke melarikan diri drpd Lothering bg mencari tmpt ntuk berlindung. sesampainya di kota kirkwall, mereka x dibenarkan ntuk masuk kerana byk lg pelarian2 Ferelden yg berada di situ. apakah yg patut dilakukan? decisions, decisions

kisah dragon age bersambung dalam dragon age 2. namun, pemain x akan bermain sbg hero d.age origins. tp akan bermain sbg seorg Hawke yg perlahan2 akan menjd org penting di kota kirkwall

grafik

x byk berubah berbanding siri2 terdahulu. cuma d.age 2 nampak 'bersih' skit. saya xtau nk describe cmne, tp d.age yg dulu nmpk agak 'kotor'

companion

ada 6 org. Aveline (human, warrior, weapon and shield), Anders (human, mage),
Merrill (elf, mage), Isabella (human, rogue, double weapon), Varric (dwarf, rogue, archer) & Fenris (elf, warrior, double handed weapon). beberapa karakter game2 dulu gak ada ditunjukkan dlm game ni. saya terjumpa keeper of the grove (mak morrigan), keeper merethari (ketua dalish elf), zevran (companion dlm game d.age origins) dan nathaniel howe (companion dlm dragon age origins awakening. anders pun ada gak dlm game ni)

karakter

mcm game the sims, anda blh mencipta karakter anda sendiri. inilah karakter saya

karakter saya. Garret Hawke

sbg rogue, saya blh menghilangkan diri, muncul tiba2 di belakang musuh, disarm trap dan unlock chest.

memandangkan saya dh nk g keje ni, x dptla saya tulis byk2... jd saya tnjkkan in-game gameplay


jd kpd anda, pnggila strategi RPG, letakkan game ni sbg game yg anda msti main!

zuhair; disebabkan saya bkn strategist, saya main level casual je a.k.a easy. huhu

29 April 2011

iklan kegemaran saya!!

assalamualaikum

saya suka benor iklan nie
apsal kat karaoke x bubuh lagu ni ha?

mari kawan2 jaga kesihatan
5 panduan doktor kecil lifebuoy

1. lifebuoy ketika maaandi
2. 3. 4 ingat cuci tangan sebelum makan
5. jgn lupa selepas ke tandas

heii..
kalaula dok kat sekola menengah lg, hari2 saya nk nyanyi lagu ni kat dlm dorm

zuhair; x pakai lifebuoy. mahal!

27 April 2011

x payahla...

assalamualaikum

x lama lg, berlangsunglah perkahwinan diraja britain
perkahwinan yg disebut2 sbg wedding of the century!
lalu, berpusu2lah media bakal membuat liputan perkahwinan nie

saya sejujurnya merasakan
'x payahlaaa...'
byk lg isu2 pntg yg boleh diambil perhatian
dhla depa tu xde kena mengena lgsg dgn kita
kot2la depa ada menyumbang kpd ekonomi, sosial, politik atau pertahanan negara tu, xpe gak
kita plak dok sibuk2 mempublisitikan bnda ni

hrrmmmm

zuhair; x kuasa nk tgk.

23 April 2011

nasi lemak kopi o

assalamualaikum

(nk tulis utara lah. hgpa x paham, padan muka. haha)
la ni, depa dok sibuk2 kata yg nasi lemak jd pencetus masalah obes budak2 sekolah
pastu depa pun haramkan laa org kantin juai nasi lemak tue...
depa minx gak kat che'gu2 supaya peraaaaattiiiiiiiiii budak2 tue
janganlaa depa dok makan nasi lemak


teman bukannya apa, teman x berkenan dgn idea2 depa ni
awatla dalam byk2 bnda, nasi lemak gak yg bersalah?
kan ke ramai peniaga2 yg dok juai jajan kat luaq sekolah tue..?
hat yg makan jajan selalu tu la yg dok bg jadi gemok tu
masa teman sekolah dulu, dalam bas pun pak cik bas juai jajan

lepas tu, awatlaaa x pasai2 che'gu jugak yg nak kena perati..?
depa yg jd mak bapak ni la yg patut kena perati
anak depa makan apa, eksesais bila, kawan dgn sapa...
ini, che'gu yg ntah mana2 hala jugak yg kena tengok
pastu kalau che'gu cuit sikit, mulala depa dok mai serang sekolah
manalaa budak2 sekarang ni x ngada2, dh dimanjakan semedang

la ni, teman rasa xdak masalah aih kalau nak makan nasi lemak
org melayu dh berkurun mkn santan, ok jerr
kalau xmau anak obes, toksahlaa dok galakkan anak tu makan keropok ke, KFC ke, McD ke....
pastu suruh makan sayur dgn buah byk2

zuhair; hgpa paham x apa yg teman tulis? teman italic kan lah ayat2 utara. keh3...

hari buku sedunia

assalamualaikum

22hb april lepas, bermula la book fest di seluruh dunia selama sebulan
so, marilah sama2 kita pergi ke kedai buku, menambah ilmu!

tinkerbell pun baca buku tau!

zuhair; org keje kedai buku, mstila promosi buku. heheh

18 April 2011

pengalaman adalah guru kehidupan

assalamualaikum...

org kata, pengalaman adalah pensyarah yg memberi didikan plg berkesan sepanjang kita melalui universiti kehidupan

mari ikuti pengalaman seorg pekerja (melayu), cashier (cina) dan pelanggan (cina)
p/s - dgn sedikit editing

cashier; pekerja, tolong cari kad pelanggan nih
pekerja; okey
pelanggan; pekerja, awak dh lama ke kerja kat sini?
pekerja; bolehla, dlm 2 mggu
pelanggan; xnk smbg belajar ke..?
pekerja; nk. tgh tggu degree skrg nih. eh, cashier, x jmpala kad pelanggan ni...
cashier; (mengambil kad). &*^%$#@#!(ckp bahasa cina)
pelanggan; (tanya kat pekerja) apa dia ckp ha..? ak ni bkn dengaq sgt.
pekerja; ha?? saya mana paham!

jd, apakah pengajaran drpd cter ni?
saya pun xtau...

zuhair; belajar bahasa mandarin la woi..!

14 April 2011

result dh kluar...!

assalamualaikum

ari tu result dh keluar ntuk bebdk asasi uitm
wah... penuh noti kat fb tulis psl result
kpd yg brjaya, tahniah diucapkan
kpd yg krg brjaya, cuba lg pada masa hadapan
suka saya ingatkan, lepas ni ada byk lg ujian yg bakal kita tempuhi
bahkan ujian kehidupanlah yg wajar kita lepasi

so
lepas ni, cmne hala tuju kita?
masih tercari2?
jgnla cmtu...
fokuskan hala tuju, pastikan sesuai dgn pencapaian kita
gmbr upu season 2 kat bwh nie


fikir2kan..!

zuhair; result? cukup2 mkn jer...

08 April 2011

bagaimana,,?

assalamualaikum

melihat kpd usaha2 ulama kita dlm menegakkan Islam di negara kita, saya berasa amat bgga
semua saluran dimanfaatkan ntuk tujuan berdakwah
x kiralah penulisan, mass media mahupun internet
yg cara praktikal pun ada, ziarah lalu mengajak mad'u2 ntuk ke masjid


berkenaan dgn usaha mengajak ke masjid ni, saya gmbira bila ada yg mempunyai inisiatif dakwah sebegini, dakwah 1 to 1 yg lbh dekat di hati
tp kadangkala suasana kat masjid tu plak yg spoil
mana xnya, ajk2 nya org tua2, org yg dh pencen
masjid skrg seolah2 'x mesra org muda'

saya ada terbaca mengenai seorg pemuda yg agak tensen dgn masjid di kariahnya
dia ni, mstila org yg baik. kalau x, xdela trbuka hati nk g msjd
dia kata, ajk2 masjid dia suka mula solat lmbt
tggu orgla, imam lmbtla...
kalau subuh cthnya, dia yg nk kerja ni, kelam kabutla nk bersiap lpas solat subuh
begitu juga dgn kemudahan asas
ada masjid yg gagal menyediakan kemudahan air di dalam tandas
kalau sesak2, cmne jemaah nk guna..?


mgkn inilah masanya agar org muda2 mula melibatkan diri dlm pengurusan masjid
tenaga org muda lebih banyak, lebih peka, idea2 mereka lebih kontemporari & lebih menarik perhatian
masjid merupakan satu tmpt yg paling sesuai ntuk membangunkan masyarakat
alangkah ruginya jika institusi yg sebaik ini tidak dimanfaatkan seoptimum mungkin

pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

zuhair; ada 1 masjid baru kat KL ke Selangor tah, siap ada kafe dgn tmpt rehat ntuk jemaah dan musafir ooo...

06 April 2011

jgnlah kita pertikai jika x suka...

assalamualaikum...

bbrp mggu lepas, saya ada baca 1 blog tuh
blog tu blog islamik gak la
bagus penulis dia, penulisan dia x bercanggah dgn apa yg saya fahami & pelajari

namun ada 1 komen drpd pembaca yg saya x sedap bila baca
pembaca tu tulis (lbh krg cmni la..); "saya nasihatkan supaya kita tgglkan sunnah bersugi kerana ubat gigi yg plg ramai org gunakan adalah Colgate."
saya faham, kita pernah dgr desas desus kononnya Colgate, Gardenia tidak halal ntuk digunakan
sehingga Colgate meletakkan cop halal pada semua iklannya
manakala Gardenia pernah buat sidang akhbar ntuk mengatakan bahawa produk mereka adalah halal

sbnrnya, kalau kita x suka dgn satu sunnah, contohnya bersugi, simpan dlm diri kita dhla
jgnla kita dok promote kat org lain
sbb tu sunnah Nabi
ramai org nk mengamalkan sunnah, supaya dpt pahala tmbhn
kalau kita xnk pahala tmbhn tu, diam2 dhla...

salah 1 cabang kemanisan iman adalah mencintai Allah dan Rasulullah lbh dari segala2nya
mencintai Allah bermakna mengamalkan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
mencintai Rasulullah bermakna mengamalkan sunnah2 baginda

lgpun, bersugi menandakan kita seorg yg mementingkan kebersihan
siapa yg kita rasa lbh selesa ntuk kita bersama?
org yg nafas segar atau org yg nafas berbau..?
org yg wangi atau org yg busuk?

renung2kan!

zuhair; moga2 kita semua dpt kemanisan iman..! amin...

03 April 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

assalamualaikum...

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua;
dua jasad menjadi satu,
hidup mati jadi bersama.



filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) adalah satu produksi terbaru KRU yg mula memasuki pawagam Mac lepas
waktu KRU kata nk buat cter bertajuk HMM ni kat surat khabar, saya dh tertarik ntuk tgk cter ni
saya suka bahan2 hiburan berasaskan sejarah, mgkn terpengaruh dgn kronologi Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid

kisah bermula apabila seorg putera drpd kerajaan Rom dijodohkan dgn seorg puteri dari kerajaan China. Namun, jauhnya perjalanan dari timur ke barat membuatkan mereka berjumpa di semua negeri yg tidak bernama dan tidak beraja. (zaman ni, diorg masih anggap bumi berbentuk petak) Rancangan perkahwinan ini tidak berjaya apabila lanun2 Geruda menyerang tempat tersebut & menculik puteri kerajaan China. apakah yg akan berlaku seterusnya?

saya sbnrnya memang respek hbslah dgn KRU
stp cter yg diorg buat, amat menghiburkan, malah lain drpd yg lain
menonton HMM adalah seperti anda menonton filem antarabangsa; grafik yg kemas, bahasa2 dunia yg pelbagai, jln cter menarik & yg plg best, hero dia mati. heheh
blhlah saya katakan, KRU sememangnya adik beradik yg thinking out of the box

seperti filem2 lain, pasti ada kelemahan yg tersendiri. ntuk HMM, antara kelemahan yg saya nmpk;

1. Puteri China menggunakan bahasa inggeris semasa berinteraksi dgn dayangnya. kalau guna bahasa cina lg nmpk real

2. scene berlawan dh cantik, cuma kalau ada kuasa2 skit kan best. org cina lak ada kungfu

3. scene Merong berlatih di tepi bukit berpasir, berbumbungkan langit tu agak kantoi... heheh

pepun, tahniah diucapkan kpd KRU. saya dgr kutipan dh mencecah 6 juta
pada saya, berbaloi ntuk tgk lg cter ni atau beli DVD yg ori..!

syabas..!!!

zuhair; mengharapkan byk lg filem2 bercorak hikayat Melayu dulu2...