26 June 2013

Fail Sulit Preseiden Amerika





assalamualaikum...

baru2 ni saya berkesempatan habiskan sebuah buku. tajuk dia Fail Sulit Presiden Amerika
membawa kepada anda kisah2 menarik perjalanan seorg Presiden Amerika Syarikat (POTUS) selain daripada beberapa teori konspirasi yg berlegar dlm kehidupan mereka

sebagai seorg yg minat sejarah, buku ini sememangnya menarik perhatian saya. membaca helaian awal, saya rasa seronok kerana dpt tahu pasal beberapa teori konspirasi yg mengelilingi mereka selain penglibatan organisasi tertentu seperti Freemason, Illuminati dan Skull & Bones

namun apabila smpai ke helaian belakang, minat saya mulai pudar. penulis ibarat terlalu byk mengangkat kelebihan yg dimiliki oleh para  POTUS dan juga sejarah mereka tanpa menghuraikan tentang kisah disebalik sejarah tersebut
saya ambil contoh tentang POTUS pertama US, George Washington. walaupun penulis memberitahu bahawa Washington merupakan seorg ahli utama Mason, namun beliau tidak mengungkap sejarah di sebalik kehidupan Washington.
saya ingat lg semasa bermain Assassins Creed 3, saya belajar dari situ bahawa Washington adalah seorg ketua tentera yg tiada kepimpinan. hampir semua keputusannya berakhir dgn perkara yg tidak baik. namun perkara ini tidak dihuraikan oleh penulis. sebaliknya hanya sejarah yg telah terlakar di buku2 sejarah US sahaja yg penulis nukilkan.

sebagai seorg yg sentiasa ingin tahu, saya berasa agak kecewa kerana isi buku ini tidak menepati apa yg saya jangkakan. mungkin buku ini hanya biasa2, atau mungkin saya yg terlalu tggi dlm menjangka.

cuma ada 1 perkara yg saya tertarik selepas membaca buku ini.
penulis memberitahu bahawa rakyat amerika kerap menggambarkan presiden mereka sbg hero terutamanya dlm filem2 Hollywood dan komik2 adiwira mereka. dan perkara itu sememangnya benar. mengapa malaysia tidak begitu? adakah ketua negara kita tiada ciri2 seorg wira untuk kita tonjolkan atau warga Malaysia sendiri yg tiada rasa dlm menghargai seorg pemimpin?
fikir2kan

jika anda ingin mendapatkan buku ini, bolehlah mencarinya di kedai2 buku berhampiran. Terbitan PTS Milennia

zuhair: cuti-cuti boleh main game, yay!

16 June 2013

Mari Saya Ajarkan 1 Rahsia...

assalamualaikum...

semalam sekolah saya, Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) ada buat hari asrama terbuka
so saya dptla tgk gmbr2 asrama saya drpd junior2 yg pegi
saya mcm teringin gak nk pegi. tp dh dok ada kat penang ni, sshla skit.

masa sekolah dulu, asrama kitorg ada 4 blok lelaki, 2 blok perempuan (sekarang ada 4 blok lelaki, 4 blok perempuan x silap). 1 blok ada 2 tingkat. untuk lelaki, setiap blok mewakili rumah sukan masing2. untuk perempuan plak, setiap aras mewakili rumah sukan mereka. ada 4 rumah sukan. Enggang (rumah hijau), Helang (rumah kuning), Garuda (rumah merah) dan rumah saya, Rumah Rajawali (rumah biru)
so tengah saya dok belek2 gambar yg junior2 ni upload, saya ternampak la blok Garuda dgn Rajawali. isy, isy... buruknya...! pengetua pun... nak buat Hari Asrama Terbuka pun, cat la skit blok tu...! buruk benor rupanya..!

ni la yg saya maksudkan. buruk kan? dorm saya dulu kat aras 2, blok kiri. 2nd hujung (x nmpk pintu dia dari sini)

nak dijadikan cter, sepanjang saya bersekolah kat sana, saya pernah diajar oleh seorg guru.
ustaz yaziz nama beliau. beliau ajar saya waktu form 3 je. kalau x silap beliau mengajar kat sekolah dlm 2 atau 3 tahun je. dgr cter beliau pindah sebab rindu kat isteri beliau yg dok ada kat kedah. sweetnya ustaz~~~

sepanjang belajar dgn beliau, saya paling suka part beliau merapu. mcm2 beliau cter. pasal karamah, wali Allah, pasal kawin tu blh kata paling byk la. haha. bila masuk part tu, semua semangat. tp bila part belajar, masing2 mata kuyu. smpai ada sekali, beliau baling pencil case kat kawan saya sbb asyik tido je time kelas dia. hahaha

ada sekali, beliau ajar pasal doa untuk melembutkan hati. x kisah la hati org atau hati sendiri. yg ni paling saya ingat. mungkin sbb saya selalu buat kot. inilah dia rahsia yg saya maksudkan kat title blog nie..! kamon la, xkan anda x berminat untuk tahu doa ntuk melembutkan hati? hehehe

doa dia (x reti nak buat font jawi)

Allahumma laiyintalana qalbana kama laiyinta lidauda lihadida (part hadi tu guna ha pedas. bukan ha simpul)
maksud: ya Allah, lembutkanlah hati kami. sebagaimana engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud

beliau cter kalau nak mengorat x dapat2 ke, kalau rasa diri sendiri keras hati sgt ke, baca lah doa ni. kalau kata dpt anak2 x dgr cakap ke, anak lari dari rumah ke, boleh gak amalkan. moga2 hati mereka lembut dan lurus ke arah kebaikan

jadi... anda dah tahu. mahu amalkan atau x, terserah kepada anda

zuhair: baca doa ni selepas solat.

06 June 2013

KIL - nilai dlm sebuah cerita Melayu

assalamualaikum

post kali ni pasal movie!!

KIL adalah sebuah filem Melayu yg lain dari yg lain.

KIL membawa kepada anda kisah tentang Akil, seorg lelaki yg putus asa dgn hidupnya. dia mahu mati! pelbagai cara telah dilakukan ntuk membunuh diri. namun semuanya x berjaya. satu hari, dia terjumpa flyers dari sebuah syarikat yg menawarkan perkhidmatan ntuk org yg mahu membunuh diri. "anda mahu bunuh diri tetapi tidak berjaya? kami boleh bunuhkan untuk anda!" Tanpa berfikir panjang, Aqil pun mendaftar dgn syarikat itu. namun setelah berjumpa dgn Zara, hidup dia mula berubah. dia mula terasa sinar dlm hidupnya. skrg, dia blm mahu mati!

1. sebagai penonton filem yg gemar mencari nilai dlm sesebuah filem, jujur saya katakan bahawa KIL mempunyai nilai2 yg sgt baik. bagaimana kisah Zara berterima kasih kepada seorg wanita India, bagaimana boss Aqil menghargai kerja2nya.. semuanya nilai2 murni yg sudah luput dlm filem Melayu masa kini

2. walaupun mempunyai nilai2 positif, namun saya akui bahawa plot penceritaannya sgt lah lembab. saya sbnrnya mengharapkan lebih drpd apa yg dipaparkan

3. KIL membunuh expectation saya. walaupun perkara itu 1 perkara yg baik (sbb cter dia x cliche), namun saya rasa plot yg saya bayangkan itu lbh baik kot?

jika anda mahu mencari sebuah filem Melayu yg baik, anda blhla pergi menonton KIL yg ditayangkan bermula 30 Mei lalu

zuhair: susah nk jumpa filem Melayu yg perfect

Assassin's Creed 3

assalamualaikum

post hari ni pasal game!!

Tajuk: Assassin's Creed 3
Publisher: Ubisoft
Rating: 4.5/5
My Synchronization: 84% (A!)

Assassin's Creed 3 (AC3) membawa kepada anda sorotan peristiwa yg menjadi detik2 dlm kemerdekaan Amerika Syarikat. watak utama permainan ini adalah Rattonhaketon, seorg lelaki dari bangsa Kanien Kehaka (Red Indian) yg ingin membebaskan kaumnya daripada tersepit dgn pertembungan antara golongan yg ingin mengawal Amerika (Loyalist yg turut disertai oleh Templar) dan golongan yg mahukan kemerdekaan.

saya melihat bahawa permainan ini adalah permainan yg sgt menarik. di sini saya list kan bbrp ciri2 AC3:

1. Rattonhaketon atau Connor kini blh memanjat pokok dan free running kat atas dahan. ntuk 3 chapter pertama, anda akan mengawal ayah Connor (nama - Haytham), tetapi function free running atas pokok ni xleh dibuat. dgn kata lain, Haytham x reti la panjat pokok!

2. Animus Database bkn sahaja membawa kepada anda fakta2 sejarah tentang suatu peristiwa/tempat/individu, malah turut mengkritik mereka! salah satu drpdnya ialah George Washington. siapa x kenal dia? beliau merupakan salah seorg yg menandatangani Pengisytiharan Kemerdekaan US dan juga Perdana Menteri Pertama US. namun dari sini saya dpt tahu yg beliau bukanlah se "legend" yg digembar-gemburkan. malah beliau merupakan seorg leader yg sgt teruk.

3. AC3 dh hilangkan fungsi faction. kalau dulu, kita blh upah mercenaries, thieves atau courtesans ntuk buat kerja trtntu, namun skrg fungsi tersebut dh dihilangkan. skrg Assassin's Recruit yg buat kerja2 tersebut

4. sejarah Amerika = membosankan! saya tak tahu kenapa. tapi saya lebih suka sejarah Itali berbanding sejarah Amerika. Sejarah Itali ada ditonjolkan dlm siri2 Assassin's Creed yg sebelum2 ini

so... itulah saja. sebenarnya saya dh hbs game ni mggu lepas lg. tp sbb x sempat, saya tulis lah hari ni. dan disebabkan dh seminggu, byk la bnda2 best yg saya dh lupa... T.T

zuhair: main game pesbuk je laaa skrg...