16 June 2013

Mari Saya Ajarkan 1 Rahsia...

assalamualaikum...

semalam sekolah saya, Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) ada buat hari asrama terbuka
so saya dptla tgk gmbr2 asrama saya drpd junior2 yg pegi
saya mcm teringin gak nk pegi. tp dh dok ada kat penang ni, sshla skit.

masa sekolah dulu, asrama kitorg ada 4 blok lelaki, 2 blok perempuan (sekarang ada 4 blok lelaki, 4 blok perempuan x silap). 1 blok ada 2 tingkat. untuk lelaki, setiap blok mewakili rumah sukan masing2. untuk perempuan plak, setiap aras mewakili rumah sukan mereka. ada 4 rumah sukan. Enggang (rumah hijau), Helang (rumah kuning), Garuda (rumah merah) dan rumah saya, Rumah Rajawali (rumah biru)
so tengah saya dok belek2 gambar yg junior2 ni upload, saya ternampak la blok Garuda dgn Rajawali. isy, isy... buruknya...! pengetua pun... nak buat Hari Asrama Terbuka pun, cat la skit blok tu...! buruk benor rupanya..!

ni la yg saya maksudkan. buruk kan? dorm saya dulu kat aras 2, blok kiri. 2nd hujung (x nmpk pintu dia dari sini)

nak dijadikan cter, sepanjang saya bersekolah kat sana, saya pernah diajar oleh seorg guru.
ustaz yaziz nama beliau. beliau ajar saya waktu form 3 je. kalau x silap beliau mengajar kat sekolah dlm 2 atau 3 tahun je. dgr cter beliau pindah sebab rindu kat isteri beliau yg dok ada kat kedah. sweetnya ustaz~~~

sepanjang belajar dgn beliau, saya paling suka part beliau merapu. mcm2 beliau cter. pasal karamah, wali Allah, pasal kawin tu blh kata paling byk la. haha. bila masuk part tu, semua semangat. tp bila part belajar, masing2 mata kuyu. smpai ada sekali, beliau baling pencil case kat kawan saya sbb asyik tido je time kelas dia. hahaha

ada sekali, beliau ajar pasal doa untuk melembutkan hati. x kisah la hati org atau hati sendiri. yg ni paling saya ingat. mungkin sbb saya selalu buat kot. inilah dia rahsia yg saya maksudkan kat title blog nie..! kamon la, xkan anda x berminat untuk tahu doa ntuk melembutkan hati? hehehe

doa dia (x reti nak buat font jawi)

Allahumma laiyintalana qalbana kama laiyinta lidauda lihadida (part hadi tu guna ha pedas. bukan ha simpul)
maksud: ya Allah, lembutkanlah hati kami. sebagaimana engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud

beliau cter kalau nak mengorat x dapat2 ke, kalau rasa diri sendiri keras hati sgt ke, baca lah doa ni. kalau kata dpt anak2 x dgr cakap ke, anak lari dari rumah ke, boleh gak amalkan. moga2 hati mereka lembut dan lurus ke arah kebaikan

jadi... anda dah tahu. mahu amalkan atau x, terserah kepada anda

zuhair: baca doa ni selepas solat.

4 comments:

  1. perkara biasa bg bebudak asrama tido dlm klas....
    perkongsian yg menarik.. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? pelik kot. bdk2 yg x dok asrama xde la nk tido sgt dlm kelas.

      Delete
    2. budak2 asrama makan nasi kawah (dapur dewan makan masak guna periuk besar utk kita2). tu yg ngantuk sokmo tu. (even sampai sekarang akak tak jumpa perkaitan nasi kawah dengan ngantuk) haha~

      Delete
    3. ntah. saya pun jenuh pikir apa kaitan dia. haha
      ntah sapa la punya teori tu. :P

      Delete