26 June 2013

Fail Sulit Preseiden Amerika





assalamualaikum...

baru2 ni saya berkesempatan habiskan sebuah buku. tajuk dia Fail Sulit Presiden Amerika
membawa kepada anda kisah2 menarik perjalanan seorg Presiden Amerika Syarikat (POTUS) selain daripada beberapa teori konspirasi yg berlegar dlm kehidupan mereka

sebagai seorg yg minat sejarah, buku ini sememangnya menarik perhatian saya. membaca helaian awal, saya rasa seronok kerana dpt tahu pasal beberapa teori konspirasi yg mengelilingi mereka selain penglibatan organisasi tertentu seperti Freemason, Illuminati dan Skull & Bones

namun apabila smpai ke helaian belakang, minat saya mulai pudar. penulis ibarat terlalu byk mengangkat kelebihan yg dimiliki oleh para  POTUS dan juga sejarah mereka tanpa menghuraikan tentang kisah disebalik sejarah tersebut
saya ambil contoh tentang POTUS pertama US, George Washington. walaupun penulis memberitahu bahawa Washington merupakan seorg ahli utama Mason, namun beliau tidak mengungkap sejarah di sebalik kehidupan Washington.
saya ingat lg semasa bermain Assassins Creed 3, saya belajar dari situ bahawa Washington adalah seorg ketua tentera yg tiada kepimpinan. hampir semua keputusannya berakhir dgn perkara yg tidak baik. namun perkara ini tidak dihuraikan oleh penulis. sebaliknya hanya sejarah yg telah terlakar di buku2 sejarah US sahaja yg penulis nukilkan.

sebagai seorg yg sentiasa ingin tahu, saya berasa agak kecewa kerana isi buku ini tidak menepati apa yg saya jangkakan. mungkin buku ini hanya biasa2, atau mungkin saya yg terlalu tggi dlm menjangka.

cuma ada 1 perkara yg saya tertarik selepas membaca buku ini.
penulis memberitahu bahawa rakyat amerika kerap menggambarkan presiden mereka sbg hero terutamanya dlm filem2 Hollywood dan komik2 adiwira mereka. dan perkara itu sememangnya benar. mengapa malaysia tidak begitu? adakah ketua negara kita tiada ciri2 seorg wira untuk kita tonjolkan atau warga Malaysia sendiri yg tiada rasa dlm menghargai seorg pemimpin?
fikir2kan

jika anda ingin mendapatkan buku ini, bolehlah mencarinya di kedai2 buku berhampiran. Terbitan PTS Milennia

zuhair: cuti-cuti boleh main game, yay!

No comments:

Post a Comment