31 December 2011

ombak rindu vs tentang dhia

assalamualaikum...

ombak rindu vs tentang dhia?

semua org tahu yg ombak rindu merupakan salah 1 filem yg ditunggu2 pd tahun ni
hasil adaptasi novel yg sgt terkenal, ombak rindu telah menarik ramai org ntuk menontonnya
ditambah lak dgn promosi yg hebat, sememangnya ombak rindu merupakan filem Malaysia yg paling ditunggu2 pada tahun ini

tentang dhia plak, drama yg mengisi slot di tv3, pada pukul 7 mlm, telah pun berakhir pada hari khamis lepas
apa plak yg menarik pasal drama nih, sampai saya membuatkan drama ni dpt vs dgn filem ombak rndu?

dlm membaca buku dan menonton cerita, saya sbnrnya mencari nilai2 moral yg diterapkan dlm sesebuah filem/ drama/ buku itu
jika moralnya tiada atau terlalu sikit, saya akan berasa x puas hati
cthnya; aku bukan tomboi. maaf ckp, saya x nmpk moral yg cuba dipaparkan
mari teruskan kpd analisis mengenai filem ombak rindu dan drama tentang dhia, versi zuhair


ombak rindu

1. saya pernah baca novel ombak rindu, karya fauziah ashaari. sambungan ombak rindu pun saya ada baca, tajuknya 'cinta, tiada akhirnya'. garapan novelnya bagus, cuma asal usul keluarga dlm novel itu yg sudah terbelit2 membuatkan saya agak kurg senang

2. filem, sememangnya membariskan para pelakon yg terkenal & hebat2. siapa x kenal aaron aziz, lisa surihani, maya karin?

3. maaf ckp, saya x jumpa moral yg baik drpd filem ini. sekadar nk memaparkan kisah cinta hariz dan izzah, pastu ada sedih2 skit. jika anda x puas hati dgn pandangan saya tentang filem ni, blh komen nanti ek!

4. pada saya, adaptasi novel x wajar dijadikan filem. nmpk plot seolah2 melompat dan kelam kabut. adaptasi novel sebaiknya dijadikan drama seperti drama stanza cinta. lebih baik dan lebih mudah difahami


tentang dhia

1. persepsi pertama saya dlm drama ini ialah "ini adalah sebuah drama yg baik!". kenapa? kerana episod 1 pun sudah menunjukkan adegan di kubur. dibacakan pula talkin kpd kedua ibu bapa azmi yg telah meninggal, sbnrnya boleh memberi kesan ke dalam jiwa penonton

2. drama ini byk memberikan nasihat. cthnya ketika kematian ayah raffi, ibunya berkata, "walaupun kita x buat salah kat org, tp kita x solat, raffi! selagi kita x solat, selagi itulah kita bukannya org yg baik!"
dan suka saya memetik caption dlm filem itu yg dituturkan oleh dhia, "abg, abg jgn cintakan dhia, lebih drpd abg cintakan Allah ye..?"

3. menusuk. plot cerita tentang dhia dan ombak rindu x lari jauh. ibu kepada si lelaki x suka kpd menantu, kemudian menganiaya si menantu. walaubagaimanapun, tentang dhia berjaya memaparkan kisah yg lebih baik dan terus terang, menusuk kalbu

4. manusia blh berubah, tp perlu dibimbing. watak melly yg jahat pada mulanya, sentiasa menganiaya org lain diberikan nafas baru apabila dia sudah mula berubah ntuk menjadi baik. yg bestnya, dia asyik jumpa org yg baik2 je, x kira ke mana pun dia pergi. bertuahlah kau, melly! dan perkara ini sbnrnya mengajar bahawa kita mampu mengubah org ntuk menjd lebih baik. kan?


filem dan drama malaysia dilihat sudah mula menyelitkan unsur2 dakwah
pada saya, ini merupakan 1 perubahan yg bagus
dgn bertambahnya medium dakwah spt televisyen, radio, blog, twitter, facebook, semakin lama org akan semakin tertarik & memahami Islam
bukankah itu 1 perkara yg bagus?

ya Allah, jdkanlah aku, keluargaku, sahabat2ku, guru2ku, pembaca2 blog aku dan seluruh org Islam dpt menghayati agama-Mu ini dgn baik. jgnlah Kau jdkan kami berpecah, kerana perpecahan itu adalah bala dari-Mu

zuhair; x sia2 dwnld... hehe. eh, alamak! mggu dpn dh final!!

2 comments:

  1. adik! 'cinta, tiada akhirnya' tu ada sambungan lagi. kisah suri n izzah tu masih ada endingnya. ada 3 siri untuk ombak rindu tu. tp, akak lupa tajuk dia. pi cari! err~if tak silap 'rindu cintaku' kot.

    ReplyDelete
  2. saya baca "cinta tiada akhirnya" pun dh rasa rimas dh
    setakat ombak rindu je yg saya rasa best
    so, xnklah baca nvl ke-3
    hehe

    ReplyDelete