05 January 2013

Hikaru no Go

assalamualaikum...

periksa, periksa jugak. tapi time2 periksa ni plak laaa baru gatai nak baca manga yg berjela2!
so saya baru habiskan baca manga Hikaru no Go
Hikaru no Go ditulis oleh Hotta Yumi dan dilukis oleh Obata Takeshi. Yukari Umezawa 5-dan lak supervised manga ni, terutamanya time susunan batu2 Go (dan adalah pangkat untuk Pro dalam Go. maknanya dia pangkat ke-5 la. semua sekali ada 10 dan)
bagi yg x kenal, Obata Takeshi ni adalah pelukis manga Death Note
saya suka manga yg dia lukis sebab sgt detail. dgn background nya, corak bajunya, mmg kemas kot
tp dia x byk lukis manga
 
motif cter ni... well, mestila pasal Go!
apa Go? Go ni 1 permainan tradisi yg popular kat Jepun, Korea, China dgn Taiwan
dia macam catur la. tp bkn catur cina atau catur jepun ye
Go ni macam main kepung time sekolah rendah dulu. tp ada la rule dia yg saya pun kurg faham

Hikaru dan Sai

mengisahkan Shindo Hikaru yg terjumpa goban (papan untuk main Go) yg lama kat stor datuk dia. ntah cmne, dia berjumpa hantu Fujiwarano Sai, seorg pemain Go zaman Heian. Sai ni plak sepanjang masa dok ikut Hikaru. disebabkan Sai ni mmg gler Go, Hikaru pun terjebakla dgn permainan ni. dan Sai bukan setakat gler Go, dia gak gler power main Go. x pernah kalah kot! sikit demi sikit, Hikaru mula belajar main Go. disebabkan Sai dan... Touya Akira

Touya Akira. Rival Hikaru
 
Hikaru no Go pada saya adalah 1 manga education yg sgt baik. memberi kesedaran kat org2 jepun terutamanya untuk memelihara budaya bangsa mereka dan juga menarik minat generasi muda untuk bermain Go. Go di sana, di Korea dan di Cina bukanlah sekadar permainan, tetapi ia adalah karier. budak2 yg dh dpt title pro x perlu lagi pergi ke sekolah. diorg cuma belajar dan mengajar Go, pergi ke event Go tertentu, masuk pertandingan. dari situ lah sumber rezeki mereka
dengan kata lain, Go adalah sukan

tapi saya agak kurg senang dgn sikap Shindo Hikaru yg semacam x hormatkan org lain. terutamanya ibunya dan kawan perempuannya, Akari. rasa mcm kesian pun ada. 2 org ni care kat dia, tp dia mcm x nampak je. mgkn kalau perangai Hikaru ni elok skit, saya rasa dia ni boleh dijadikan inspirasi oleh generasi muda jepun, memandangkan manga dan anime merupakan 1 kepentingan di sana

jalan cter dia bagus. saya yg x reti apa2 pasal Go ni pun blh baca smpai habis. setiap moment perlawanan tu diolah dgn baik, membuatkan saya excited nak baca smpai habis.
so saya recommend Hikaru no Go kepada anda

boleh baca manga dia kat

http://www.mangareader.net/206/hikaru-no-go.html

atau mana2 manga stream yg lain

boleh tgk anime dia kat

http://www.animehere.com/anime/hikaru-no-go.html

atau mana2 anime stream yg lain

out. isnin ada periksa

zuhair: terikut2 mcm main Go waktu main Might and Magic Clash of Heroes

No comments:

Post a Comment