23 August 2011

leteran sbg halwa

assalamualaikum...

pernah x anda terbaca fakta bahawa perempuan mempunyai jgka hayat yg lebih lama berbanding lelaki?
apa faktor yg menyebabkan perkara ini terjadi?
antaranya faktornya adalah perempuan suka berleter!
dlm post yg lepas saya ada tulis tentang perempuan terdorong ntuk bercakap sebyk 1.5 kali ganda lebih byk drpd lelaki
leteran adalah salah 1 cara perempuan ntuk bercakap dan meluahkan masalah
saya ada baca dlm 1 majalah, penulis dia kata
"dalam perkahwinan, lelaki akan makin lama, makin diam. perempuan lak, makin lama makin byk bercakap. jika tiada persefahaman yg baik, rumah tgga mereka blh runtuh menyembah bumi"

bagaimanapun, berleter telah dibuktikan sbg salah 1 cara ntuk menghilangkan stress
stress yg tggi blh membawa penyakit, kerana stress membawa aura yg tidak baik kpd badan, lalu mengurangkan efficiency organ2 di dalam badan kita
disebabkan kekerapan lelaki ntuk berleter yg rendahlah yg menyebabkan lelaki mudah ditimpa penyakit

cuba anda ingat balik, selalunya bg pasangan yg dh tua, siapa yg selalunya menjaga siapa?
suami yg selalu menjaga isteri atau isteri yg selalu menjaga suami?
itulah buktinya lelaki lebih mudah ditimpa penyakit, lalu mengurangkan jgka hayat lelaki itu sendiri

walaupun berleter boleh menghilangkan stress, suka saya ingatkan bahawa berleter menambahkan stress kpd org yg mendengarnya
oleh itu, kalau nak berleter pun, biarlah berpada2
x syg ke kita kat org yg kita leteri, smpai x pasal2 dia plak yg stress kerana kita?

bg pembaca blog saya yg wanita,
jika anda pendiam - belajar2lah ntuk berleter. jgn diaaaaammm je
jika anda peleter - kawal2lah leteran anda. takut disebabkan mulut anda, anda hilang kawan / suami lak nanti

bg pembaca blog saya yg laki (dan saya sendiri);
bersedialah mental dan fizikal. jika kita berkahwin 1 hari nanti, kita kena faham bahawa di telinga kanan ada leteran ibu kita dan di sebelah kiri ada leteran isteri kita

kpd pembaca blog saya yg masih ada ibu (termasuk saya);
berseronoklah mendengar leteran ibu kita, kerana jika dia tiada nanti, leteran itulah yg akan kita rindui...

zuhair; suka buat ibu berleter. heheheh

4 comments:

  1. sy kalo mrh je berleter.. or diam terus.. ahaha
    ske post ni! like2~

    ReplyDelete
  2. ahahaha
    standardla kan, org perempuan

    ReplyDelete
  3. jd zuhair kena lah jd org yg bersabar ye.. ahaha naty dpt bini kne faham2 la die.. :D

    ReplyDelete