27 June 2011

Hero

assalamualaikum...


baru tadi, saya menghabiskan sebuah novel;

Tajuk; Hero - Bukan Sekadar Pembanteras Jenayah
Penulis; Hilal Asyraf
Penerbit; Galeri Ilmu

Hero mengisahkan Amir Faheem bin Amir Muiz, waris Syarikat Amir & Co yang ingin menghapuskan korupsi yang melanda Bandaraya Angsana. ayahnya bersama 9 orang jutawan yang lain telah melebarkan sayap mereka ke dalam setiap sektor sambil menerapkan sistem Islam ke dalam sektor masing2. hasilnya, Islam melalui Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat dunia dan Bandaraya Angsana menjadi pusat penyebaran Islam ini. malangnya, satu organisasi kejahatan telah membunuh ayah Amir Faheem, membuatkan dia ingin membalas dendam terhadap mereka. lalu dia menyarung sut Hero, ingin menghapuskan korupsi yang ada di Bandaraya Angsana.

Komen

1. Persamaan dengan Batman

Hero mempunyai banyak persamaan dgn Batman. Sut yg dipakai Hero mempunyai teknologi yg tggi. Hero cekap bertumbuk dengan penjenayah, sama dgn Batman. Mantel yg dipakai Hero boleh bg musuh stun, sama dgn Batman. jika Batman ada Alfred yg jd butler dan menguruskan rumahnya, Hero ada Pak Arbi. Batman ada Joker yg psiko, Hero lak ada Akuma yg juga psiko. sebagai gamer yg mengagumi Batman, sedikit sebanyak saya kurang berpuas hati dgn persamaan2 sebegini.
bagaimanapun, penulis xde la buat byk sgt persamaan antara Hero dgn Batman. Hero boleh terbang, tp Batman cuma boleh glide. Hero xde photographic memory, tp Batman ada. Batman suka bertindak berseorangan, begitu juga Hero pada awalnya. namun akhirnya Hero sedar bahawa dia tidak akan mampu melawan musuh jika tiada kesatuan dgn org lain

2. Penggunaan nama

penulis dilihat menggunakan nama yg sama 2 kali. antara yg saya dapat kesan adalah Afeefah dan Afifah, Amir dan Saifullah. mungkin nama2 ini sebenarnya dekat dgn hati penulis dan membawa maksud yg sangat baik, namun sebagai pembaca yang pernah membaca beberapa novel sebelum ini, saya agak kurang senang dengan cara penulis kerana membuatkan saya keliru dengan karakter2 yg namanya sama ini.

3. Kesatuan Islam

Islam dalam novel ini digambarkan sebagai Islam yang sejati, di mana umat Islam bukan sahaja maju dari segi pembangunan lahiriah, bahkan maju dari segi pembangunan insaniah. sesungguhnya saya berasa amat bgga sekiranya kita berusaha menjadikan apa yg ditulis dalam novel ini menjadi kenyataan. Islam tidak lagi disalah ertikan, malah negara2 barat turut cuba mempraktikkan sistem Islam yg dilihat sebagai lebih baik dan berkesan. (sudah tentulah sistem yg Allah turunkan itu tersangat baik, malangnya manusia sahaja yg suka menolaknya dgn pelbagai alasan)

4. pujian dan kejian

saya terkesan dengan kisah Laksaman Sunan karya Ramlee Awang Murshid. apabila dipuji, Sunan mengatakan, "segala puja dan puji hanyalah untuk Allah. dia juga tidak pernah menengking musuhnya, apatah lagi menyebutkan kata2 kesat terhadap musuhnya itu. berbeza dgn Hero, kadangkala watak2 baiknya terkeluar kata2 kesat seperti 'jahanam' dan 'celaka' apabila disusahkan oleh musuh mereka. pada saya, sbg seorg yg mengaku mereka beriman dan mencintai Allah, adalah tidak wajar sekiranya mereka mengatakan terhadap org lain dengan kata2 sebegitu. ditakuti amalan org yg dikeji itu lebih baik drpd amalan kita yg mengeji

mengenai kejian ini, saya melihat senario mengeji org ini sudah menjadi perkara biasa, malah turut dilepaskan oleh ustaz2 dan tok2 guru ketika berceramah.
sbg seorg yg 'bukan ustaz', saya merasakan perbuatan ini sedikit sebanyak membuatkan Islam tidak disenangi oleh org lain. pergi ke ceramah ini, ada keji mengeji. pergi ke ceramah itu, ada kutuk mengutuk. lalu, akhirnya org pun malas nak pergi ceramah
sbg seorg yg mengaku beriman, alim dan kuat agama, sangatlah x wajar jika kita mengeji org lain. ditakuti org itu amalnya lebih baik drpd kita, sedangkan kita dok tambah dosa kita dgn mengeji mereka
ketika marah sekalipun, Rasulullah telah mengajar kita untuk bersabar ketika 'pukulan pertama'. bukankah org yg kuat itu adalah org yg mampu mengawal kemarahan..?

kesimpulannya, saya agak berpuas hati dgn novel Hero ini. maksudnya baik, jalan ceritanya baik, wajar untuk kita hayati bersama

zuhair; amboih! byknya tulisan kat post nih. korg baca ke x, xtaulaa...

4 comments:

  1. rajin nye bace novel dalam sbuk2 bekerja ek? haha... xpe kalo komen pnjg2 pun, people who loves reading will love to read ur komen about the book u read~ :P

    ReplyDelete
  2. mcm best.nak baca tapi tak nak beli. haahaha

    ReplyDelete
  3. nmpknya pasni zuhair kena tulis pasal buku la kat sini
    tulis pasal game org x baca
    huhu

    ReplyDelete
  4. org y ske game akan bace komen psl game.. ;]

    ReplyDelete