15 June 2011

sutera bidadari

assalamualaikum...


tadi, saya hbs membaca novel Sutera Bidadari
novel ke-5 legasi Laksamana Sunan karya Ramlee Awang Murshid
novel ini menyambung kembali kisah Sunan atau nama sebenarnya Saifuddin Jalis selepas novel Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Cinta Sufi dan Hijab Sang Pencinta
pada saya, kisah Laksamana Sunan ni wajar diangkat setaraf dgn Harry Potter dan diterjemahkan ke karya2 filem

Sutera Bidadari mengangkat semula kisah Sunan yg memburu Taghut untuk membuat pertarungan terakhir
Taghut selama ini telah memperhambakan diri kpd syaitan yg menampilkan diri sbg Sang Petala
Taghut jugalah yg meniupkan semangat jahat kpd Puteri Kober Gandring, Manggala, Maharani Pulau Utara sehingga mengorbankan Ratna Sang Ratu, isteri kpd Sunan
namun, setelah kekalahan Taghut yg berkali2 kpd Sunan, Sang Petala menarik kembali kuasa sakti Taghut dan dibuang ke negeri Atas Angin (Barat)
berjayakah Sunan menewaskan Taghut demi menegakkan agama Allah di muka Bumi?

Laksamana Sunan adalah 1 watak fiksyen yg dihidupkan pd zaman 1511, tersepit di celah2 sejarah Hang Tuah, Panglima Awang Bagan, Hang Lekiu dan Puteri Gunung Ledang
bagaimanapun, penulis berjaya membuatkan seolah2 Sunan ni seperti benar2 hidup, tanpa ada percanggahan dgn fakta sejarah yg asal, terutamanya peristiwa penjajahan Portugis ke atas Melaka

korg tau x sapa Panglima Awang Bagan?
kalau x silap saya, Panglima Awang Bagan adalah org Melayu pertama yg mengelilingi dunia
beliau meninggalkan Tanah Melayu menggunakan kapal Portugis
Ramlee Awang Murshid dilihat begitu kemas penceritaannya dgn menyelitkan kisah bagaimana Panglima Awang Bagan meninggalkan Tanah Melayu menggunakan bahtera Portugis tanpa mengubah walau sedikit pun sejarah

namun, setiap benda pasti ada kelemahannya
kehadiran Sang Dewi yg telah menjadi siluman, memanggil2 Saifuddin sangat mudah ntuk diteka siapakah gerangan sebenarnya
bagaimana pulak Ratna ni masih hidup, sedangkan dulu dia mati di pangkuan Saifuddin?

bagaimanapun, identiti sebenar Drakul dan Saifullah disimpan dgn baik oleh penulis hingga ke akhir2 novel
penulis gak membuat plot twist ketika pertarungan akhir antara Sunan dan Taghut
sangat hebat, sangat berkesan

thumbs up, Ramlee Awang Murshid!

zuhair; menunggu novel ke-6...

4 comments:

  1. ok. sukan nie, datang bawak sume novel lepas hijab sang pencipta. aku nak bace. ade 2 la kan? haha. jangan lupe yee

    ReplyDelete
  2. oit
    hari sukan x cuti laa.... huhu

    ReplyDelete
  3. ha? alaaaa, juer. kau keje katnee?? aku datang cri kau kat tempat kejee .seyes nie

    ReplyDelete
  4. kat kedai buku popular. tp sutera bidadari dh diskandal awal2 lg oleh mak sedara zuhair. dia dh amik dh pun smlm. huhu
    kalau nk, dpt cinta sufi je la...

    ReplyDelete