21 February 2012

kahwin muda. nak?

assalamualaikum...

baru2 nih, saya tgk ramai gak la kwn2 kat fb pakat share gambar nih


hah!
nak kawin ke?

sbg seorg remaja normal, saya x nafikan bahawa kita mempunyai keinginan ntuk bersama2 dgn org yg kita suka secara halal
ingin menyintai dan ingin juga rasa dicintai
saya pernah mendengar sendiri ceramah drpd org yg berkahwin semasa belajar
dia memberitahu, setelah berkahwin, jiwa menjadi lebih tenang
study menjadi lebih fokus, hasilnya keputusan juga meningkat

saya pasti, jika sebut berkahwin sahaja, perkara pertama yg akan kita bygkan mstilah perkara yg indah2
gelak tawa manja isteri, saling usik mengusik, belaian kasih, pelukan dan kucupan...
namun harus diingatkan, perkahwinan tidak hanya sekadar berkisar setakat itu

perkahwinan yg bahagia dan berjaya hanya akan tercipta apabila pasangan itu menunaikan tanggungjawab masing2
tanggungjawab si suami, pastilah memberi nafkah zahir dan batin
saya amat pasti, jika berkahwin semasa belajar, tanggungjawab ini terpaksa diabaikan
mungkin isteri itu faham akan situasi suaminya, namun saya berpendapat bahawa tanggungjawab adalah tanggungjawab. jgn sekali2 diabaikan

saya tidaklah menentang kahwin muda, apatah lg ada yg sudah pun merancang ntuk berkahwin, sekalipun dgn nikah mut'ah
sememangnya perkahwinan itu keperluan setiap insan

pada pendapat saya, jika ingin berkahwin muda (terutamanya ketika belajar), ada beberapa benda yg perlu dititikberatkan;

1. sudah bersedia ntuk bertanggungjawab. jika keadaan bilik pun macam tongkang pecah, lupakanlahh

2. cukup iman. berkahwin bermakna bahawa kita akan membimbing pasangan kita, dan pasangan kita juga akan sentiasa membimbing kita. jika subuh kita pun asyik qada' je, apakah kita jangka yg kita blh melahirkan keluarga beriman kelak?

3. berdikari. dengan berkahwin, sewajarnya pasangan itu sudah tahu berdikari. memasak, mengemas, mengurus kewangan semuanya dibuat sendiri. adalah x wajar jika duit belanja dapur pun kita minx kpd ibu bapa, sedangkan sbg anak (apatah lg yg sudah berkeluarga), sepatutnya kita lah yg membantu ntuk meringankan beban mereka

4. bijak. berkahwin bermakna kita mempunyai org lain yg perlukan perhatian kita. oleh itu, pasangan itu sepatutnya bijak ntuk menguruskan keperluan mereka, terutamanya dalam hal2 kewangan. jgnlah terlalu seronok berbelanja sehingga terpaksa meminta kpd ah long pula. ingatlah, x semua bnda yg kita nak, kita akan dapat

ntuk kawan2 yg mgkn merancang ntuk kahwin muda, ambil beratlah 4 perkara di atas
tuntutlah ilmu rumahtangga betul2 sblm berkahwin
dan jgn lupa amik kursus kahwin!

zuhair; kawin lepas kerja... kot

2 comments:

  1. kawin selepas kerja. kawin selepas betul betul matang. baru betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. matang..? kalau sebut pasal matang, skrg pun bolehhh!!
      haha

      Delete