01 March 2011

itu bukan caranya...


setiap manusia xkan terlepas atas keinginan ntuk merasa kaya, bahagia, berjaya, gembira dan sihat sejahtera
namun kadangkala kita sbg manusia yg lemah ni sering tersalah langkah, lalu tersasar

hari ni, saya nk menulis serba sedikit berkenaan Multi Level Marketing (MLM).
mengikut wikipedia, MLM blh didefinisikan sbg;

"Multi-level marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they personally generate, but also for the sales of others they recruit, creating a downline of distributors and a hierarchy of multiple levels of compensation. Other terms for MLM include network marketing,[1][2][3][4][5] direct selling,[3][6] and referral marketing."

saya bknlah anti-MLM, tp apa kata kita tgk ciri2 common MLM

1. kbykn MLM melibatkan jualan barangan spt alat solek, minyak wangi, buku dsb. namun modus operandi UTAMA MLM dilihat bknlah ntuk menjual barangan, sebaliknya mencari lbh ramai org yg akan turut bersama menjual barangan tersebut dgn byrn tertentu. (sebelum join MLM, seseorg perlu membayar jumlah tertentu kpd syarikat MLM)

2. sistem MLM menjurus kpd sistem piramid. yg duduk di atas akan lbh kaya jika mempunyai ramai org2 di bawahnya, spt yg ditunjukkan gmbr;

yg kat atas sekali tu la yg paling kaya antara semua. yg kat bawah tu plak sekadar bg org atas jd lebih kaya!

3. MLM adalah 1 pelaburan yg tiada risiko. laburkan wang anda ntuk mana2 produk MLM, cari org ntuk berada di bwh anda, anda dpt duit dlm tempoh2 yg dijanjikan. dgn kata lain, TIADA KERUGIAN!

melihatkan sistem MLM yg semakin berkembang biak di Malaysia, inginlah saya menasihatkan para pembaca sekalian yg mgkn ingin/ sudah memasuki mana2 MLM ntuk memikirkan beberapa perkara di bawah sebelum/ semasa menyertai MLM ini;

1. Hampir semua MLM adalah haram! ini kerana dalam Islam, setiap perniagaan pasti ada risiko untung & rugi, namun tidak ntuk MLM. malah sekiranya kita melabur dlm sesuatu bidang, misalnya kantin sekolah, dan perjanjian menyebut kita akan mendapat 10% drpd jumlah yg kita laburkan stp bulan, ini juga dikategorikan sbg haram. sebaliknya, pelaburan tersebut menjadi halal jika perjanjian menyebut kita akan mendapat 10% drpd jumlah keuntungan pd stp bulan, bermakna jika pengusaha kantin rugi atau untung, sama2 akan merasa imbuhan atau kerugiannya.

2. Sekiranya ada MLM yg mengaku sistem mereka halal, perlulah kita lihat, siapakah Penasihat Syariah MLM tersebut? mgkn mereka ada approvement Majlis Agama Islam ntuk perniagaan Patuh Syariah, namun itu mgkn bermakna yg Patuh Syariah itu adalah barang yg diniagakan, bukannya sistem MLM yg diusahakan!

3. Pada saya, (maaf jika ada yg terasa) MLM ni bknlah berorientasikan menjual barang, sebaliknya menjual orang. mana x nya, dgn meletakkan org2 di bawah kita, kita akan dapat byk duit drpd syarikat. lg ramai org, lg byk duit! malangnya, orang2 yg kita 'jual' bknlah org lain, sebaliknya ahli keluarga & rakan2 kita!

4. Seringkali saya menganggap bahawa MLM adalah sistem yg menjadikan "org miskin sedikit kaya, org kaya bertambah2 kaya". biasanya ntuk memasuki MLM, seseorg dikehendaki membayar ntuk produk yg akan diberi. harganya bknlah murah, mencecah ribuan ringgit! siapa yg boleh dptkan produk tersebut dahulu kalau bkn org kaya? lalu org miskin perlu berusaha sedaya upaya ntuk mendapatkan duit, berada di bawah org kaya yg sedia berada di atas, lalu menjadikan org kaya itu bertambah2 kaya.

5. saya sering membaca panduan2 ntuk menjadi kaya di majalah2 dan artikel2. namun x pernah langsung saya jmpa penulisnya menukilkan, "Multi-Level Marketing (MLM) adalah 1 pelaburan yg baik & pasti ntuk anda menambah wang anda & wajar menjadi steady income". sebaliknya mereka menulis ntuk kita menjadi kaya, perlulah bekerja keras, jujur dalam pekerjaan, membeli aset2 penting seperti rumah & emas dan yg paling ironinya, banyakkan menderma!

6. Satu misteri drpd operasi MLM ini adalah, mana diorg dpt duit yg sebegitu byk? contohnya A mempunyai 2 org di bwhnya (A1, A2) pada bln pertama, dia mendapat RM 200. pada bulan ke-2, bilangan org yg berada di bawah A menjadi 4 org (A1, A2, A3, A4), dan masing2 drpd org bawahan A mempunyai seorg org bawahan. tiba2 saja income A boleh mencecah RM 30,000! dan income ini adalah berterusan smpai bila2 (sampai syarikat tutup, pastu buat syarikat lain, jual produk lain lak...) Yakin ke kita dgn kehalalan wang yg kita peroleh hanya dgn goyang kaki sahaja..??

walau bagaimanapun, bg para pembaca yg tetap ingin menyertai MLM, saya nasihatkan agar anda selidik dahulu latar belakang syarikat MLM tersebut. antara MLM yg saya nmpk baik dan halal adalah 'Stormreaders', menjadikan buku2 Islamik sbg barang jualan mereka. (beli Majalah Solusi ntuk info2 lanjut)

cara MLM yg dibenarkan dalam Islam basically adalah anda menjual produk2 syarikat tersebut, lalu anda mendapat imbuhan atas kerja anda itu (lebih kurang jualan kiosk). ini bermakna jika anda x berusaha ntuk bekerja, anda xkan dpt duit imbuhan pd stp bulan atau pd waktu2 yg ditetapkan dlm kontrak.

MLM yg halal gak mestilah mempunyai Penasihat Syariah yg diyakini pakar dalam hal ehwal kewangan Islam. sudah tentulah kita x mahulah benda2 yg haram masuk ke dalam badan kita lalu menjadi darah daging kita dan keluarga kita

memetik kata2 seorg ulama' yg dirakam ceramahnya dalam dokumentari 'The Arrivals',
"syaitan akan berusaha sedaya upaya ntuk menjadikan dunia ini seolah2 berbaloi ntuk kita kejar, sehingga terlupa atas nikmat akhirat yg xkan mampu pun ntuk otak kita bygkan!"
kreatifnya syaitan, semoga kita x terpedaya dgn hasutan mereka yg Allah telah laknat selamanya...

zuhair; jika kita ada duit, apa salahnya memberi kpd org2 yg memerlukan, atau menderma di masjid. betapa hebat, penyayang dan adilnya Allah, Dia memberi pahala kpd org miskin dgn kesabaran mereka, Dia juga memberi pahala kpd org kaya atas kemurahan hati mereka...

5 comments:

  1. still x faham la zuhair.. boleh bagi contoh kes?

    ReplyDelete
  2. cmni...
    diorg akan minta duit drpd RNS ntuk amik barang diorg, cthnya sekotak berus gigi dgn harga rm2000
    RNS blh jual berus gigi tu ntuk balik modal
    tp diorg ada cara yg lebih baik
    diorg minx RNS cari bbrp org ntuk jd mcm RNS gak (dealer) & org yg RNS cari tu akan duduk kat bwh RNS (mcm org bawahan la..)
    pastu tiap2 bln/ mggu, RNS akan dpt duit berdasarkan jumlah org yg ada kat bwh RNS, cthnya kalau RNS ada 2 org kat bawah RNS, diorg akan bg rm200 tiap2 bln. kalau ada 4 org, blh naik smpai rm1000 stp bulan
    persoalannya, mana dtg duit tu..? sedangkan kita x buat pape, sekadar cari org bwh kita je
    sbb tu skim ni x halal...

    ReplyDelete
  3. yg rm200 tu bukan hasil jualan ke?

    ReplyDelete
  4. bukan
    yg rm200 tu pulangan yg diorg tetapkan bila kita ada 2 org kat bawah kita
    maknanya kalau kita x jual produk tu pun xpe, asalkan bila kita ada org kat bwh kita, diorg akan bg kita duit
    lg ramai org kat bwh kita, lg bykla duit yg kita dpt..!

    ReplyDelete