09 March 2013

Antara Cinta dan Air Mata

assalamualaikum...

sekejap tadi, saya baru sahaja menghadiri forum "Antara Cinta dan Air Mata"
ahli panel yg dijemput adalah Ustaz Pahrol Muhamad Juoi dan Ustazah Ummu Maudah binti Ali

forum yg berkisar tentang cinta dan rumah tangga ini telah mencatatkan kehadiran yg sgt luar biasa
sampaikan saya yg jaga booth pendaftaran pun xleh nk masuk dh dalam dewan kuliah SK4 tu. org yg datang melimpah-limpah. sampai yg duduk kat tangga pun ada. tu pun bkn skit2 yg duduk kat atas tgga tu. padahal dewan tu xdela kecik. 700 org gak boleh masuk

yg paling syok, saya tengok punyalah ramai golongan wanita yg dtg. saya pun xtau mana diorg dtg. mungkin sbb hari ni Hari Wanita Sedunia kot. hehe
ada jugak wakil2 dari U lain turut hadir sbb esoknya ada Karnival Jom Masuk U kat padang kawad USM nih

saya sememangnya suka dgn cara penulisan ustaz Pahrol ni. nukilan beliau dlm solusi sentiasa buatkan saya rasa kagum. cara pengolahan ayatnya, bahasanya, memang terbaik ah!
dalam forum tadi, ada 3 benda yg sempat saya catatkan dalam enset

1. 2 hati yang mencintai Yang Satu akan mudah bersatu
maksudnya kalau kita nak mendapat pasangan yg baik, kita perlu lah sama2 mencintai Allah. melaluinya iman dan akidah yg kukuh, maka masing2 akan terpupuk rasa cinta terhadap manusia.

2. Usah mencari. berusahalah untuk menjadi
maksudnya, kadangkala kita asyik mencari yg solehah, yg baik, yg cantik... sedangkan manusia ni tertakluk kepada kekurangan. jadi adalah lebih baik jika kita gunakan masa yg ada ni untuk menjadi. menjadi lebih baik, lebih soleh, lebih positif, dan segala yg baik2 lah

3. Suami isteri ibarat tangan kanan dan kiri
seperti tangan kita, jika tangan kiri kotor, pasti tangan kanan akan tolong mencucinya. kesannya, bukan takat tangan kiri je akan bersih, malah tangan kanan akan turut bersih. begitulah hidup suami isteri. saling memperbaiki, saling membantu.

dalam pada saya dok tgk para panel tu dari jauh (maklumla, x dpt masuk. tgk dari pintu DK je la. T.T ), saya ternampak ada sorg kakak tu dukung anak dia. comel budak tu. saya xleh betul jmpa bnda2 comel nih. heii... sabo jelah
bila tgk kakak tu dukung anak dia, terus saya teringat ceramah ustaz Kazim. beliau kata, kalau bawak anak2 pergi ceramah ke, mana2 ke, mesti anak tu duduk dgn mak. kenapa ayah xnak dukung. patutnya ayah pun kena la dukung sama anak tu. ini tinggal pulak kat mak.
kenapa ek jadi cmtu?

zuhair; Isnin ni Diana Amir plak dtg. aktif betul budak2 PMI ni buat program

No comments:

Post a Comment