03 March 2013

80%, 20%

assalamualaikum...

semalam, saya pergi ke Popular dgn adik saya. disebabkan saya xtau apa saya blh buat dgn BB1M, saya buat keputusan ntuk belanja adik saya novel yg dia mahu

smpai2 je kat Popular, saya pun tanya la pekerja diorg. apa syarat ntuk guna baucer ni?
terkedu saya apabila diberitahu yg hanya 80% dari baucer tu blh diguna ntuk beli buku, dan selebihnya ntuk alat tulis

contohnya, jika anda ingin gunakan baucer anda sebanyak rm100, anda hanya dibenarkan menggunakan rm80 sahaja ntuk membeli buku. jika anda membeli buku dgn harga rm82 misalnya, anda harus membayar lg rm2 ntuk buku tersebut. dan baki tidak akan dipulangkan. mujurlah syarat yg mengatakan bahawa hanya buku2 pelajaran sahaja yg boleh dibeli itu tidak dipakai. bermakna rm80 itu juga termasuk dgn novel, majalah & komik.
#seperti yg diterangkan oleh pekerja Popular yg saya temubual. cewah

pada saya, taktik yg digunakan oleh Popular ini sangat2 bold. bukan bold yg baik, tp bold yg buruk. seolah2 mereka x menghiraukan apa yg pelanggan mahu.
nasib baiklah ketika saya membayar, cashier pada waktu itu adalah manager cawangan Popular yg saya pergi. pada masa itu, beliau x amik kisah pun pasal 80% 20% tu. tp saya dpt tahu yg Popular cawangan lain sgt strict tentang rule 80% 20% itu.

post ini bukanlah untuk memburukkan Popular kerana syarikat ini lah yg membantu saya ntuk membeli laptop yg saya pakai skrg. namun sekadar untuk memberitahu kepada anda supaya bersedia dgn  kalkulator ketika anda di sana.

zuhair: bukan penasihat 20%

2 comments:

  1. Popular cawangan mana eh? Mohon share terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Popular bahagian penang yg strict nih. x sure cawangan mana sebab yg pegi tu kawan, bukan saya sendiri

      Delete