08 November 2010

finished read this book!


Tajuk; Khalifah2 yang Benar
Penulis; Abdul Latip Taib
Penerbit; PTS Publications
Harga; RM55.00

buku ni mengangkat kisah 4 khulafa' ar-Rashidin iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. kisah mereka difokuskan drpd kelahiran mereka sehinggalah saat mereka dijemput menghadap Illahi.

sbg sebuah novel sejarah, mgkn kita menjangkakan membaca buku ni sama mcm kita baca buku sej. bosan, mengantuk, xleh baca lama2, x best... tp nmpknya pak Latip pndai mengolah ayat dlm novel ni, seolah2 kita x membaca buku sej, sebaliknya membaca novel cinta (mcm yg bdk prmpn suka baca tuh...) tp masih gak diselitkan fakta2 tertentu spt jmlah tentera yg syahid ketika peperangan Badar dan strategi tentera Islam menawan Rom dan Parsi.

Abu Bakar as-Siddiq

kisah mengenai beliau adalah yg terpanjang dlm buku nie. sejak kecil lg beliau dh berkwn dgn Rasulullah S.A.W. seorg peniaga yg bijak & jujur dlm perniagaannya. bersama2 Rasulullah ketika ssh & senang, membenarkan Baginda, rela berkorban masa, jiwa & harta semata2 kerana Allah. digelar as-Siddiq. bertanggungjwb memerangi org2 yg murtad, xnk byr zakat & Nabi2 palsu.

Umar bin al-Khattab

seorg yg gagah. dihormati kawan & ditakuti lawan. pernah menewaskan jaguh gusti Mekah ketika beliau masih remaja. pd mulanya beliau adalah pengamal tegar budaya Quraisy, namun apabila memeluk Islam, beliau tegas dlm menegakkan agama. digelar al-Faruq. bertanggungjawab menakluk Parsi, membantu penduduk yg berada dlm kesusahan & hidup sederhana.

Usman bin Affan

anak saudagar yg kara-raya. meneruskan legasi ayahandanya dan mempunya byk duit walaupun sewaktu beliau muda. mempunyai sifat yg lemah lembut, salah seorg org pntg ketika perjanjian Hudaibiyah. berjaya menubuhkan angkatan tentera laut pertama atas cdgn Muawiyyah. menakluk Rom ketika menjadi khalifah. mendapat gelaran zun nura'in.

Ali bin Abi Talib

sepupu Rasulullah. dimuliakan dgn gelaran Karamallahu Wajhah & mendapat didikan langsung drpd Rasulullah. seorg pemuda yg gagah dan berani & menewaskan ramai musuh2 Islam yg kuat ketika berperang. seorg yg tggi ilmunya sehingga diberi penghormatan dgn nama Pintu Gedung Ilmu drpd Rasulullah. menjawat jwtn khalifah atas desakan penyokong2nya bg mengelakkan umat Islam berpecah belah. berusaha mendamaikan masyarakat Islam yg sudah mula tamakkan kuasa, harta & jwtn khalifah

keseluruhannya, buku ni adalah sebuah buku yg baik & menarik yg patut dibaca oleh umat Islam x kira peringkat. moga2 kita dpt menjdkan khalifah2 ini sbg role model kita.

Wallahua'lam

zuhair; kagum dgn penerbit buku ni. walaupun tebal, namun harganya x smpai RM 100 pun!

No comments:

Post a Comment