06 August 2011

assasin's creed brotherhod, finish

assalamualaikum...

bulan puasa x main game?
certainly impossible for me.
jd hari ni saya nk post psl game yg saya baru menang hari tu


Tajuk; Assassins Creed Brotherhood
Developer; Ubisoft
Label; M (Mature +17)
Synchronization; 99% (lg 1% tu dh malas nk buat)
Bintang; 4/ 5

Assasins creed brotherhood merupakan francais ke-3 assasins creed selepas game assasins creed & assassins creed 2
saya x berminat nk mengulas pnjg pasal game ni. cuma nk tulis pasal 3 karakter utama dalam game nih

menariknya game ni, game ni berasaskan sejarah (I love history!), dan developer bijak memasukkan karakter2 fiksyen diorg tanpa mengubah unsur2 sejarah yg ada pada karakter2 lain
sebelum bermain game ni, anda akan ditunjukkan dgn ungkapan;

"inspired by historical events and characters. this work of fiction was designed, developed and produced by a multicultural team of various religious faiths and beliefs"

3 karakter utama dalam game ni adalah;

Desmond Miles

Desmond adalah seorg tawanan perang, hidup pada zaman skrg. dia kemudian diserahkan kpd Vidic, seorg professor yg ingin mencari harta karun tersembunyi. bagi mencarinya, Desmond dimasukkan ke dalam 1 mesin yg dinamakan sbg Animus, alat yg blh membuatkan penggunanya merasai kehidupan nenek moyangnya. mereka percaya bahawa DNA manusia memegang memori mengenai nenek moyang manusia itu sendiri. misi Vidic ini dibiayai oleh Abstergo Corp, organisasi jahat (Templar) yg ingin menguasai dunia. malah pada masa skrg pun, abstergo sudah pun menguasai dunia melalui ekonomi (mcm familiar kan?). tanpa Desmond sedari, dia sudah termasuk dlm kancah peperangan antara Assassin dan Templar, dan dia adalah Assassin.
(cter Desmond ni pnjg. jenuh nk hurai semua)

Altair ibn al-Ahad

moyang Desmond yg dianggap legendary assassin. ketika Templar menemui harta karun yg dikatakan plg hebat, (kalau dlm dokumentari The Arrivals, harta ini dikatakan buku2 necromancy, yg membolehkan diorg ntuk menguasai dunia dan mempengaruhi manusia. Templar yg jmpa harta ni kemudian buat plak group bernama The Band of Six kot x silap) Altair turut berada di situ. misinya, membunuh Templar2 itu dan mendapatkan harta tersebut. namun, dia silap apabila keluar face 2 face dgn Templar2 tu, sedangkan Assasins sepatutnya menggunakan surprise attack. akibatnya, Altair diturunkan pangkat. dapatkah Altair menebus maruahnya semula?

Ezio Auditore de Firenze

kali kedua Desmond masuk dlm Animus, dia melalui pula memori Ezio. Ezio adalah org Itali yg hidup pada zaman Renaissance. peristiwa pembunuhan ayahnya dan 2 org adiknya kerana konspirasi jahat Templar telah menyebabkan dia ingin membalas dendam. sasarannya, menghapuskan org2 yg berkonspirasi membunuh ahli keluarganya. tanpa dia sedari, dia sudah setapak memasuki geng Assassins, yg sentiasa berperang dgn Templar sehingga hari ini. menariknya kisah Ezio, pemain akan berjumpa dgn watak2 zaman Renaissance seperti Leonardo da Vinci dan Niccolo Machiaveli. malah, target2 yg Ezio bunuh, hampir semuanya wujud dalam sejarah Itali. Ezio gak diberi peluang menggunakan ciptaan2 Leonardo da Vinci, seperti glider.

bagaimanapun, fokus utama cter ni adalah mengenai piece of Eden, sesiapa yg dpt bnda ni bakal menguasai dunia
totally perpestrous (btl ke eja nih?), tp gameplay dan grafik dpt cover jln cter yg pelik2 ni

zuhair; x brp nk amik pusing pasal jln cter game nih...

2 comments:

  1. hahahaha. terbaik lah zuhair! aku suka tengok review ni. hahaha

    -orang 'muda'-

    ReplyDelete
  2. muahaha!
    tu pun x dpt nk tulis pasal Desmond, sbb pnjg sgt

    ReplyDelete