Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

06 June 2013

Assassin's Creed 3

assalamualaikum

post hari ni pasal game!!

Tajuk: Assassin's Creed 3
Publisher: Ubisoft
Rating: 4.5/5
My Synchronization: 84% (A!)

Assassin's Creed 3 (AC3) membawa kepada anda sorotan peristiwa yg menjadi detik2 dlm kemerdekaan Amerika Syarikat. watak utama permainan ini adalah Rattonhaketon, seorg lelaki dari bangsa Kanien Kehaka (Red Indian) yg ingin membebaskan kaumnya daripada tersepit dgn pertembungan antara golongan yg ingin mengawal Amerika (Loyalist yg turut disertai oleh Templar) dan golongan yg mahukan kemerdekaan.

saya melihat bahawa permainan ini adalah permainan yg sgt menarik. di sini saya list kan bbrp ciri2 AC3:

1. Rattonhaketon atau Connor kini blh memanjat pokok dan free running kat atas dahan. ntuk 3 chapter pertama, anda akan mengawal ayah Connor (nama - Haytham), tetapi function free running atas pokok ni xleh dibuat. dgn kata lain, Haytham x reti la panjat pokok!

2. Animus Database bkn sahaja membawa kepada anda fakta2 sejarah tentang suatu peristiwa/tempat/individu, malah turut mengkritik mereka! salah satu drpdnya ialah George Washington. siapa x kenal dia? beliau merupakan salah seorg yg menandatangani Pengisytiharan Kemerdekaan US dan juga Perdana Menteri Pertama US. namun dari sini saya dpt tahu yg beliau bukanlah se "legend" yg digembar-gemburkan. malah beliau merupakan seorg leader yg sgt teruk.

3. AC3 dh hilangkan fungsi faction. kalau dulu, kita blh upah mercenaries, thieves atau courtesans ntuk buat kerja trtntu, namun skrg fungsi tersebut dh dihilangkan. skrg Assassin's Recruit yg buat kerja2 tersebut

4. sejarah Amerika = membosankan! saya tak tahu kenapa. tapi saya lebih suka sejarah Itali berbanding sejarah Amerika. Sejarah Itali ada ditonjolkan dlm siri2 Assassin's Creed yg sebelum2 ini

so... itulah saja. sebenarnya saya dh hbs game ni mggu lepas lg. tp sbb x sempat, saya tulis lah hari ni. dan disebabkan dh seminggu, byk la bnda2 best yg saya dh lupa... T.T

zuhair: main game pesbuk je laaa skrg...

28 January 2013

program bercuti

assalamualaikum...

apa aktiviti anda sepanjang masa cuti nih?
saya... well.... saya.... biasalah
main game!! heheh

ok. hari ni saya nak share skit pasal game Recettear
apa tu?
Recettear ni sbnrnya eksklusif dlm bahasa jepun je. tp ada la plak org yg baguih, dia tlg buat patch dlm english

Recettear mengisahkan tentang Recette yg kehilangan ayahnya. ayah dia pegi mana ntah, x balik2. pastu dtg sorg fairy bernama Tear yg keje sbg ceti nk kutip hutang. ayah Recette ni berhutang byk gler. disebabkan Recette ni miskin, Tear cadangkan ntuk Recette bukak item shop dan bayar hutang tu gradually. so terhasillah kedai yg diberi nama, Recettear (Recette + Tear)

apa yg buatkan saya tertarik dgn game ni, mestilah sebab dia comel..!! (memang lemah betul dgn benda comel2 ni. huhu)
game dia xdela 3d sgt mcm game skrg. dgn lukisan dan penceritaannya yg iras2 manga dan anime, mmg Recettear adalah 1 game yg baik lah!
cuma 1 je amaran. game ni sangat susah!! x caya? silakan try

cara menjual. naikkan % ntuk dpt lbh untung. tapi kalau mahal sgt, org xnk beli.

pemandangan dlm item shop. hrmm... macamana saya nak susun ek?

selain drpd beli barang dgn hrga borong, kita gak kena g dungeon. byk item yg blh didapati dgn free kat sana. cuma... jgn mati. kalau x, well... anda akan tahulah nasib anda
zuhair: byr 10k dlm mggu 1st, setel. mggu 2 byr 30k, setel. mggu 3 byr 80k, setel. mggu 4 kena bayar 200k??? agak2 lah!!

14 January 2013

Kingdom of Amalur: Reckoning

warning:
ini adalah post tentang game!

Title: Kingdom of Amalur: Reckoning (KOA:R)
Developer: 38 Studios, Big Huge Games
Genre: Role-Playing Game (RPG)
Rating: 3.5/5


KOA:R memulakan kisah dgn kematian kita. namun, ada sorg gnome telah masukkan kita ke dlm Well of Souls, menjadikan kita hidup semula. dlm blur2 tu, kita tercari2 identiti sbnr kita di samping berusaha ntuk melawan Tuatha yg diperintah oleh Gadflow.

memandangkan saya malas nk tulis panjang2, saya kata yg game ni bagus. sgt bagus. tp terlalu lama, dan musuh dia plak berulang2. last2, saya jd boring. main dgn muka xde mood je. tp pepun, battle dia, kuasa dia, cerita dia, bagusla. suasana tempat2 pun, sgt bagus. ada tempat nmpk ceria, ada padang pasir, ada plak yg mcm paya je.

enjoy the pic

Ni namanya Fateshift. Time ni sekeliling akan jd slow, dan kita akan jd lbh kuat
Fateshift kegemaran - panah
Ni lak backstab. khas kalau kita pakai dagger, dan stab gnome

Ni lak backstab bila kita pakai dagger, dan bunuh geng2 murghan

charge shot ntuk staff. padahal x guna pun. saja berlagak


gaya seorg hero. stail..!
ni plak jenis2 senjata yg ada dlm game ni. hammer, staff, bow, sceptre, dagger, faeblade, longsword, chakram, greatsword
 soo... jika anda minat nak main, blh dapati di kedai2 game atau amik je kat saya. free. heheh

zuhair: hbskan 100+ jam kat game ni. dlm boring2 tu pun...

14 February 2012

the elder scroll v - skyrim

assalamualaikum...
Tajuk; The Elder Scroll V - Skyrim
Developer - Bethesda Studios
Genre - RPG
Rating - saya bg 3.5/5 je walaupun game ni sbnrnya dpt top game ntuk tahun 2011
Label; 18+

skyrim memulakan fenomena di seluruh dunia dgn jln cter yg menarik dan gameplay yg sgt realistik
skyrim adalah sebuah negara yg dihuni oleh bangsa Nord
atas sbb2 tertentu, beberapa bangsa lain seperti khajit, imperial, argonian, redguard dan high elf turut dtg berhijrah ke skyrim
skyrim merupakan sebuah game yg dipenuhi dgn konflik antara agama dan bangsa

kisah bermula apabila Raja Skyrim telah dibunuh oleh Ulfric Stormcloak dlm sebuah duel. apa yg mengejutkan, Ulfric membunuh raja itu dgn hanya jeritan (Shout/Thu'um). perkara ini menjadi bualan seluruh masyarakat Skyrim. Ulfric kemudiannya menubuhkan Stormcloak Rebellion yg majoritinya disertai oleh bangsa Nord yg bertujuan ntuk membebaskan Skyrim drpd pengaruh Aldmeri Dominion (atas isu2 berkaitan agama) dan menghalau bangsa selain Nord drpd terus tinggal di Skyrim. keadaan menjadi lebih tegang dgn kemunculan semula naga di Skyrim. Alduin, naga yg berupaya menghidupkan semula naga2 lain mula kelihatan di Skyrim lalu membuatkan org ramai mula berasa takut. apakah nasib Skyrim pada masa hadapan?


menjadi hero, anda diberi kebebasan yg sgt menakjubkan di dalam game ini. antara kelebihan game ini ialah;

1. anda boleh memilih ntuk menjadi bangsa yg anda kehendaki. nord, khajit, argonian, redguard, pilih saja. walaubagaimanapun, tindakan anda mengedit muka karakter anda mungkin bkn tindakan yg bijak kerana anda selalunya akan memakai topeng/helmet (armor, tmbh defence) sepanjang game

2. anda diberi kebebasan ntuk melakukan apa sahaja. baik atau jahat, terserah. anda juga boleh mengambil hampir semua barang yg ada. anda blh harvest bunga, masak makanan, mencuri, murder, lockpicking, berjual beli, melawan bandit... semuanya adalah bergantung kpd anda!

3. mission, anda bebas ntuk berbuat mengikut yg anda suka. cthnya, jika misi anda ialah ntuk membunuh A, dan anda x blh menolak misi tersebut, anda blh bertindak melawan misi itu dgn membunuh si pemberi misi

4. character building. anda bebas ntuk membina karakter anda. warrior, mage, rogue, semuanya terserah mengikut cara permainan anda. leveling up bergantung kpd skill yg anda selalu guna. jika anda kerap guna one handed weapon, skill anda menggunakan one handed weapon akan meningkat juga. semakin byk skill yg anda buat, semakin mudah ntuk anda level up


di sebalik segala kelebihan game ini, masih terdapat beberapa kekurangan yg boleh diperbaiki;

1. cutscene. game ni cuba memaparkan realistik yg cukup hebat sehingga tidak mempunyai walau 1 pun cutscene. pada saya, cutscene sbnrnya penting bg memaparkan satu2 event dgn lbh cantik dan dari sudut pandang berbeza

2. ketiadaan cutscene juga membuatkan bbrp bug seperti misi yg diberi dianggap x tercapai, sedangkan saya sudah pun melaksanakan misi tersebut.

3. melakukan perkara jahat/ baik x memberi apa2 kesan. dlm siri fable misalnya, kebaikan/ kejahatan yg dilakukan akan mempengaruhi karakter tu sndiri, lalu membuka misi2 khas dan juga option2 dialog yg menarik

skyrim merupakan sebuah game yg berada di tahap "magnificent", namun kekurangan2 yg saya lihat merupakan kekurangan yg sgt saya x suka yg pada saya, x patut ada dlm satu2 game
mgkn siri The Elder Scroll yg seterusnya dpt menjadi lebih mantap

zuhair; main batman arkham city plak

06 August 2011

assasin's creed brotherhod, finish

assalamualaikum...

bulan puasa x main game?
certainly impossible for me.
jd hari ni saya nk post psl game yg saya baru menang hari tu


Tajuk; Assassins Creed Brotherhood
Developer; Ubisoft
Label; M (Mature +17)
Synchronization; 99% (lg 1% tu dh malas nk buat)
Bintang; 4/ 5

Assasins creed brotherhood merupakan francais ke-3 assasins creed selepas game assasins creed & assassins creed 2
saya x berminat nk mengulas pnjg pasal game ni. cuma nk tulis pasal 3 karakter utama dalam game nih

menariknya game ni, game ni berasaskan sejarah (I love history!), dan developer bijak memasukkan karakter2 fiksyen diorg tanpa mengubah unsur2 sejarah yg ada pada karakter2 lain
sebelum bermain game ni, anda akan ditunjukkan dgn ungkapan;

"inspired by historical events and characters. this work of fiction was designed, developed and produced by a multicultural team of various religious faiths and beliefs"

3 karakter utama dalam game ni adalah;

Desmond Miles

Desmond adalah seorg tawanan perang, hidup pada zaman skrg. dia kemudian diserahkan kpd Vidic, seorg professor yg ingin mencari harta karun tersembunyi. bagi mencarinya, Desmond dimasukkan ke dalam 1 mesin yg dinamakan sbg Animus, alat yg blh membuatkan penggunanya merasai kehidupan nenek moyangnya. mereka percaya bahawa DNA manusia memegang memori mengenai nenek moyang manusia itu sendiri. misi Vidic ini dibiayai oleh Abstergo Corp, organisasi jahat (Templar) yg ingin menguasai dunia. malah pada masa skrg pun, abstergo sudah pun menguasai dunia melalui ekonomi (mcm familiar kan?). tanpa Desmond sedari, dia sudah termasuk dlm kancah peperangan antara Assassin dan Templar, dan dia adalah Assassin.
(cter Desmond ni pnjg. jenuh nk hurai semua)

Altair ibn al-Ahad

moyang Desmond yg dianggap legendary assassin. ketika Templar menemui harta karun yg dikatakan plg hebat, (kalau dlm dokumentari The Arrivals, harta ini dikatakan buku2 necromancy, yg membolehkan diorg ntuk menguasai dunia dan mempengaruhi manusia. Templar yg jmpa harta ni kemudian buat plak group bernama The Band of Six kot x silap) Altair turut berada di situ. misinya, membunuh Templar2 itu dan mendapatkan harta tersebut. namun, dia silap apabila keluar face 2 face dgn Templar2 tu, sedangkan Assasins sepatutnya menggunakan surprise attack. akibatnya, Altair diturunkan pangkat. dapatkah Altair menebus maruahnya semula?

Ezio Auditore de Firenze

kali kedua Desmond masuk dlm Animus, dia melalui pula memori Ezio. Ezio adalah org Itali yg hidup pada zaman Renaissance. peristiwa pembunuhan ayahnya dan 2 org adiknya kerana konspirasi jahat Templar telah menyebabkan dia ingin membalas dendam. sasarannya, menghapuskan org2 yg berkonspirasi membunuh ahli keluarganya. tanpa dia sedari, dia sudah setapak memasuki geng Assassins, yg sentiasa berperang dgn Templar sehingga hari ini. menariknya kisah Ezio, pemain akan berjumpa dgn watak2 zaman Renaissance seperti Leonardo da Vinci dan Niccolo Machiaveli. malah, target2 yg Ezio bunuh, hampir semuanya wujud dalam sejarah Itali. Ezio gak diberi peluang menggunakan ciptaan2 Leonardo da Vinci, seperti glider.

bagaimanapun, fokus utama cter ni adalah mengenai piece of Eden, sesiapa yg dpt bnda ni bakal menguasai dunia
totally perpestrous (btl ke eja nih?), tp gameplay dan grafik dpt cover jln cter yg pelik2 ni

zuhair; x brp nk amik pusing pasal jln cter game nih...

17 May 2011

starcraft 2; completed

Title; Starcraft 2 Wings of Liberty (Sayap2 Kebebasan)
Developer; Blizzard
Genre; Strategy War game
Mission Played; 26/26

4 years ago, a mission on Tarsonis had led Sarah Kerrigan to bring the Zerg, a powerful and dangerous race to destroy Confederate and subsequently mass killing all the innocent people on the planet. this mission is like a suicide to her, when her commander, Arcturus Mengsk betrayed her and her squad and leave them. Jim Raynor who loves Kerrigan, feel upset about Arcturus betrayal, and decide to leave the team. soon, they found that the Zerg Overmind creates a new creature so-called The Queen of Blades.

Overmind; "Arise, my daughter. Arise... Kerrigan."

the Queen of Blades seems really powerfull, and already controlled the Koprulu Sector in space. with all the power she got, suddenly she hold back and stay on planet Char. is she waiting for something?

Jim Raynor, upset about Arcturus betrayal, lead a rebel group known as Raynor Raiders to overthrown Arcturus. one after one plan is carried out to ensure that people know that
Arcturus is the one who plot the mass murder on Tarsonis, just to claim the throne. without he know, something big will happen. something that will destroy all the Terran and Protoss. something that will enslave the Zerg. something unstoppable...

it start with the Great Hungerer, it ends in utter darkness...

sebelum main game Starcraft 2 nih, terus terang saya rasa x berapa nk main game ni
ye la, saya bknnya power game2 strategi nih
tp, bila dh main.... wow!! superb!!

memaparkan storyline yg berkualiti, misi yg berbeza2, rekabentuk yg menarik, sememangnya game ni lain dari yg lain!
misi terakhir lak sangat berbeza berbanding misi terakhir game2 jenis strategy war yg lain. defend the protoss artifact, and it will wipe out all the zerg on planet Char, including zerg infestation on Kerrigan's mind.

sememangnya game ni berbaloi untuk dimain.
5 star for the game!!

some wallpaper 4 you...



zuhair; x sgka game strategi seseronok cmni pun diorg blh buat

30 April 2011

Dragon Age 2. Setel!!


Title; Dragon Age II
Developer; BioWare, EA
Genre; Role-Playing Game (RPG), Strategy
Hours Played; about 60 hours

peperangan (blight) antara darkspawn & manusia (turut disertai oleh elf & dwarf) di negara Ferelden telah menimbulkan huru hara di kota Lothering. keluarga Hawke melarikan diri drpd Lothering bg mencari tmpt ntuk berlindung. sesampainya di kota kirkwall, mereka x dibenarkan ntuk masuk kerana byk lg pelarian2 Ferelden yg berada di situ. apakah yg patut dilakukan? decisions, decisions

kisah dragon age bersambung dalam dragon age 2. namun, pemain x akan bermain sbg hero d.age origins. tp akan bermain sbg seorg Hawke yg perlahan2 akan menjd org penting di kota kirkwall

grafik

x byk berubah berbanding siri2 terdahulu. cuma d.age 2 nampak 'bersih' skit. saya xtau nk describe cmne, tp d.age yg dulu nmpk agak 'kotor'

companion

ada 6 org. Aveline (human, warrior, weapon and shield), Anders (human, mage),
Merrill (elf, mage), Isabella (human, rogue, double weapon), Varric (dwarf, rogue, archer) & Fenris (elf, warrior, double handed weapon). beberapa karakter game2 dulu gak ada ditunjukkan dlm game ni. saya terjumpa keeper of the grove (mak morrigan), keeper merethari (ketua dalish elf), zevran (companion dlm game d.age origins) dan nathaniel howe (companion dlm dragon age origins awakening. anders pun ada gak dlm game ni)

karakter

mcm game the sims, anda blh mencipta karakter anda sendiri. inilah karakter saya

karakter saya. Garret Hawke

sbg rogue, saya blh menghilangkan diri, muncul tiba2 di belakang musuh, disarm trap dan unlock chest.

memandangkan saya dh nk g keje ni, x dptla saya tulis byk2... jd saya tnjkkan in-game gameplay


jd kpd anda, pnggila strategi RPG, letakkan game ni sbg game yg anda msti main!

zuhair; disebabkan saya bkn strategist, saya main level casual je a.k.a easy. huhu

26 March 2011

Spore



Title; Spore
Developer; Maxis, Electronic Arts
Platform; PC
Label; U
Rating; Saya bg 6 drpd 10

Spore membuat debut pertamanya dgn promosi besar2an yg sgt menarik
sistem creator yg dicipta mampu mengerah imaginasi pemain ke tahap optimum adalah 1 benda yg x pernah dibuat oleh game2 lain
saya adalah antara gamer yg sgt berminat dgn game ni sewaktu game ni mula2 keluar

secara keseluruhannya, game ni membawa pemain melalui evolusi creatures yg pemain sendiri cipta
drpd laut, makluk ini akan naik ke darat, berevolusi ntuk hidup berpuak, mempunyai civilisation & akhirnya menjelajah angkasa lepas!

kelebihan;

1. pemain mempunyai pilihan item yg luas dlm mencipta makhluk sendiri. blh letak tanduk, ekor, dll. semuanya pilihan anda
2. bangunan & kenderaan dlm civilisation & space mode gak dicipta oleh pemain sendiri. kalau pemain mls nk cpta makhluk, bangunan atau kenderaan, pemain blh load je bnda2 tu dari sporepedia sedia ada
3. pemain berpeluang ntuk jmpa blk apa2 saja yg telah pemain cpta sebelum tu, jika pemain main new game.

kekurangan;

1. game ni hanya menarik sewaktu cell stage & creature stage jer. yg lain, x best lgsg!
2. bandar2 & planet2 dlm game ni buruk..!
3. sistem kawalan yg kompleks. kawalan sewaktu cell stage, creature stage, tribe stage, civilisation stage & space stage berbeza
4. sistem tutorial yg x membantu. sekadar memberikan cara ntuk kawal makhluk & kawal kamera. x memperkenalkan secara mendlm bnda2 yg membantu pemain ntuk bermain ke tahap optimum

saya harap jika ada developer yg nk buat game mcm spore ni, tolongla perbaiki

zuhair; dgr cter ada Darkspore beta dh keluar. pemain blh cpta makhluk, mcm spore. tp, game ni game RPG. kalau EA & Maxis nk keluarkan game ni, harap2 diorg blh perbaiki kelemahan2 Spore

25 March 2011

Digimon World DS


assalamualaikum

dh lama saya x tulis pasal game
ari ni, saya nk tulis pasal game yg saya baru je menang semalam

Title; Digimon World DS
Developer; Namco Bandai
Genre; RPG
Ratings; U
Platform; Nintendo DS
Bintang; Saya bg 4 drpd 5

mcm yg saya tulis dulu, saya ni ssh nk hbskan game, terutamanya game RPG
tp nmpknya game Digimon World ni mampu menambat hati saya

cter bermula apabila pemain termasuk ke dlm pc sekolah selepas mencari perkataan 'digital monster'
dia dibawa oleh CLVS Angemon ntuk dijadikan Tamer kpd salah satu digimon; Koromon, Tsunomon atau Tanemon
bermulalah pengembaraan pemain ntuk naik taraf drpd Normal Tamer ke Tamer King

Kelebihan;

1. bentuk game yg cantik. (sesuaila dgn tahun game ni dikeluarkan)
2. byk evolution ntuk digimon. cthnya Tokomon blh jd Patamon, Falcomon atau dotFalcomon
3. nk jd kuat bkn setakat digivolve je, tp KENA degenerate. kalau x, digimon anda di tahap biasa2 je

Kekurangan;

1. seperti game2 RPG lain, corak permainan dia saaaamaaaaaaa jerr
2. org jahat x jahat lgsg! (standardla, game ntuk kanak2...)

lepas game Digimon World ni keluar, Bandai Namco ada keluarkan sekurang2nya 5 game digimon ntuk DS
malangnya 3 game yg terbaru berbahasa Jepun
alamak...

zuhair; wahai org2 yg buat game digimon, tolongla translate game tu ke bahasa inggeris... huhu