27 August 2011

3A ke SBP

assalamualaikum...


baru2 ini, Kementerian Pelajaran mengumumkan syarat minima baru bg kemasukan ke Sekolah Berasmara eh, Berasrama Penuh (SBP) adalah seperti berikut;

pelajar2 miskin; 3A 2B
pelajar2 luar bandar; 4A 1B

syarat minima kemasukan ke SBP sebelum ni adalah 5A dan aktif dalam kokurikulum

syarat minima ini dibuat bg membantu pelajar2 miskin dan luar bandar ini mendapatkan pendidikan yg lebih baik dan membantu mereka ntuk lebih berusaha (ye la, dh keliling diorg bdk pndai, mstila diorg pun nak pndai)

I'm no fan 5A's, but as a person who (is lucky enough to) have been in SBP, I don't agree with this new requirement
mmgla SBP mendapat pendidikan yg lebih baik, guru2 yg lebih baik, pengetua yg blh naik pangkat pada bila2 masa, tetapi itu hanyalah di luaran sahaja
sikap dan sifat pelajar pun sepatutnya diambil kira

bygkan, kalau org 3A dan 4A masuk ke SBP, mereka akan berhadapan dgn beberapa masalah;

1. inferiority complex. tanya kawan ni, 5A. tanya kawan tu, 5A. pengetua lak ckp camni wktu ucapan kemasukan, "anda harus ingat, anda masuk ke sini dengan 5A! jd anda kena meneruskan prestasi anda dengan mendapat 8A/ 9A di dalam PMR dan straight A dlm SPM. ramai lg org di luar sana yg 5A, tetapi x bernasib baik seperti anda ntuk memasuki SBP"
kalau anda berada di tempat bdk 3A dan 4A ni, apa anda rasa??

2. mereka blh ditimpa kejutan budaya. kejutan budaya ini lah yg jika x dikawal dgn baik, blh membawa kehancuran kpd pelajar itu sendiri. mereka mgkn akan salah memilih kawan, menyebabkan prestasi mereka jatuh merudum. sudahlah mak dan ayah bkn org senang, anak plak x berusaha ntuk mengubah nasib keluarga.

3. dalam dunia ni, harus diingat bahawa x semua org blh berjaya dlm pelajaran walaupun dia berusaha sedaya upaya. ada juga yg x berusaha pun, lepak je dpt straight A. ini disebabkan Allah memberi mereka bakat melalui jalan yg lain. memasuki sekolah yg meletakkan akademik sbg keutamaan, mereka yg sebegini bakal berhadapan dgn tekanan tahap tertinggi.

lgpun, pada zaman skrg ni, org yg dpt 5A pun dh terlebih2
SBP takat ada 50+ je
biar je la org yg dpt 5A tu masuk SBP
at least nmpk la ke'elit'an SBP tu
sapa nak ke SBP, usahalah seoptimum mgkn
aim high, but prepare to down

zuhair; bernasib baik dpt 5A, dan masuk ke SBP

2 comments:

  1. btul tu..sokong gak apa yang juer cakap.. terkejut gak dengar kat berita semalam pasal ni.. huhu

    sgt syukur dpt msk SBP dulu.. ☺

    ReplyDelete
  2. mslhnya org dpt 5A dh terlebih2, SBP lak skit
    x sesuaila buat cmtu

    ReplyDelete