29 August 2011

merdeka raya

assalamualaikum...

sempena hari raya dan hari kemerdekaan yg bakal menjelang, ingin saya ucapkan


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

jdkan hati bersih menyambut raya dan jiwa bebas menyambut merdeka

zuhair; terima kasih kerana membaca

28 August 2011

rapid ramadhan

assalamualaikum...

tetiba saya terpikir, kenapa sblm tulis blog saya bg salam ek?
kenapa sblm anta msj pun saya bg salam?
apa beza msj saya yg sblm msj tu saya bg salam, dgn msj yg sblmnya saya x bg salam?

yg saya terpikir, selain salam bertujuan ntuk mendoakan saudara seagama kita, salam gak berfungsi ntuk mengawal diri kita
sepanjang pengalaman saya, menulis blog/ mesej yg didahului dgn salam blh mengelakkan saya merapu ke subjek yg bukan2
anda bagaimana?

************************************************************************************

sedar x sedar, ari ni dh 28 Ramadhan dh
cepat gler Ramadhan berlalu!
senarai 36 to-do-list in Ramadhan tu pun saya x dpt buat semua
alih2, nak raya dh

ya Allah, terimalah puasa dan ibadahku, ibu bapaku, keluargaku, rakan2ku, guruku dan pembaca blogku
semoga mereka bahagia gembira di dunia dan akhirat
jgnlah kau jdkan aku sbg blogger yg memberi maklumat palsu kpd pembaca blogku ini
dan jdkanlah kami org yg terpimpin ke arah kebenaran
amin...

zuhair; kalau anda dpt cukupkan to-do-list tu, sejuta tahniah saya ucapkan!!

27 August 2011

3A ke SBP

assalamualaikum...


baru2 ini, Kementerian Pelajaran mengumumkan syarat minima baru bg kemasukan ke Sekolah Berasmara eh, Berasrama Penuh (SBP) adalah seperti berikut;

pelajar2 miskin; 3A 2B
pelajar2 luar bandar; 4A 1B

syarat minima kemasukan ke SBP sebelum ni adalah 5A dan aktif dalam kokurikulum

syarat minima ini dibuat bg membantu pelajar2 miskin dan luar bandar ini mendapatkan pendidikan yg lebih baik dan membantu mereka ntuk lebih berusaha (ye la, dh keliling diorg bdk pndai, mstila diorg pun nak pndai)

I'm no fan 5A's, but as a person who (is lucky enough to) have been in SBP, I don't agree with this new requirement
mmgla SBP mendapat pendidikan yg lebih baik, guru2 yg lebih baik, pengetua yg blh naik pangkat pada bila2 masa, tetapi itu hanyalah di luaran sahaja
sikap dan sifat pelajar pun sepatutnya diambil kira

bygkan, kalau org 3A dan 4A masuk ke SBP, mereka akan berhadapan dgn beberapa masalah;

1. inferiority complex. tanya kawan ni, 5A. tanya kawan tu, 5A. pengetua lak ckp camni wktu ucapan kemasukan, "anda harus ingat, anda masuk ke sini dengan 5A! jd anda kena meneruskan prestasi anda dengan mendapat 8A/ 9A di dalam PMR dan straight A dlm SPM. ramai lg org di luar sana yg 5A, tetapi x bernasib baik seperti anda ntuk memasuki SBP"
kalau anda berada di tempat bdk 3A dan 4A ni, apa anda rasa??

2. mereka blh ditimpa kejutan budaya. kejutan budaya ini lah yg jika x dikawal dgn baik, blh membawa kehancuran kpd pelajar itu sendiri. mereka mgkn akan salah memilih kawan, menyebabkan prestasi mereka jatuh merudum. sudahlah mak dan ayah bkn org senang, anak plak x berusaha ntuk mengubah nasib keluarga.

3. dalam dunia ni, harus diingat bahawa x semua org blh berjaya dlm pelajaran walaupun dia berusaha sedaya upaya. ada juga yg x berusaha pun, lepak je dpt straight A. ini disebabkan Allah memberi mereka bakat melalui jalan yg lain. memasuki sekolah yg meletakkan akademik sbg keutamaan, mereka yg sebegini bakal berhadapan dgn tekanan tahap tertinggi.

lgpun, pada zaman skrg ni, org yg dpt 5A pun dh terlebih2
SBP takat ada 50+ je
biar je la org yg dpt 5A tu masuk SBP
at least nmpk la ke'elit'an SBP tu
sapa nak ke SBP, usahalah seoptimum mgkn
aim high, but prepare to down

zuhair; bernasib baik dpt 5A, dan masuk ke SBP

24 August 2011

dam dam dum bunyi mercun

assalamualaikum...

mercun - item yg menjadikan bulan ramadhan dan syawal jd 'meriah'. mana x nya, kalau yg jenis meletup kuat tu, blh bergegar gamaknya rumah
namun, mercun skrg sudah diharamkan kerana membawa mudarat kpd rakyat

kalau diikutkan, mmgla main mercun ni menyeronokkan
kalau xde mercun, rasa mcm raya time tu sunyiii je
tp tindakan k'jaan mengharamkan mercun tu ada kebaikan sbnrnya

antaranya;

1. mengganggu anak kecil tidur
kalau zaman dahulu, org duduk di kampung. rumah kg, kedudukan antara rumah tu jauh2. jd kalau kita pasang meriam buluh sekalipun, letupan tu hanya kedengaran sayup2 je. xdela mengganggu anak2 kecil yg sedang tidur di rumah jiran. zaman skrg ni org duduk rmh teres, mercun mancis pun dh cukup ntuk membuatkan anak jiran terjaga. kalau bdk tu x tidur pun, msti dia terkejut punya..!

2. putus jari
terus terang saya cakap, bdk2 zaman skrg ni x reti main mercun. mana x nya, hari2 ada berita pasal bdk putus jari/ tangan disebabkan mercun. kalau awak tu berani sgt pun, xyahla risikokan jari awak ntuk bnda x berfaedah macam mercun tu... bg mengelakkan kes sebegini terus berlaku, saya gmbira apabila ada 1 mercun yg selamat telah dikeluarkan;
mercun pop/ mercun bawang. punya selamatnya mercun ni, baling kat org pun xpe

3. tiada kualiti
sesuatu bnda yg dikeluarkan secara besar2an semestinya dibuat di kilang. namun bg mercun, saya percaya bahawa quality inspection x dibuat. sbb tu la ada mercun yg sumbu x terbakar hbs pun dh meletup siap2 dh. pastu ada mercun roket yg x terbang ke atas tp terbang melintang, ada mercun yg meletup lmbt... mcm2 hal

zuhair; dh lama x beli mercun. main pakai org punya mercun ada la. haha

23 August 2011

leteran sbg halwa

assalamualaikum...

pernah x anda terbaca fakta bahawa perempuan mempunyai jgka hayat yg lebih lama berbanding lelaki?
apa faktor yg menyebabkan perkara ini terjadi?
antaranya faktornya adalah perempuan suka berleter!
dlm post yg lepas saya ada tulis tentang perempuan terdorong ntuk bercakap sebyk 1.5 kali ganda lebih byk drpd lelaki
leteran adalah salah 1 cara perempuan ntuk bercakap dan meluahkan masalah
saya ada baca dlm 1 majalah, penulis dia kata
"dalam perkahwinan, lelaki akan makin lama, makin diam. perempuan lak, makin lama makin byk bercakap. jika tiada persefahaman yg baik, rumah tgga mereka blh runtuh menyembah bumi"

bagaimanapun, berleter telah dibuktikan sbg salah 1 cara ntuk menghilangkan stress
stress yg tggi blh membawa penyakit, kerana stress membawa aura yg tidak baik kpd badan, lalu mengurangkan efficiency organ2 di dalam badan kita
disebabkan kekerapan lelaki ntuk berleter yg rendahlah yg menyebabkan lelaki mudah ditimpa penyakit

cuba anda ingat balik, selalunya bg pasangan yg dh tua, siapa yg selalunya menjaga siapa?
suami yg selalu menjaga isteri atau isteri yg selalu menjaga suami?
itulah buktinya lelaki lebih mudah ditimpa penyakit, lalu mengurangkan jgka hayat lelaki itu sendiri

walaupun berleter boleh menghilangkan stress, suka saya ingatkan bahawa berleter menambahkan stress kpd org yg mendengarnya
oleh itu, kalau nak berleter pun, biarlah berpada2
x syg ke kita kat org yg kita leteri, smpai x pasal2 dia plak yg stress kerana kita?

bg pembaca blog saya yg wanita,
jika anda pendiam - belajar2lah ntuk berleter. jgn diaaaaammm je
jika anda peleter - kawal2lah leteran anda. takut disebabkan mulut anda, anda hilang kawan / suami lak nanti

bg pembaca blog saya yg laki (dan saya sendiri);
bersedialah mental dan fizikal. jika kita berkahwin 1 hari nanti, kita kena faham bahawa di telinga kanan ada leteran ibu kita dan di sebelah kiri ada leteran isteri kita

kpd pembaca blog saya yg masih ada ibu (termasuk saya);
berseronoklah mendengar leteran ibu kita, kerana jika dia tiada nanti, leteran itulah yg akan kita rindui...

zuhair; suka buat ibu berleter. heheheh

19 August 2011

akidah yg luka

assalamualaikum...

baru2 ni Malaysia dikejutkan dgn kes serbuan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama yg menganjurkan majlis yg disertai oleh 12 org Melayu Islam
well, JAIS kata pemeriksaan, gereja kata serbuan. people like to argue, y'know
tp saya xnk cerita pasal ni lg

sbnrnya saya tgk cubaan ntuk memurtadkan umat Islam dah lama wujud di negara kita
saya dah baca pasal isu ni sejak dari form 3 lg di Mastika
sasaran mereka, org Melayu Islam yg miskin
taktik mereka lak; memberi duit, henset, topup, beli-belah, malah mereka x memaksa sasaran mereka ntuk menganut agama mereka
lama kelamaan (moga dijauhkan Allah) gugurlah iman sasaran mereka

saya teringat perbualan kakak cashier (India) dgn kakak chinese dept (Cina) yg bercerita tentang cubaan seorg perempuan cina kristian yg menunggu di depan pintu masuk Popular ntuk mengajak org (kbyknnya cina & india) ntuk menganut agama mereka

cashier; hg tau x, smlm ada sorg pompuan cina dok tggu je dpn pntu. kat tempat kacang tu
cn dept; dia buat apa?
cashier; dok depan tu, pastu dok ajak org masuk agama kristian
cn dept; yg rambut pnjg tu ke?
cashier; a'ah
cn dept; laa.... dia mmg cmtu. selalu la dia dtg, dok 'dakwah' agama dia kat customer. tp dh lama gak la dia x dtg. smlm baru ada balik

* perbualan selanjutnya saya simpan sendiri. jgn risau, xde kena mengena dgn agama kita

dari perbualan ni, dptla kita simpulkan bahawa mubaligh2 kristian ni dh lama berusaha ntuk mengajak lbh ramai org menyertai agama mereka
malangnya, kita yg mendukung agama yg Allah redha dunia akhirat ni x berusaha ntuk mengajak manusia menyertai Islam
kalau buat pun, hanyalah separuh hati (bila diorg masuk Islam, xde usaha berterusan ntuk menyokong hati mereka agar terus bersama2 Islam)
kita yg duduk berdekatan dgn mereka lak x berusaha ntuk membantu
akhirnya, mereka murtad (nauzubillah)
tidakkah ada sekelumit rasa bersalah dlm diri kita??

yg paling saya kesalkan, apabila isu ini masuk dlm politik
politik di Malaysia adalah politik paling kebudak2an
masuk je isu ni dlm politik, mulalah org sini salahkan org situ, orang sana salahkan org sini...
sudahlah org melayu sekarang berpecah 3 kerana politik, kerana agama pun xleh bersatu ke?

zuhair; isu pusat tuisyen ajar pasal kristian kat budak2 dgn nama kelas tuisyen BI. ada ke patut tv3 sruh budak tu nyanyi lagu kristian tu time interview smlm..??

18 August 2011

harta halal

assalamualaikum...

harta merupakan satu aset penting yg perlu ada pada setiap manusia
hidup pada zaman globalisasi ini menuntut kita ntuk berusaha bg mencari harta
mana x nya, nak kencing pun kena bayar tau skrg ni!

bagaimanapun, dlm keghairahan mencari harta, pastikan harta kita adalah harta yang halal
kita gak perlu ingat bahawa rezeki yg Allah bg tu bkn sahaja ntuk kita, tetapi ntuk dikongsi bersama2 org lain
betapa hebatnya Allah, Dia memberi harta kpd kita supaya kita memberi kpd org lain, agar kita diberi pahala
betapa hebatnya Allah, Dia x memberi harta kpd kita supaya kita bersabar, agar kita juga diberikan pahala

ramai yg menganggap (termasuk saya) bahawa harta yg haram itu terletak pada wangnya, sedangkan harta yg haram itu terletak pada nilainya

contohnya;
saya telah mencuri 50 sen drpd kawan saya. mengetahui bahawa 50 sen tu adalah duit haram, saya menyimpan di dalam dompet, tidak berhajat lg ntuk menggunakannya. kemudian, saya nmpk org jual burger. saya pun beli burger dgn harga RM2, tanpa menggunakan syiling 50 sen yg saya curi tu. saya beranggapan burger itu halal. adakah ia benar2 halal?

TIDAK! walaupun saya x guna 50 sen yg saya curi, tp nilai 50 sen yg saya curi itu dah masuk ke dalam burger RM2 td
dengan kata lain, saya menggunakan RM1.50 harta halal dan 50 sen lg harta haram ntuk membeli burger itu

sebab itulah kita perlu berhati2 dgn cara kita memperoleh harta
adakah kita mahu keluarga kita makan hasil wang haram? (mcm iklan rasuah kat tv tu)

saya tertarik dgn pendapat yg mengatakan duit k'jaan Malaysia adalah haram. oleh itu, penjawat2 awam memakan gaji haram
saya secara peribadi x bersetuju dgn pndgn ini, tp saya x menyalahkan mereka kerana saya beranggapan perkara ini adalah khilaf (perbezaan pendapat)
oleh itu, saya membawa kpd anda jawapan jabatan mufti selangor
anda blh rujuk di http://www.zaharuddin.net/kewangan/428-hukum-gaji-penjawat-awam-malaysia--jawapan-jabatan-mufti-selangor.html

"Hukum sumber rezeki bagi penjawat awam di dalam Kerajaan Malaysia adalah halal. Ini adalah kerana sumber kewangan yang diperolehi telah diasingkan kepada dua akaun iaitu sumber kewangan yang halal dan sumber kewangan yang tak halal. Sumber kewangan yang halal digunakan untuk membayar gaji pekerja manakala sumber kewanan yang tidak halal digunakan untuk kemaslahatan ummah seperti membina sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya."

bagi yg beriktikad dgn pendapat bahawa gaji penjawat awam adalah haram, yg bermakna bahawa hasil k'jaan adalah haram, ada beberapa cadangan yg saya blh bg;

1. berhenti bekerja sbg penjawat awam. berlambak2 lg org yg nak mengambil alih kerja anda
2. jgn makan duit pencen, apatah lg ketika pencen anda makan gaji buta (x kerja tp dpt duit)
3. dlm bidang pendidikan, anak anda x layak dpt SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) apatah lagi Biasiswa Kerajaan Persekutuan.
4. jangan masuk hospital k'jaan, memandangkan hospital k'jaan mengenakan caj yg sedikit dan baki caj perubatan anda ditanggung oleh k'jaan.
5. jgn beli barang2 subsidi dgn harga subsidi, sebaliknya beli dgn harga asal. cthnya petrol RON95 yg harga subsidi RM1.90 seliter perlu dibeli dgn harga RM3.65 seliter (kalau x silap)

apa yg saya kesalkan, ada manusia yg melaung2kan bahawa k'jaan Malaysia makan/ memperoleh hasil haram, tetapi masih bekerja sbg penjawat awam, makan pencen, terima duit bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, minx bonus, suruh naikkan subsidi...

x malu ker..?

zuhair; walk the talk

15 August 2011

zaman tadika

assalamualaikum...

some people say 'why should we learn history? we should look forward, not behind'
and others say 'people who doesn't learn history are condemn to repeat it'
saya? saya lebih bersetuju tntg pendapat ke-2

kali ni saya nk ingatkan balik tntg sejarah yg kita semua pernah lalui
SEJARAH DI TADIKA

mula2 masuk tadika, ada yg nangis, ada yg menjerit, ada yg cool
saya ingat lg, time tadika dulu ckgu ajar ABC
pastu cikgu sruh la bdk2 sebut dari A - Z, stp org sebut stp abjad
bila sampai time H, ada sorg bdk xleh sebut
ckgu trus betulkan gak sebutan dia, last2 bdk tu nangis
time tu dlm hati saya, 'apala bdk ni, tu pun nk nangis'
tp skrg ni, bdk tu adalah besfren saya...

plg saya ingat time tadika, lagu2 yg cikgu ajar + mak saya ajar
salah satunya;

anak Nabi kita ada 7 orang. 3 lelaki 4 perempuan
Kassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum, Siti Rokiah

korg bljr x lagu ni? saya bljr lagu ni setakat tu je, mgkn ada yg bljr extended version punya;

anak Nabi kita sangat bertuah
mati kecil2 di Kota Mekah

lagu lain yg saya ingat lg...

satu satu, saya sayang Allah
dua dua, sayang Rasulullah
tiga tiga, sayang ibu bapa
satu dua tiga sayang semuanya!

dari ulat jadi kepompong
tidur lena dalam kelonsong
tiba masa kepompong pecah POM! (menjerit tau time POM! ni)
jdlah rama-rama yang indah
rama-rama terbang melata
sungguh cantik aneka warnanya
hisap madu di pohon bunga
tapi sayangnya hidup x lama

cuba bandingkan lagu yg kita nyanyi dulu dgn lagu yg kita nyanyi skrg
berbeza sggh temanya

lagu skrg;

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a a a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a a a a a ai aishiteru (saya serius nk gelak bila dgr lagu ni)

byknya lagu cinta kpd kekasih, lagu putus cnta dgn kekasih....
mana lagu cinta untuk ibu bapa?

zuhair; sometimes I feel myself during preschool is a lot better than myself today


12 August 2011

lelaki vs perempuan

assalamualaikum...

hari ni saya nk tulis post, perbezaan antara lelaki dan perempuan

LELAKI - The Impenetrable Fortress

  • lelaki dikenali sbg jantina yg keras seperti besi. mereka sukar ntuk goyah, kuat, berkarisma dan berkepimpinan.
  • dalam diri kita, jantina kita ditentukan melalui kromosom no 23, iaitu sex chromosome. lelaki membawa sex chromosome XY. jika diperhatikan, kromosom Y ni lg pendek drpd kromosom X. kenapa jd camtu? wallahualam. macamana plak org yg mengalami abnormaliti XYY? cikgu saya kata, org sebegini berpotensi ntuk menjadi pembunuh, pengganas, pemusnah dan segala pe pe yg x baiklah!
  • action speaks louder than words. itu adalah salah 1 ciri yg ada pada lelaki. mereka berfikir dahulu sblm bercakap, dan gemar menunjukkan affection mereka terhadap sesuatu melalui perbuatan. lelaki gak adalah jenis jantina yg memberi fokus terhadap satu2 kerja, sebelum beralih ke kerja yg lain
  • membeli belah adalah bnda yg paling mudah ntuk lelaki. mereka akan short list dulu barang yg nak dibeli ---> pegi kedai ---> ambik barang yg nak dibeli ---> bayar ---> balik. bagaimanapun, method ini terkecuali ntuk barang2 elektronik macam kamera, komputer, external hardisk dll. jd kalau anda (perempuan) menemani lelaki ntuk membeli barang2 sebegini, bersedialah ntuk menguap!
  • born to lead. lelaki sememangnya dicipta untuk memimpin. ini kerana sifat2 yg Allah berikan dalam diri mereka adalah sifat seorg pemimpin, sekalipun sekadar memimpin keluarga. lihat saja imam di masjid2. tidak ada perempuan yg menjd imam. kenapa perempuan xleh jd imam? teruskan membaca. heheh
  • lelaki mempunyai 9 akal, menjadikan mereka the thinking type. mereka sentiasa berfikir pnjg sblm membuat keputusan. lelaki gak mempunyai hanya 1 nafsu. tp nafsu yg 1 itulah yg kerap menjatuhkan mereka, iaitu nafsu syahwat. untuk memikat lelaki lak amat mudah. seseorg perempuan hanya perlu senyum kpd mereka. nanti kang, dptla msj drpd no yg x kenal. tryla kalau x caya...
  • secara umum, tubuh lelaki mempunyai tulang yg lebih besar dan otot yg lebih padat, menjadikan mereka lebih gagah berbanding wanita. oleh itu, mereka sesuai dgn kerja2 berat seperti mengangkat barang, mengecat rumah, membaiki bumbung, mengangkat kekasih... oops!

PEREMPUAN - Saviour or Destroyer
  • kalau lelaki sekeras besi, perempuan lak blh diibaratkan seperti kapas @ gula2 kapas (kerana kemanisan mereka). mereka adalah jantina yg lembut, manis, mempunyai sifat kasih sayang yg tggi dan bersopan santun
  • sex chromosome bg wanita adalah XX, membuatkan mereka agak imun terhadap penyakit yg menyerang sex chromosome seperti G6PD (penyakit yg kbykn lelaki ada, termasuk saya) ini kerana penyakit sebegini menyerang chromosome X. FYI, G6PD adalah penyakit yg menyebabkan penghidapnya tidak mempunyai darah semerah org lain. mgkn darah diorg warna biru la kot. hahaha
  • perempuan suka bercakap. mereka selalunya akan bercakap dahulu sebelum berfikir, menjadikan mereka jarang dihinggapi stress kerana segala2nya yg mereka x puas hati sudah diluahkan. oleh itu, jika anda dileteri oleh ibu anda, itu adalah perkara biasa. dan diingatkan kpd lelaki, anda perlu bersedia ntuk dileteri oleh ibu dan isteri anda apabila anda sudah berkahwin nanti!
  • perempuan suka shopping, and they'll take an awfully long time to shop. ini kerana mereka cenderung ntuk membelek dan memilih barangan yg mereka inginkan. yg ajaibnya, mereka xkan letih ntuk bershopping, sedangkan lelaki yg menemani mereka silap2 kena pergi foot massage lepas shopping nanti. yg bagusnya, perempuan selalunya shopping barang2 yg blh digunakan oleh org lain, manakala lelaki lak shopping barang2 untuk dirinya sendiri sahaja.
  • nape perempuan xleh jd imam? antara sbb pertama dan utama adalah perempuan mempunyai ABC (Allah Bagi Cuti). buatnya imam dtg bulan time tgh2 solat, x ke naya jdnya? lgpun, lelaki xleh berada di blkg perempuan kerana blh menaikkan nafsu syahwat mereka. jika lelaki berada di blkg perempuan ketika solat, alamatnya x khusyuk la lelaki2 tu
  • wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. 1 akal ni bknla bermakna perempuan x pandai. 1 akal ni bermakna mereka lebih kerap bertindak melalui emosi berbanding pertimbangan rasional. 9 nafsu wanita plak adalah lebih tertumpu kpd semua nafsu yg ada, kecuali nafsu syahwat. sebab itulah perempuan tidak cepat tergoda dgn lelaki yg senyum kpd mereka, sebagaimana lelaki tergoda terhadap perempuan melalui senyuman.
  • uniknya wanita, mereka blh buat 2 kerja dalam satu2 masa. diorg blh bercakap sambil mendengar, bercakap sambil membaca novel, bercakap sambil memasak, bercakap sambil memandu, bercakap sambil menonton tv, bercakap sambil berleter, bercakap sambil menulis... (amboih! byknya bercakap! heheh). lelaki xleh buat cmtu. kalau lelaki buat cmtu, alamatnya salah 1 bnda yg laki tu tgh buat msti hancur
  • bentuk tubuh wanita lak adalah bg memudahkan mereka mendukung anak kecil. sebab itulah wanita lebih sesuai ntuk menjaga kanak2 berbanding lelaki. perempuan gak mempunyai kasih sayang yg tggi, sekalipun perut suami mereka lebih besar dari perut org mengandung 7 bulan. cuba kalau lelaki dpt isteri yg dh x lawa. apalaaaa agaknya yg laki tu fikir ek...?
diharap post ni dpt membantu anda mengenali serba sedikit jantina anda dan jantina rival masam2 manis anda

zuhair; byk lg nk tulis ni. tp kemalasan lebih menguasai. haha

10 August 2011

sinetron

assalamualaikum...

sejak beberapa tahun dulu, sinetron indonesia mula menjadi fenomena di Malaysia, bermula dgn cter bawang putih bawang merah
memandangkan cter sinetron ni teramatlah panjang, sampai meleret2 ntah ke mana2 hala, saya pun tgk cter ni setakat jeling2 je
ye la, kalau tertinggal takat 10 episod pun msti blh paham punyalah jln cter diorg

melihat satu persatu sinetron yg ditayangkan, saya terfikir
perasan x, sapa yg memainkan watak hero/ heroin dan sapa yg memainkan watak jahat dlm sinetron ni?
kebanyakan sinetron meletakkan org kristian (melihat kpd nama mereka) sbg hero/ heroin manakala org Islam lak dijadikan watak jahat

x percaya?
mari kita lihat;

1. Bawang Putih Bawang Merah;
Heroin, Revalina S Temat
Jahat; Nia Ramadhani

2. Amanah Dalam Cinta
Hero; Christian Sugiono
Heroin; Julie Estelle
Jahat; Ali Syakieb

3. Alissa
Hero; Christian Sugiono
Jahat; Nia Ramadhani

4. Tasbih Cinta
Hero; Andrew Andika
Heroin; Laudya Chintya Bella
Jahat; Bayu Kusuma Negara

kenapa jd mcm ni?

namun saya xdela nak kata semua sinetron indonesia camtu
ada gak yg meletakkan org Islam menjadi hero/ heroin seperti sinertron Cinta dan Anugerah
segalanya terserah kpd anda yg menjadi penonton

zuhair; kalau difikirkan dari sudut yg lain, mgkn diorg xnk org Islam buat jahat. ye la, hero dgn heroin kan mstila nak kena peluk2...

08 August 2011

terbalik

assalamualaikum...

pada hari ini, perhatian kita seringkali dialihkan, sehingga kita x sedar tntang 'priority', yg mana pnting, yg mana x pnting
jd post kali ni, saya nk selitkan isu priority ini supaya kita x silap menilai

1. zikir vs dgr khutbah/ ceramah

ramai org yg suka berzikir, ya lah jika kita berzikir "subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar, walahaulawala quwwatailla billahil aliyyil azim", Allah bina kat kita istana di syurga.
dahsat tu..!! tp kalau time kita nk berzikir tu, ada khutbah atau ceramah, lebih baik kita dgr dan fokus trhadap khutbah itu. sbb menghadiri majlis ilmu lg pnting drpd berzikir. ada gak yg nk dua2, berzikir sambil dgr khutbah. tp manusia x diciptakan dgn 2 hati (xleh buat 2 keja dlm 1 masa). akibatnya, khutbah x dpt, zikir x dpt. rugi x..? rugi!!

2. sahur vs solat subuh

wah..! bulan puasa ni, semua org sibuk kejar pahala. apatah lg, makan pagi (sahur) pun dpt pahala pd bulan Ramadhan ni. lgpun sahur ni kan membezakan puasa kita dgn puasa org yahudi. kita mstila xnk puasa kita disamakan dgn puasa yahudi. tp silap kita, kita x tido. kita tgk bola, study, main game, bila nk sahur, kita makan. pastu kita tido. bangun pkl 9. apa jd dgn solat subuh kita??

3. puasa vs solat 5 waktu

bulan puasa ni, semua semangat nk puasa. ye la, x puasa, xleh raya. x srnkla kalau x raya... jd kita pun dgn semangat wajanya berpuasa selama 14 jam. menahan lapar dan dahaga, menahan mengumpat, menahan berbuat maksiat... tp 1 yg x bagus. solat selama 5 minit pun kita xleh buat. apalah gunanya puasa tanpa solat? sedangkan solat tu tiang agama. rugi... rugi

4. math + sains vs solat

setiap ibu bapa mstila nak anak masing2 berjaya. zaman sains dan teknologi ni, subjek sains + math adalah subjek yg paling penting (mengalahkan subjek pendidikan Islam). lalu berlambak2 ibu bapa menyuruh anak2 study sains dan math. tp alangkah ruginya, kita x menyuruh anak2 solat 5 waktu. sedangkan solat 5 waktu tu wajib, sains + math tu fardhu kifayah je

5. dadah vs arak

semua org tahu, dadah adalah pemusnah negara. berlambak2 anak muda yg sepatutnya menjadi pengganti kepimpinan negara terpaksa melalui pemulihan di pusat serenti kerana dadah. pihak berkuasa turut menjalankan ops dari masa ke semasa bg menghapuskan pengedaran dadah. tp malangnya, arak tidak pula diperlakukan sedemikian. malah poster arak turut dipamerkan di kedai2 bg mempromosikan arak. malah, arak turut diminum di merata tempat. sedangkan dua2 tu memabukkan. tp kenapa arak 'dihalalkan'?

6. undang2 sivil vs hudud

skrg ni, jenayah yg berlaku amat membimbangkan. tiap2 hari ada kes org kena bunuh. nyawa manusia seolah2 sgt murah. apa mksdnya? mksdnya, undang2 British x efektif ntuk mencegah jenayah. why don't we switch our law to hudud? hudud tu, undang2 yg Allah bg. Allah mencipta manusia. sudah tntulah Pencipta manusia tahu cara ntuk mengekang perbuatan manusia.
tp skrg ni, saya x nmpk mana2 kepimpinan yg ingin memperjuangkan hudud. satu2nya kepimpinan yg dahulu menjadikan negara Islam sbg matlamat pun dah tukar matlamat mereka menjd negara berkebajikan. alangkah bagusnya jika golongan ulama dan umara (pemimpin) bersatu. pasti Islam tumbuh subur di negara kita

zuhair; semoga Allah membimbing hati kita ke arah kebenaran

06 August 2011

assasin's creed brotherhod, finish

assalamualaikum...

bulan puasa x main game?
certainly impossible for me.
jd hari ni saya nk post psl game yg saya baru menang hari tu


Tajuk; Assassins Creed Brotherhood
Developer; Ubisoft
Label; M (Mature +17)
Synchronization; 99% (lg 1% tu dh malas nk buat)
Bintang; 4/ 5

Assasins creed brotherhood merupakan francais ke-3 assasins creed selepas game assasins creed & assassins creed 2
saya x berminat nk mengulas pnjg pasal game ni. cuma nk tulis pasal 3 karakter utama dalam game nih

menariknya game ni, game ni berasaskan sejarah (I love history!), dan developer bijak memasukkan karakter2 fiksyen diorg tanpa mengubah unsur2 sejarah yg ada pada karakter2 lain
sebelum bermain game ni, anda akan ditunjukkan dgn ungkapan;

"inspired by historical events and characters. this work of fiction was designed, developed and produced by a multicultural team of various religious faiths and beliefs"

3 karakter utama dalam game ni adalah;

Desmond Miles

Desmond adalah seorg tawanan perang, hidup pada zaman skrg. dia kemudian diserahkan kpd Vidic, seorg professor yg ingin mencari harta karun tersembunyi. bagi mencarinya, Desmond dimasukkan ke dalam 1 mesin yg dinamakan sbg Animus, alat yg blh membuatkan penggunanya merasai kehidupan nenek moyangnya. mereka percaya bahawa DNA manusia memegang memori mengenai nenek moyang manusia itu sendiri. misi Vidic ini dibiayai oleh Abstergo Corp, organisasi jahat (Templar) yg ingin menguasai dunia. malah pada masa skrg pun, abstergo sudah pun menguasai dunia melalui ekonomi (mcm familiar kan?). tanpa Desmond sedari, dia sudah termasuk dlm kancah peperangan antara Assassin dan Templar, dan dia adalah Assassin.
(cter Desmond ni pnjg. jenuh nk hurai semua)

Altair ibn al-Ahad

moyang Desmond yg dianggap legendary assassin. ketika Templar menemui harta karun yg dikatakan plg hebat, (kalau dlm dokumentari The Arrivals, harta ini dikatakan buku2 necromancy, yg membolehkan diorg ntuk menguasai dunia dan mempengaruhi manusia. Templar yg jmpa harta ni kemudian buat plak group bernama The Band of Six kot x silap) Altair turut berada di situ. misinya, membunuh Templar2 itu dan mendapatkan harta tersebut. namun, dia silap apabila keluar face 2 face dgn Templar2 tu, sedangkan Assasins sepatutnya menggunakan surprise attack. akibatnya, Altair diturunkan pangkat. dapatkah Altair menebus maruahnya semula?

Ezio Auditore de Firenze

kali kedua Desmond masuk dlm Animus, dia melalui pula memori Ezio. Ezio adalah org Itali yg hidup pada zaman Renaissance. peristiwa pembunuhan ayahnya dan 2 org adiknya kerana konspirasi jahat Templar telah menyebabkan dia ingin membalas dendam. sasarannya, menghapuskan org2 yg berkonspirasi membunuh ahli keluarganya. tanpa dia sedari, dia sudah setapak memasuki geng Assassins, yg sentiasa berperang dgn Templar sehingga hari ini. menariknya kisah Ezio, pemain akan berjumpa dgn watak2 zaman Renaissance seperti Leonardo da Vinci dan Niccolo Machiaveli. malah, target2 yg Ezio bunuh, hampir semuanya wujud dalam sejarah Itali. Ezio gak diberi peluang menggunakan ciptaan2 Leonardo da Vinci, seperti glider.

bagaimanapun, fokus utama cter ni adalah mengenai piece of Eden, sesiapa yg dpt bnda ni bakal menguasai dunia
totally perpestrous (btl ke eja nih?), tp gameplay dan grafik dpt cover jln cter yg pelik2 ni

zuhair; x brp nk amik pusing pasal jln cter game nih...

02 August 2011

Checklist Ramadhan

Ini adalah checklist khas yg saya ambil drpd Majalah Solusi #34

Anda blh copy ke Microsoft Word dan print, atau anda boleh beli Majalah Solusi #34

Cara Menggunakan; Hanya Tandakan / (Rait) jika anda ada melakukan perkara di bawah

Amalan/ Hari

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Bangun Awal Pagi

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Witir

Bersahur

Bersugi

Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh

Solat Subuh

Membaca al-Quran

Berselawat Untuk Nabi s.a.w.

Membaca al-Ma’thurat/ Wirid Sehingga Matahari Terbit

Niat Yang Baik Sebelum Bekerja/ Belajar

Solat Sunat Dhuha

Membaca al-Quran

Solat Sunat Rawatib Sebelum Zohor

Solat Zohor

Solat Sunat Rawatib Selepas Zohor

Solat Asar dan Membaca al-Ma’thurat

Membeli Barang Keperluan Berbuka dan Bersahur Tanpa Membazir

Memperbanyak Doa

Berbuka Puasa Dengan Kurma atau Air Terlebih Dahulu

Solat Maghrib

Solat Sunat Selepas Maghrib

Solat Isyak

Solat Sunat Selepas Isyak

Solat Tarawikh Berjemaah

Tadarus al-Quran

Niat Berpuasa Sebelum Tidur

Tidur Awal Agar Dapat Bangun Awal

Berdoa Sebelum Tidur

Banyak Berdoa Agar Dipertemukan Lailatul Qadar

Menghadiri Majlis Ilmu/ Membaca Buku Ilmiah

Bersedekah

Beristighfar



Amalan/ Hari

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Bangun Awal Pagi

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Witir

Bersahur

Bersugi

Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh

Solat Subuh

Membaca al-Quran

Berselawat Untuk Nabi s.a.w.

Membaca al-Ma’thurat/ Wirid Sehingga Matahari Terbit

Niat Yang Baik Sebelum Bekerja/ Belajar

Solat Sunat Dhuha

Membaca al-Quran

Solat Sunat Rawatib Sebelum Zohor

Solat Zohor

Solat Sunat Rawatib Selepas Zohor

Solat Asar dan Membaca al-Ma’thurat

Membeli Barang Keperluan Berbuka dan Bersahur Tanpa Membazir

Memperbanyak Doa

Berbuka Puasa Dengan Kurma atau Air Terlebih Dahulu

Solat Maghrib

Solat Sunat Selepas Maghrib

Solat Isyak

Solat Sunat Selepas Isyak

Solat Tarawikh Berjemaah

Tadarus al-Quran

Niat Berpuasa Sebelum Tidur

Tidur Awal Agar Dapat Bangun Awal

Berdoa Sebelum Tidur

Banyak Berdoa Agar Dipertemukan Lailatul Qadar

Menghadiri Majlis Ilmu/ Membaca Buku Ilmiah

Bersedekah

Beristighfar



Amalan/ Hari (Sasaran Lailatul Qadar)

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

Bangun Awal Pagi

Solat Sunat Tahajjud

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Witir

Bersahur

Bersugi

Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh

Solat Subuh

Membaca al-Quran

Berselawat Untuk Nabi s.a.w.

Membaca al-Ma’thurat/ Wirid Sehingga Matahari Terbit

Niat Yang Baik Sebelum Bekerja/ Belajar

Solat Sunat Dhuha

Membaca al-Quran

Solat Sunat Rawatib Sebelum Zohor

Solat Zohor

Solat Sunat Rawatib Selepas Zohor

Solat Asar dan Membaca al-Ma’thurat

Membeli Barang Keperluan Berbuka dan Bersahur Tanpa Membazir

Memperbanyak Doa

Berbuka Puasa Dengan Kurma atau Air Terlebih Dahulu

Solat Maghrib

Solat Sunat Selepas Maghrib

Solat Isyak

Solat Sunat Selepas Isyak

Solat Tarawikh Berjemaah

Tadarus al-Quran

Niat Berpuasa Sebelum Tidur

Tidur Awal Agar Dapat Bangun Awal

Berdoa Sebelum Tidur

Banyak Berdoa Agar Dipertemukan Lailatul Qadar

Menghadiri Majlis Ilmu/ Membaca Buku Ilmiah

Bersedekah

Beristighfar

Dicopy dari Microsof Word 2007/ Calibri/ Font 11/ Spacing 1.0