24 March 2013

Maths Camp - Satu Renungan

assalamualaikum...

23-24/3/13 saya telah menyertai sebuah program anjuran maths society -- Maths Camp
program ini melibatkan pelajar2 darjah 5 yg dijemput dari sekolah2 yg berada di penang.
terdapat lebih kurg 100 pelajar, dan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang.
ada yg dari Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan x kurang jugak Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)

tujuan Maths Camp adalah untuk menggalakkan pelajar2 sekolah rendah ni untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif, bukan sekadar belajar mengira dgn pantas dan menghafal formula
misalnya dalam tajuk saya, Periodic, pelajar2 diajar untuk mencari kitaran.

dalam 2 hari berlangsungnya program, saya telah memerhatikan beberapa perkara. sesuatu yg boleh dijadikan renungan;

1. Pertukaran dasar kerajaan dari KBSR ke PPSMI kemudiannya ke KKSR telah memberi impak kepada pelajar, guru, malah kami yang mengadakan program ni. sbbnya, ada antara pelajar2 ini yg diajar dlm bahasa inggeris di sekolah. namun kebanyakan SK sudah mengajar semula matematik dalam bahasa melayu, sedangkan modul kem kami berbahasa inggeris. akibatnya, pelajar2 SK ramai yg sukar untuk memahami apa yg diajar

2. Fokus dalam kalangan pelajar Melayu dilihat sangat rapuh berbanding pelajar Cina dan India. Saya x tahu apa sebabnya, namun perkara ini sangat menarik untuk dikaji

3. Pelajar2 yg hadir semuanya pelajar2 bijak. namun saya kecewa dgn beberapa daripadanya yg tidak mahu menulis dan mengira apa yg diajarkan. sedangkan jika mereka mula mengira, mereka boleh mendapat jawapan. dalam matematik, jika anda malas mengira, bermakna tiadalah jawapan. tidak kiralah sepandai mana pun anda

4. Pelajar2 banyak yg diajar seperti robot (termasuk saya sendiri). semuanya menghafal, mengira, mengejar sillabus. mungkin sudah tiba masanya untuk generasi masa depan ini diajar pula memahami makna di sebalik apa yg mereka belajar

5. Seorang guru pernah bertanya kepada pelajar2 sekolah tersebut, "Apakah perkara yg paling susah di dalam Matematik?". mereka menjawab, "Perkara yg melibatkan banyak nombor!". diorg x tahu, zaman U ni, dpt tgk nombor tu pun dh kira bersyukur tau dak..! huhu

cukuplah refleksi. sambung buat tuto

zuhair: budak2 dok panggil kat saya cikgu. padahal terang2 pakai tag tertulis "HELPER"

4 comments:

  1. as usual, mesti akak baca entri kamu n nak komen. ha ha ha~
    tahniah la dah jadi cikgu =P

    budak2 sekolah kat penang ni, memang selalu panggil cikgu kat kakak2 n abg2 dari U kot. akak pun selalu kena kalau ada program dgn budak2 sekolah. sampai dah malas nak betulkan dah, bior je depa panggil cikgu.. kadang2 bila kita tak kalih tengok depa, baru tau nak guna 'kak nabilah'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. tapi kan, pada saya macam satu kebanggaan lah bila diorg panggil saya cikgu tu

      Delete
  2. weiii dia bangga diri... astaghfirullah hal 'azim... ~_~"

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... bkn bgga diri lah kak...
      berbangga je.

      Delete