18 March 2013

Kenangan waktu kecik2

assalamualaikum...

kejap tadi terperasan 1 gambar tu. gambar tu citer yg waktu kecik2 dulu, kalau kita tertido atas sofa, pagi esoknya mesti akan terjaga atas katil. maknanya ayah kita angkat kita la letak atas katil

serta merta saya teringat waktu kecik2 dulu. saya plak terbalik.
saya x pernah tido atas sofa, tapi bila ayah saya (panggil abah) nk kejut saya bangun pagi, abah akan angkat saya letak atas sofa. hari2 buat cmtu, nak suruh senang terjaga untuk pegi sekolah. dari tadika, sampai la darjah 2 abah buat cmtu
kadang2 tu ada je terjaga. tapi saja tunggu abah angkat gak. hehehe

ibu plak, waktu habis sekolah, ibu akan cek beg. tgk ada kerja sekolah ke x. kalau ada, ibu letak kat 1 tempat. xkan terlupa la ada kerja sekolah bila buat cmtu. sambil saya pun time tu bukak baju sekolah, sangkut. pastu ibu cedok nasi, amik lauk, suap kat saya. tiap2 kali lepas hbs sekolah ibu buat cmtu, smpai la saya darjah 4. tu pun sbb time darjah 5, adik saya masuk sekolah. so ibu suap dia la plak. heii... sibuk betol budak ni.
bila last time ibu suap makanan ha? oh, cuti sem lepas. sila jeles. heheheh

teringat gak waktu kecik2 dulu, time umur 5 tahun, saya masuk Tadika PERKIM. tadika ni untuk budak2 umur 5-6 tahun. cikgu dia baik. sangat best
kalau waktu rehat, cikgu tu akan bawak nasi ke, bihun ke, kuay teow ke, dia bawak sepinggan, pastu suap kat kami budak2 ni. pastu kami pun, lepas makan sikit, lari2. satgi pegi balik kat cikgu tu, hulur mulut. nak makan lg. ingat senang ke org nak suap? hehehe. xtau la kalau ada lg cikgu cmtu skrg.
kalau hari jumaat lak, cikgu check kuku. kalau kuku panjang, cikgu x ketuk tangan. cikgu sruh beratur, nanti dia tolong ketipkan. bayangkan betapa bagusnya. mmg saya xkan lupa la tadika ni (walaupun saya dh lupa nama cikgu tu. sori cikgu... T.T )

waktu kecik gak, saya suka kawan dgn perempuan. x suka la kawan dgn lelaki. org laki kasar. so saya main masak2, main pondok2.. tapi anak patung saya x main. saya takut dgn patung. tambah plak time tu jika anda ingat, pernah keluar citer anak patung yg jahat macam "Small Soldier" dgn "Chucky"

kalau time masuk tadika atau sekolah, saya x pernah nangis. hero kot. buat apa nk nangis? malu kat org lah. tapi saya pernah nangis sebab pensel warna saya patah. hahaha. apsal ak tulis benda ni ha?

kalau bab sukan, saya waktu kecik2 dulu atlet kot. serius. masuk pertandingan susun tin no 1. lari ganti2 dpt no 3. no 3 pun sbb time hari sukan tu, saya xtau nk letak botol air kat mana. so saya letak dlm seluar. bayangkan saya lari dgn botol air yg penuh air tu dlm seluar. sumpah pelik. dapat no 3 lak tu. kira dahsat la. haha

well... sbnrnya malas nak buat tutorial. so pegi merapu kat sini. that's all yg saya ingat. out!

Zuhair: dh dewasa rupanya aku nih

2 comments:

  1. adeh! sakit perut akak gelak, especially part lari dgn botol dalam seluar. apela punya tak cerdik kamu ni. hahahaha~ oh ya lagi satu, sampai sekarang pun kamu suka kawan dengan pompuan kan3... =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. sbnrnya sekolah rendah saya masuk sekolah semua laki. so time sekolah rendah, menengah dgn asasi saya takut dgn prmpn. sblm masuk usm saya ada keje kejap. tu yg charm dh naik skit. sbb tu kat sini x takut dh. :)

      Delete