03 December 2011

tidak berdengki

assalamualaikum...

pagi tadi, sedang saya berbaris dalam saf, saya terlihat ada seorg lelaki yg berada di saf blkg saya, sorg2
kalau diikutkan, seseorg yg berdiri sorg2 dlm saf ketika solat tidak dikira berjemaah, melainkan jika dia tiada pilihan
maknanya, ruang saf hadapan dh penuh. jd dia perlu lah berada di saf blkg
tiba2, ada seorg lelaki yg berada di sebelah saya, terus pergi ke blkg ntuk menemani lelaki yg berada di blkg tadi kerana mahu lelaki itu juga mendapat pahala berjemaah

secara peribadi, saya kagum dgn tindakan ini
saya sering berada dalam situasi lelaki di blkg td
disebabkan saya sering lewat smpai, saya terpaksa solat sorg2 di saf blkg kerana saf di hadapan saya sudah penuh. pada masa itu, hati saya sering berdoa agar akan ada lg org yg lewat supaya dia dpt solat di sebelah saya
pada saya, tindakan lelaki yg rela masuk ke saf blkg tulah yg dipanggil tidak berhasad dengki

kalau lelaki itu berdengki, sudah tentulah dia akan membiarkan sahaja lelaki di blkg itu sorg2
mana xnya, dia dh pun dpt saf dpn. pahalanya akan dpt lbh byk, buat apa lg dia nk sibuk2 tlg org ntuk mendptkan pahala?

saya juga pernah berjumpa dgn org yg berusaha ntuk menyempit di saf hadapan, sedangkan ada seorg saudara seagamanya sedang berada di saf blkg
bknkah lebih baik jika dia berada saja di saf blkg?
mgkn la pahalanya x sebanyak org di saf hadapan, tetapi dia sudah membantu org lain ntuk mendapatkan pahala berjemaah
jika kita membantu org lain, sudah tntulah Allah pula yg akan membantu kita suatu hari nanti
ingatlah juga bahawa sekecil2 amalan kita pun turut akan diberikan ganjaran oleh Allah

zuhair; suka dgn ayat 'no one left behind'

No comments:

Post a Comment