16 December 2011

3 Top Memori Alam Persekolahanku - Zuhair

assalamualaikum....

seperti yg dijanjikan, hari ini saya akan tulis 3 cter yg paling saya ingat semasa zaman persekolahan
saya x berapa pandai mengolah ayat, jd mungkin anda akan berasa bosan

1. Histeria

histeria ni berlaku pada tahun 2007. pada masa tu, kami bdk2 seratas tgh prep malam. tiba2 terdgr jeritan dari tandas pelajar prmpn. mengikut cerita, penjaga kpd seorg pelajar prmpn mengamuk apabila bertemu dgn penjaga pelajar perempuan yg lain. salah seorg kawan perempuan yg cuba menenangkan pelajar yg histeria itu pengsan kerana ditumbuk oleh pelajar yg sudah kerasukan itu

bagi menenangkannya, warden mengunci pintu tandas, agar pelajar itu tidak mengamuk terhadap pelajar2 lain. AJK Badar kemudiannya membuat keputusan ntuk membaca Yasin di hadapan tandas tersebut. tidak lama kemudian, beberapa org ustaz dan ambulans datang. pelajar itu ditenangkan dan dihantar ke hospital

malam itu, prep terus dibatalkan. mana x nya, nk bersembang pun dh x semangat, apatah lg nak study. oh ya, mlm tu bdk2 dorm saya pakat buat cter hantu ketika dh light off. pastu bila nk tido, semua takut. so terus tido sambil rapat2kan katil. hehehe

tidak lama kemudian, salah seorg drpd pelajar yg mempunyai penjaga itu bertukar sekolah. dan ada sambungan cerita ketika dia dtg semula ntuk melawat rakan2nya di sekolah. apa ceritanya? biarlah rahsia...

2. Wabak Selesema

ketika mggu percubaan SPM, sekolah saya diserang oleh wabak selesema. pada masa itu, wabak selesema burung sedang heboh dibincangkan. pengetua pada masa itu mengarahkan para pelajar memakai mask kerana tidak mahu sekolah ditutup, apatah lagi peperiksaan percubaan SPM hampir tiba

para pelajar yg sakit dibenarkan ntuk balik bermalam. lama kelamaan, bilangan pelajar menjadi semakin sedikit. akhirnya, kami yg x sakit ni pun mula terasa macam sakit (nk balik bermalam punya pasal). last2, tatkala SBP lain tgh strive ntuk percubaan SPM, kami duduk di rumah

balik2 je dari balik bermalam, bermacam2 soalan bocor keluar. apa lagi, berlambak2la bdk seratas dpt skor ntuk trial SPM peringkat SBP tuh. tp saya x. saya mengamalkan prinsip honesty is the best policy. jd saya masih kekal dlm jumlah A yg sama, sekadar 3 ke 4 A (memandangkan saya tidaklah begitu pandai)

yg paling best, cikgu fizik buat ujian semula ntuk fizik kertas 1 terhadap bdk2 yg tetiba je blh skor. bila masuk je trial peringkat negeri Perak, hah! kantoi bdk2 yg dpt markah tggi ntuk peringkat SBP tuh. haha

3. si dia yg mencuri hati

menjadi seorg org kuat dlm badan dakwah sbnrnya bukanlah pilihan saya. mentaliti pelajar mengatakan bahawa seorg presiden badan dakwah haruslah bersih, tidak wajar bgnya ntuk jatuh cinta, apatah lg bercinta. saya jatuh cinta dgn A sejak saya form 3 lg. namun apabila dia tahu, terus dia melarikan diri dari saya

saya sbnrnya gmbira kerana dia menolak saya, cuma agak sedih kerana dia menghindarkan terus dirinya drpd saya. malah smpai skrg pun, dia x pernah reply msj saya. jika ada antara anda pembaca yg berkawan dgn A tu, gtau lah kat dia yg saya dh xde perasaan dh kat dia. xyahlaa nak takut2 dgn saya dh. saya pun dah jmpa miss A yg baru. EEEHHHHH???!!!



itu je la 3 cerita yg paling saya ingat sewaktu bersekolah

ntuk tag, saya nk tag Raja Nur Syamim. beriya je dia sruh org tulis, dia sendiri x tulis cter dia. heheh
url; http://tintagadissederhana.blogspot.com/

oh ya, dan kakak senior saya di USM nih, kak Nabilah Najmuddin
url; http://nabilahnajmuddin.blogspot.com/

zuhair; x pasti kalau2 cter saya ni ada unsur yg sihat atau x...

5 comments:

  1. owh, aku pon tak amek soalan bocor sebab aku nak uji kemampuan aku time tu. haru kan cikgu pariza?haha

    A? aku tau siapa dia. nanti aku tolong bagitau dia okkkk. hahahaha

    ReplyDelete
  2. zuhair: org nak buat la. tapi tengah cari time ni.. nantilah ye. hehe. 'A' dulu tu taulah sgt sape. 'A' yg baru x tahu sape.

    ReplyDelete
  3. korg nie, punyala pnjg zuhair tulis, A tu jugak yg korg nmpk
    haha

    ReplyDelete
  4. adik, akak baru sedar tag adik ni. tapi akak belum ada masa dan mood nak menulis. cuma akak dah pernah buat entri pasal zaman sekolah dulu, versi asrama sahaja. hehe, aci la ni kan?

    http://nabilahnajmuddin.blogspot.com/2011/08/di-asrama-sekolah-dulu-dulu.html

    btw, akak nak tanya, siapakah A itu?? hurmmm~~~pandai berahsia nahhh.

    ReplyDelete
  5. hrmmm... bolehlaa tu
    post anda diterima. haha

    ReplyDelete