haa... yg ni saya copy dari blog http://tentangkehidupan92.blogspot.com/2011/11/9-soalan-jawapan-jawapan-terbaik.html
saya x kenal pun bdk ni sbnrnya
tp dh dia tnjk link ni kat fb, amik je laa...
oh ye, kredit to her
apa nama ntah dia ni?
ermmm....
nurshakilla ibrahim (kang kalau x buat kredit, org kata melanggar akta hakcpta lak)
Assalamualaikum,
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang 9 soalan dan jawapan-jawapan terbaik apabila kena ngorat..saya baca ini di laman muka buku..Jadi, saya ingin berkongsi dengan muslimah sekalian untuk memberi jawapan yang paling baik kepada mereka yang berniat untuk suka-suka sahaja..
Bila  kita tengah chatting ke,atau tengah berbual-bual ke, ada sesetengah  lelaki/perempuan yang sweet talker dan berani untuk bercakap luahan isi  hati dia. Tapi sweet talkers ini dia xcakap direct. Untuk tackle  seseorang,dia mesti ada mukadimah dan beberapa ayat untuk menjadikan  sesuatu hubungan itu bertambah intim.Kat bawah ni ada idea,bagaimana  ingin mengelakkan diri daripada dingorat.
Soalan 1st: Hai,apa khabar?
Jawapan 1: Sihat je…Awak?
Jawapan 2: Aku ada kanser pangkal rahim(sound mcm teruk je..nauzubillah) Boleh kau bayarkan kos tak?
Jawapan 3: Khabar pun tak tau? Kau kena bukak Kamus Dewan Edisi keempat ni…
Jawapan 4: Alhamdulillah.  Allah masih lagi memberikan kesihatan fizikal dan rohani saya untuk  menentukan mana yang baik dan mana yang buruk. Saya masih lagi mengenal  lelaki yang baik dan lelaki yang buruk. Dan saya dapat hidu teknik awak  yang lemah untuk mengorat saya ni.
Soalan 2nd: Awak buat apa tu? Busy ke? Sori ye ganggu…
Jawapan 1: Eh,taklah…Saya tengah upload gambar je…Tak busy pun..Awak buat apa tu?
Jawapan 2: Aku busy gila ni. Kau ni penyibuk la.
Jawapan 3: Aku tengah mandikan ikan aku ni. Busy sikit.
Jawapan 4: Saya  sedang baca blog tentang tajuk ‘Kepentingan menjaga ikhtilat(pergaulan)  sesama muslimin dan muslimat’. Lepas baca,saya menjadi semakin insaf.  Awak pun kena baca sekali tau. Nah,URL dia.
Soalan: Awak,nak nombor telefon boleh?
Jawapan 1: Boleh,nah,0123456789. Nombor awak berapa?
Jawapan 2: Tak boleh. Ni nombor saya. Bukan nombor awak…
Jawapan 3: Maaflah wak…Saya bukan penjaga kedai handphone. Saya tak jual nombor telefon.
Jawapan 4: Kalau  kau rasa dengan mengambil nombor telefon ni,dapat meningkat pahala kau,  dapat mengelakkan kau daripada mengheret aku ke kancah penzinaan, kau  ambillah. Tetapi syaratnya, time nak qiamulail kau wajib kejutkan aku,  kau kena ingatkan aku solat dhuha setiap hari dan kau kena selalu bagi  tazkirah dalam SMS lepas solat fardu-5 kali sehari. Kau mampu? kalau tak  mampu,tak payah ada nombor telefon aku.ok.
Soalan 3rd: Awak,saya nak kawan boleh?
Jawapan 1: Boleh saja  Saya tak kisah pun siapa siapa nak kawan dengan saya.
Jawapan 2: Boleh. Kat zoo banyak kawan awak.
Jawapan 3: Memang kita dah kawan kan? Kalau kau cucu saya,maksudnya saya ni nenek awak. Bukan kawan.
Jawapan 4: Bukankah  kita sesama Islam. Maka kita adalah bersaudara. Awak minta saya untuk  berkawan seolah-olah saya terlalu asing bagi awak,padahal kita mengucap  kalimah syahadah yang sama. Tetapi,dalam Islam,kita ada batasan untuk  berkawan. Lelaki dengan perempuan Allah dah suruh kita membatasi  pergaulannya. Awak boleh kawan dengan saya,tetapi awak jangan sesekali  melampaui apa yang Allah suruh.
Soalan4th: Awak,awak tau tak awak ni perempuan paling cantik yang pernah saya tengok?
Jawapan 1: Yeke? Ee…mana adalah…saya tak cantik pun…~
Jawapan 2: Eh,mestilah. Dah lama awak kenal saya,baru perasan ke saya ni cantik?
Jawapan 3: Kesian. Mak kau buruk ye?
Jawapan 4: Memang  saya cantik. Semua kejadian yang Allah cipta,semuanya cantik. Allah itu  maha cantik. Lalu Dia jadikan semua makhluknya cantik.  Alhamdulillah,Allah beri kelebihan kepada saya. Tetapi saya sebenarnya  takut sangat dengan kecantikan saya,sebab dengan kecantikan saya inilah  ramai lelaki bernafsu melihat saya. Saya berasa sangat berdosa.  Astaghfirullah!
Soalan 5th: Awak,awak asal mana? Duduk kat mana?
Jawapan 1: Saya tinggal kat Seremban je…Area Jusco..Awak duduk mana?
Jawapan  2: Apa bangang punya soalan. Saya duduk kat kerusi lah! Takkan duduk  kat awan!(errrkkk..kalau boleh elakkan pakai bangang..)
Jawapan 3: Kenapa nak tau? Nak rompak ke?
Jawapan 4: Saya  berasal daripada air mani dan rahim kedua ibu bapa saya. Saya duduk di  tempat di mana Allah menyuruh saya melakukan kebaikan dan menolak  keburukan. Kalau awak tak buat apa yang saya buat di tempat tinggal saya  ni,awak boleh pergi ke alam lain.
Soalan 6th: Saya macam pernah jumpa awaklah. Kita pernah berjumpa ke?
Jawapan 1: Eh? Ada ya? Hhihihii.., Saya pun tak ingatlah…Mesti kita jumpa kat kem ke,pertandingan sekolah lama ke kan?
Jawapan 2: Muka macam pendatang haram. Ada hati cakap pernah jumpa aku.
Jawapan 3: Kau ke yang curi seluar dalam mak aku hari tu?
Jawapan 4: Ya,kita  pernah berkumpul di alam roh,ketika kita beratur untok masuk ke dalam  rahim ibu masing-masing. Mungkin ketika itu kita terserempak.  Alhamdulillah. Allah masih mengekalkan ingatan itu kepada awak.
Soalan 7th: Awak,saya nak gambar awak boleh?
Jawapan 1: Hehehe…Nak gambar tu buat apa?
Jawapan 2: Tak boleh. Nanti kau edit gambar aku jadi gambar bogel.
Jawapan 3: Kau nak buatkan pasport untuk aku ya?
Jawapan 4: Astagfirullah.  Lelaki tidak boleh ada gambar perempuan untuk simpanan peribadinya  selagi ia bukan hak milik sah melalui nikah. Kalau nak sangat gambar  saya, datang ke rumah,jumpa dengan mak ayah saya,pinanglah saya. Nanti  mereka akan bagi gambar. Bukan begini caranya.
Soalan 8th: Awak,jom keluar nak?
Jawapan 1: Urm..Bila?
Jawapan 2: Boleh. Tapi nanti kita dating kat kilang pembuatan pasir atau batu nisan ye.
Jawapan 3: Kalau setakat ajak keluar sebab nak try pegang $^*^%# aku,baik tak payah lah ajak aku keluar!
Jawapan 4: Saya  tak kisah,tetapi saya perlu bawa mahram saya. Masa keluar nanti,awak  tak boleh dekat dengan saya,kita tak boleh berdua-duaan dengan saya,dan  tak boleh nak sentuh kulit saya. Saya akan bawa mak,ayah dan adik  beradik saya ikut sama.
Soalan 9th: Awak,saya single lagi. Awak pun single kan? Jadi…Urm…
Jawapan 1: Saya single jugak….Jadi apa ye awak? hehehe…pelik tiba tiba awak tanya ni…
Jawapan 2: Padan muka kau!hahahahahaha!!!
Jawapan 3: Tulah. Kau tu buruk sangat. Sebab tu takde perempuan nak lekat.
Jawapan 4: Bukankah  Allah ada bersama awak? Allah ada bersama saya. Awak nak kapel dengan  saya,adakah awak akan meninggalkan Allah kerana saya? Kalau awak  tinggalkan Allah kerana saya,maka saya tak boleh terima ajakan kapel  awak sebab hanya syaitan sahaja menjadikan manusia lalai mengingat  perintah Allah.
Konklusinya,,,jaga  lah  ikhtilat(pergaulan) anda.Hope dapat membantu member2ku yg susah  sangat nak lari drpd godaan2 dunia.Yang pasti terpulang kepada kita  untuk menjadi seorang yang kuat/lemah untuk melaksanakan perintah Allah  SWT. Berkawan tak salah,asalkan kita tahu batas pergaulan. sekian :) 
follow la dia kalau korg nak...
zuhair; sumpah xkan tegur dh prmpn yg bg jwpn cmni
post yg bagus..:)
ReplyDeleteorg lain yg tulis, mstila bagus
ReplyDeletehuhu