11 November 2011

adu domba

assalamualaikum...

mengadu domba adalah salah 1 sifat mazmumah yg tidak patut ada dlm diri kita
apa itu adu domba?
secara mudah, adu domba ialah perbuatan mengadu kpd si A tentang si B, yg bila si A mendengarnya, boleh menimbulkan pergaduhan antara si A dan si B
dgn kata lain, adu domba bertujuan untuk melaga2kan manusia

pada pandangan saya, manusia zaman skrg byk mengamalkan sifat mazmumah ini
dlm pergaduhan antara adik beradik misalnya, si adik akan mengadu kpd si ibu bahawa abg/kakak mengganggunya dgn harapan ibu akan memarahi abg/kakak itu
tp mereka budak2, x tahu membezakan perkara baik & buruk
x malu ke kita sbg org yg sudah mampu berfikir pun masih mengamalkan sikap ini?

suasana politik negara yg tidak stabil menyaksikan byk adu domba berlaku dlm kalangan masyarakat
malah media juga bertindak efektif dgn menyebarkan adu domba
bhgn A, tunjuk keburukan bhgn B
bhgn B lak, tnjk blk keburukan bhgn A
akibatnya, masyarakat berpecah sekurg2nya kpd 2 puak
1 menyokong A, 1 menyokong B

saya akui, tiada manusia yg sempurna dlm dunia ini melainkan Rasulullah
alangkah malangnya ketidaksempurnaan ini dijadikan modal ntuk menghasut org lain ntuk saling membenci
apatah lg membenci org yg seagama
layakkah kita membenci org yg seagama dgn kita, sedangkan Allah telah menjdkan setiap umat Islam itu bersaudara?
bknkah jika seorg Muslim ditimpa kesusahan, Muslim yg lain patut merasai kesakitan yg sama?

saya sbg manusia yg xdela hebat agama ni agak kesal dgn sikap sebahagian lain yg terus membenci org lain hanya semata2 kerana berbeza pendapat
sedangkan org yg berbuat dosa pun kita xleh benci, tp kita disuruh benci kpd perbuatan mereka
malah kita pula perlu bertanggungjawab ntuk membimbing mereka
jd kenapa kita perlu benci dgn org yg berbeza pendapat dgn kita?

pendapat yg berbeza itu rahmat
dgn rahmat itulah blh dibuat perbincangan
berbincang ntuk mencari kebenaran, bknnya berbincang ntuk bergaduh

saya akui, saya bknlah manusia yg baik
saya juga berkawan dgn org2 yg x sebaik mana
tp saya sedar, setiap org mempunyai azam ntuk jd baik
jd tugas kita, sbg Muslim lah ntuk membimbing mereka menjd baik
bknnya kita kutuk2 mereka, kemudian bgtau lak kat org lain keburukan mereka
tidakkah kita rasa rugi, pahala mengajak org ke arah kebaikan tu kita lepaskan mcm tu je?

semoga Allah membimbing hati kita ke arah redha-Nya

zuhair; kenapa byk tanda soal? sbb nk ajak semua berfikir

2 comments:

  1. sama-sama betulkan diri sndiri dulu, insyaallah

    ReplyDelete
  2. insyaAllah
    merubah diri menjd lbh baik & mempengaruhi org di sekitar ntuk menjd baik & sentiasa berbaik

    ReplyDelete