23 October 2011

himpun dan bersih

assalamualaikum...

post ini akan mengandungi unsur2 politik
jd jika anda x sukakan politik, atau anda penyokong kuat mana2 pihak sehingga x blh mendengar kritikan terhadap pihak yg anda sokong, saya nasihatkan agar anda tutup post kali ini



HIMPUN atau Himpunan Sejuta Umat dibuat dgn 1 tujuan, ntuk menyuarakan bahawa masyarakat Islam Malaysia menentang gejala murtad yg sbnrnya sudah lama berlaku di Malaysia


BERSIH atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil pula bertujuan untuk menuntut pilihan raya yg bersih dan telus di Malaysia

kedua-duanya mengaku mereka tidak terlibat dgn politik
tp kalau dh ada org politik kat dlm tu, nak x nak mesti terlibat jugak...

sbnrnya saya cukup hairan dgn suara2 yg tidak menyokong HIMPUN tetapi menyokong BERSIH
pada saya, himpun mempunyai beberapa kelebihan berbanding bersih;

1. himpun adalah manifestasi kesatuan masyarakat Islam di Malaysia yg x mahu gerakan memurtadkan org Islam sentiasa drpd berlaku. sbb itulah penolakan PAS, sebuah parti Islam terbesar di Malaysia drpd menyertai himpun menimbulkan persoalan dlm kalangan masyarakat

2. himpun diketuai oleh org Islam, sedangkan bersih diketuai oleh bukan Islam. dhla bukan Islam, org ni lah yg menjadi peguam dlm kes Lina Joy! (jap2. tiba2 terpikir. himpun ni, mcm nk 'fight' dgn ketua bersih je)

3. himpun dibuat di stadium. bermakna, x perlula peniaga2 nak tutup kedai, polis nak sekat jln, kenduri kawin org x pegi... saya sbnrnya cukup kasihan dgn tuan2 rumah kenduri yg kebetulan tarikh kenduri diorg sama dgn tarikh bersih diadakan. bygkanlah, anda buat kenduri, jemput ramai org. tiba2, tetamu x dpt dtg sbb ada manusia lain melakukan aktiviti yg menghalang mereka drpd dtg. sakit hati x?

ada suara2 yg mengatakan perhimpunan bknlah cara Islam kerana Islam menyuruh kpd perbincangan dan dialog. yg peliknya, kenapa waktu bersih dulu, xde lak diorg gtau pasal ni? malah, ada yg kata bahawa zaman Rasulullah dulu pun sudah ada demonstrasi
mgkn inilah yg disebut sbg khilaf, tetapi jika kenyataan demi kenyataan dibuat tanpa dibincangkan sesama ahli2 agama sendiri, sedikit sebyk blh membuatkan org Islam keliru

ada pula suara2 yg menyatakan bahawa himpun hanyalah membuatkan perpecahan dlm kalangan rakyat Malaysia yg berbilang bangsa dan agama
suka saya ingatkan, bahawa Malaysia adalah sebuah NEGARA ISLAM
jd, adalah menjadi hak kpd org Islam melakukan sesuatu untuk menyelamatkan saudara2 seagamanya sendiri

disebabkan Malaysia adalah sebuah negara Islam model jugalah, pemerintah sudah patut melaksanakan hukum Allah bermula drpd skrg
apakah ertinya sebuah negara Islam, jika undang2 Islam tidak ditegakkan secara keseluruhan?
yg seronoknya, satu demi satu pemimpin dlm kalangan parti pemerintah mengeluarkan kenyataan x bersetuju dgn hudud yg menyebabkan mereka nmpk seolah2 sgt jahil dlm agama
itulah, perkasa suruh buat sayap ulama dlm UMNO, depa xnk

PAS pula, saya tgk x serius dlm pelaksanaan hudud
yg saya nmpk, canang kanan kiri nk buat hudud
tp cmne PAS nk buat hudud kalau sekutu sendiri x bersetuju, malah slogan Negara Islam pun sudah ditukar kpd Negara Berkebajikan?

berbalik kpd himpun, jika cara sebenar untuk mencegah murtad ini adalah dgn dialog & perbincangan, kenapa xde sapa pun nk buat bnda ni sblm himpun dianjurkan?
ckp pasal agama, saya yg bljr agama takat form 5 pun blh, tp nk melaksanakannya?
siapa yg dh buat?

sbb itulah, dlm apa2 pun, kita perlu menyediakan alternatif, jika kita merasakan sesuatu yg berlaku dlm masyarakat itu x betul
cthnya, org ramai suka membeli ayam KFC yg x menyihatkan. jd, 1 usahawan di kedah membuka francais ayam agar org ramai dpt membeli dari mereka, bkn lg dari KFC
begitu juga kalau nk boikot brg yahudi, sediakan alternatif agar org ramai dpt beralih kpd alternatif yg ada

moga2 Allah membuka hati kita ntuk byk membaca, dan membimbing hati kita ke arah kebenaran
jika ada yg saya tulis di atas itu salah, saya minx maaf byk2
ini hanyalah berdasarkan akal fikiran saya yg cetek tetapi mahu melihat masyarakat berubah menjadi lbh baik

zuhair; moga2 Allah membantu kita ntuk menerima apa yg benar

2 comments:

  1. HIMPUN atau BERSIH?
    kalau kena pada niat dan cara, OK.

    Kes2 yang jadi; peniaga tak leh niaga, kenduri tak ramai datang n bla2, it not becoz of them. Sape yang buat roadblock? siapa yang suroh buat roadblock?

    hmmm, aku tak suka mane2. tapi, logikla kalau pembangkang buat dapat bangkangan kerajaan.

    ISLAM?
    better ulama' yang uruskan. aku tak suka mana- mana politik. pembangkang or apa2. mesti ada muslihat dan 2 kerja dalam satu masa.

    ReplyDelete
  2. roadblock dibuat sbb sblm bersih berlaku, byk brg2 yg berkait dgn komunis dijumpai, dipercayai ada kaitan dgn bersih.
    mgkn ni sekadar alasan, tp ntuk buat rally kat jalan, btl2 x sesuai.(rasanya kalau diorg x rally kat jln, mgkn roadblock pun kurg)

    pembangkang dgn k'jaan kat Malaysia ni x penah nk harmoni. patutnya yg betul tu, betullah. yg salah tu ttp salah

    mcm yg ditulis kat atas, semua bnda, kalau politik mula masuk cmpur, habisla...

    ReplyDelete