15 October 2011

bersederhana dlm membenci

assalamualaikum....

kalau dlm post yg lepas2, saya ada tulis kenapa saya bg salam sblm saya tulis pape dlm blog ni
sbb saya harap dgn bg salam, saya xkan merapu ke perkara2 yg x elok
saya gak harap info yg saya tulis dalam blog saya ni blh membimbing anda dan saya ke arah kebenaran

tadi, saya ada baca 1 blog

di bhgn atasnya, masyaAllah, diucapkan rasa syukur kpd Allah kerana memberi kekuatan kpdnya untuk menulis yg benar2 belaka
di bhgn kanannya plak tertera doa kpd Yang Maha Esa

bila saya baca isi yg ditulis, saya rasa marah pun ada, geram pun ada
isi yg ditulis mmglah berupa fakta yg menyakitkan (truth hurts!), tp dia sebenarnya x perlulah nk menghina dan mencerca orang lain jika dia x berpuas hati dgn mereka
kemudian, blogger itu memberi gelaran yg x elok kpd org lain.
di manakah adab kita sbg blogger walau sebenci mana pun kita terhadap mereka?

saya usha doa kat belah kanan, dia sanggup minx kat Allah agar turunkan bala kat golongan yg dia x puas hati. org yg dia x puas hati tu sapa? org Islam gak!
adakah dia ingat, bila Allah nk turunkan bala, Allah akan turunkan selectively sahaja?
xde bala g minx bala...
di manakah adab kita sbg blogger walau sebenci mana pun kita terhadap mereka?

saya sbnrnya hairan dgn manusia zaman skrg
apakah sudah tiada kasih syg antara kita?
apakah sudah tiada adab antara kita?
sedangkan Islam itu tersebar dgn kasih sayang
sedangkan Islam itu turun bg menyempurnakan akhlak manusia

membenci itu boleh, tp bencilah dgn perbuatan jahat yg org itu lakukan
jgnlah benci kpd dirinya, kerana dia memerlukan bantuan anda yg BIJAK AGAMA ni ntuk membetulkan dirinya
tidakkah anda gembira, jika di akhirat nanti, org yg anda bimbing dpt masuk ke syurga bersama2 anda?
adakah anda gembira, jika di akhirat nanti, org yg anda cerca dan hina di dunia dulu, dpt masuk syurga lebih awal drpd anda, sedangkan anda sendiri sedang ketakutan kerana x pasti mampu ntuk melepasi titian sirat atau pun x?

bersederhanalah dalam membenci
bersederhanalah juga dlm menyayangi

zuhair; kalau kita benci 100 org, 100 org itu akan benci blk kat kita. sanggup tanggung ke?

No comments:

Post a Comment