assalamualaikum...
eh, tetiba tulis blog wktu mlm lak
selalunya tulis blog ni time pg2 je... huhu
hari ni, saya nk tanya
apa sebab kita masuk syurga?
harta kah? rupa kah? ibadah kah?
ibadah ek?
SALAH!
kita masuk syurga semata2 kerana rahmat Allah
ramai manusia yg baik dan alim tersilap, menyangkakan bahawa mereka akan dimasukkan ke syurga kerana ibadah mereka
solat berjemaah full, solat sunat lg, baca al-Quran, puasa wajib dan sunat....
sesungguhnya, ibadah2 ini x ckup pun ntuk mendptkan syurga Allah
dgn rahmatNya sahaja lah kita dpt ke syurga
saya teringat kisah seorg lelaki yg telah membunuh 99 org manusia
suatu hari, dia ingin bertaubat. lalu dia pergi bertanya kpd seorg alim ulama
"tuan, adakah Allah blh menerima taubat org seperti saya?"
ulama itu kemudian memarahinya atas dosa membunuh yg telah dia lakukan
akibat x mampu menahan marah, ulama itu menjd mangsanya ke-100
lelaki itu berasa sgt menyesal. lalu dia ingin pergi ke satu tempat ntuk bertaubat (kalau x silap, Mekah)
dlm perjalanan, lelaki itu meninggal dunia. maka dtglah 2 malaikat. 1 ingin menariknya ke neraka kerana dosanya, manakala 1 lg ingin menariknya ke syurga kerana keinginannya ntuk bertaubat
dgn rahmat Allah, lelaki itu dimasukkan ke syurga
begitu juga kisah seorg manusia yg alim yg ditahan drpd masuk syurga di akhirat nanti
dia ditanya, apakah yg menyebabkan dia masuk syurga?
lalu dia menjwb, "ibadahku"
Allah memerintahkan dia ditahan drpd masuk syurga
soalan yg sama kemudian diulang berkali2 kpd lelaki itu
setelah lelaki itu menjwb bahawa dia masuk ke syurga kerana rahmat Allah, barulah dia dibenarkan ntuk ke syurga
sbnrnya byk lg kisah2 yg menunjukkan bahawa kita masuk syurga kerana rahmat Allah
so, jgnla kita memandang rendah kpd org lain yg kita nmpk rendah ibadahnya, kerana mgkn Allah lebih menyayangi & merahmatinya drpd menyayangi & merahmati kita
bagaimanapun, jgnla plak pasni anda x buat ibadah, kononnya x buat ibadah pun blh masuk syurga
anda anggaplah ibadah ni sbg 1 cara ntuk kita menarik Allah agar menyukai kita
x suka ke kalau Allah sayangkan kita?
jika Dia sygkan kita, nescaya hidup kita bahagia dan berjaya dunia akhirat
zuhair; advice 4 myself too
No comments:
Post a Comment