25 September 2011

hargai sahabat kita

assalamualaikum...


sahabat / best fren merupakan seseorg yg sgt pntg dlm kehidupan seseorg
org yg xde sahabat akan berasa sunyi dan bosan
dan sahabat merupakan org yg memberi pengaruh besar kpd kita, apabila berjauhan dgn keluarga
sahabat yg baik membantu kita ke syurga
sahabat yg jahat mengajak menyentuh neraka

so, jenis yg mana sahabat kita?
dan jenis yg mana kita kepada dia/ mereka?

post kali ni, saya nk ajak anda dan saya supaya menghargai sahabat kita; (point dipetik dari solusi #36, kolum Ulfah, Hj Zainuddin Ali)

1. mendoakan mereka. doakan segala yg baik2 kpd sahabat kita. doakan mereka berjaya. doakan mereka bahagia. doakan mereka mendapat redha-Nya. kenapa kita doakan mereka? sudah tentulah kerana kita mahu mereka dlm keadaan yg baik selalu. jika kita benar2 seorg sahabat sejati, tidakkah kita gembira jika kita melihat sahabat kita gembira..?

2. memberi bantuan. itulah gunanya sahabat. kalau dalam anime, sahabat merupakan org yg hero anime tu paling hargai. biar mati sekalipun, asalkan dpt membantu sahabat mereka. sikap saling membantu, memberi sokongan kpd sahabat perlu ada apabila mereka ditimpa musibah. pada masa ini lah mereka memerlukan kita. kalau x mampu membantu dari segi fizikal, bantulah dari segi mental. motivasikan sahabat dgn kata2 positif agar dia mampu menempuhi cabaran yg dihadapi dgn baik.

3. serikan wajah tatkala bertemu. senyuman akan menghasilkan aura positif kpd org sekeliling anda. maniskan wajah x kira walaupun sahabat anda sedang marah atau sedang menangis. jika sedang marah, tenangkan mereka dgn senyuman & kata2 yg baik. jika mereka sedang menangis, tidak ada salahnya jika kita memberikan bahu kita ntuk mereka tangisi (applied ntuk sesama jantina je). ini, dgn awek/ pakwe nk sgt peluk. pdhl tindakan tu hanya sekadar tmbh dosa je.

4. berikan hadiah. memberi menunjukkan penghargaan kita kpd sahabat kita. xtau nk bg hadiah apa? xpe. belanja sahabat kita makan pun dh cukup. untuk menerima, kita harus memberi dahulu. kalau masing2 tggu ntuk memberi, smpai bila lah xde sapa pun akan memberi.

5. maafkan sahabat kita. setiap org buat salah. jika sahabat kita minta maaf, maafkanlah dia. kalau dia x minx maaf pun, maafkanlah jugak dia. memberi maaf itu lebih terpuji drpd membalas dendam. maafkanlah kesalahan manusia, moga2 Allah mengampuni dosa kita. kalau kita buat salah lak, cepat2 minx maaf kat sahabat kita. jgn peduli kalau dia terus marah dgn kita, sbb kita dh lakukan apa yg sepatutnya kita lakukan

6. simpan rahsia. kita pasti ada menyimpan rahsia sahabat kita. mgkn keburukannya, mgkn kelemahannya, mgkn kekurangannya. jika dia beritahu 1 rahsia, dgrlah, kemudian hapuskan drpd ingatan kita. jgnlah kita ceritakan kpd org lain. kesian sahabat kita. dia ceritakan kpd kita kerana dia percayakan kita, tp kita lak khianati dia. org yg x ceritakan keaiban org lain, Allah akan jaga keaiban dia drpd diketahui org lain

moga2 persahabatan kita dgn sahabat kita mendapat redha Allah
kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, dia lah sahabat kita
a single rose can be my garden. a single friend, my world

moga2 persahabatan yg terjalin membawa ke syurga. salah 1 golongan yg mendpt perlindungan Allah di hari kiamat tatkala xde perlindungan yg ada selain perlindungan-Nya adalah;

"2 manusia yg bertemu kerana Allah. kemudian mereka berpisah, juga kerana Allah"

zuhair; jdkan diri seorg sahabat sejati, jika inginkan sahabat sejati

No comments:

Post a Comment