21 July 2011

pendapatan seumur hidup

assalamualaikum...

skrg ni, zaman wang
boleh dikatakan, stp langkah yg kita lakukan, kita kena keluarkan wang
nk pegi tandas pun nk kena keluarkan duit

saya ada baca majalah Solusi, perihal kewangan
penulis memberitahu bahawa pada masa hadapan, dijangka inflasi akan meningkat
oleh itu, kita harus menyimpan duit mulai skrg
anda tahu berapakah jumlah simpanan yg seseorg perlu ada ntuk menunjukkan bahawa dia telah berjaya ketika persaraannya..?
RM1 juta!

bagaimanapun, x perlulah bersusah hati
antara cara ntuk menjamin kewangan pada masa depan adalah mencari sumber kewangan yg memberi flow secara berterusan (bkn melalui MLM, sbb kebanyakannya hanyalah menipu)

antaranya;

1. beli hartanah, sewakan kpd penyewa. kalau boleh, beli di kawasan2 tumpuan. cthnya di bandar2 atau kawasan universiti.
apa?! xde duit..?

2. kalau xde duit nk beli tanah, beli emas. emas adalah 1 pelaburan yg menguntungkan. harga emas adalah hampir mustahil ntuk turun.
apa?! xde duit gak..?

3. kalau xde duit nk beli emas, buat album. royalti album akan berterusan selagi ada org beli album kita. tp bukanla bermakna saya sruh anda masuk program realiti.
apa?! x reti nyanyi..?

4. kalau x pndai nyanyi, buat novel atau buku. seperti album, setiap pembelian akan diberi royalti gak. walaupun skit, tapi berterusan. apatah lagi jika anda menghasilkan sebuah buku bestseller!
apa?! x reti menulis..?

Ni last. kalau xleh gak, mknanya anda mmg 'hebat', sbb x suka mencari harta
ada yg kata, org yg x suka cari harta byk2 tu zuhud
salah sbnrnya anggapan ni
org yg zuhud boleh jd org yg kaya, tetapi dia meletakkan sebahagian besar hartanya ke jalan Allah, dan hanya menggunakan harta ntuk dirinya sekadar yg perlu
cuba anda buka buku agama, (buku teks pun ada kalau x silap) saidina usman bin affan mempunyai sifat zuhud. jika zuhud hanya ntuk org miskin, bagaimana saidina usman, antara org yg paling kaya dlm kalangan sahabat boleh dipanggil zuhud..?

berbalik kpd step ke-5, cara ntuk kaya adalah...
bersedekah!!!
dgrnya mcm x logik, macamana harta boleh bertambah dengan cara mengeluarkan harta?
sebenarnya, Allah akan memberi rezeki berlipat ganda kpd org yg menafkahkan harta di jalan Allah
yakinlah kpd Allah, nescaya Allah akan membantu kita

apa lagi, marilah berusaha ntuk menjana pendapatan berterusan!

zuhair; ingat nk buat novel. dh siap pun 2 bab. tapi... kurg idea. any idea to give me?

No comments:

Post a Comment