31 July 2011
siap sedia!
insyaAllah, esok 1/8/11 kita akan menyambut bulan Ramadhan, bulan kemuliaan yang dinanti2 oleh org mukmin
post kali ni, saya nak mengajak kita berfikir mengenai persediaan kita menyambut Ramadhan
kita sekarang ni dah terbalik, kita membuat persediaan ntuk 1 Syawal lebih hebat daripada persediaan ntuk menyambut bulan Ramadhan
antara persediaan yg wajar kita lakukan (sepatutnya dh buat beberapa bulan dulu) adalah;
1. berpuasa sunat. badan yg sudah dilatih dgn berpuasa sunat akan memudahkan kita ntuk melakukan puasa wajib. bknnya apa, takut lak kalau kita x sengaja 'ter'makan atau 'ter'minum. mmgla puasa kita masih sah, cuma nampak sgt kita ni x biasa puasa.
2. bersedekah. kalau selalunya kita sedekah rm1 seminggu (time solat jumaat, tu pun kalau tabung tu lalu depan kita), apalah salahnya kalau bulan puasa ni kita bagi rm 10 lak. pahala kan berlipat ganda time bulan puasa ni...
3. baca al-Quran. kita selalu dengar ada org berusaha ntuk khatam al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. kalau kita x training, sekurang2nya sehelai sewaktu, susahla cita2 ntuk khatam al-Quran ini tercapai.
byk lagi amalan2 baik yg perlu kita siap sediakan agar mudah ntuk kita melakukannya pada bulan Ramadhan
moga2 kita bertemu byk lagi Ramadhan. dan semoga amalan Ramadhan kita bertambah baik setiap tahun
zuhair; x penah dgr lagi ada org nama Ramadhan...
27 July 2011
Bab 1, leaked
dlm post lepas, saya ada tulis yg saya nk buat novel
post kali ni saya nk tunjukkan bab 1 punya content
jika ada idea tambahan dari anda, do comment
I'll gladly appreciate that
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
BAB 1
Rucelli terbangun dari pembaringan. Matanya meliar ke kiri ke kanan. Sebuah tikar buruk sahaja yang menjadi alas pembaringannya, bukannya tilam empuk yang selalu menjadi peneman tidurnya di kala malam hari. Rucelli memejamkan mata. Sayup-sayup terdengar suara yang amat indah. Hendak dikatakan lagu, bukannya lagu. Hendak dikatakan berbicara, bukan berbicara. Lalu, apakah irama yg menenangkan hatinya kala ini, irama yg menghambat kegusaran jiwanya ke tahap paling rendah?
Perlahan-lahan Rucelli bangun. Terasa kepalanya agak berpinar-pinar. Namun, diraih kekuatan untuk berdiri juga. Dia berpusing ke belakang. Terlihatnya sebuah hijab kain yang menjadi pemisah antara dia dan suara yg indah itu. Perlahan, Rucelli menapak kaki, menyelak hijab tersebut. Sebaik sahaja melihat punca suara itu, matanya terbeliak, tidak berkelip-kelip.
Imbas Kembali
Rucelli berdiri di atas tembok batu, memegang dua bilah pisau belati yg bermuncung tajam. Di negara barat, pisau belati berbentuk sebegini dikenali sebagai stiletto. Badannya ditutupi jubah hitam sehingga menutupi kepala. Mukanya pula dibalut dari dagu ke hidung, hanya menampakkan kedua-dua mata. Matanya merenung ke arah seorang lelaki yg memakai jubah coklat. Lelaki itu adalah pengarah bank - perlu dibunuh supaya pesaing bank tersebut dapat mendominasi kewangan bandar. Empat orang pengawal – dua di sebelah kiri dan dua di sebelah kanan, berjalan mengiringi pengarah tersebut.
Sepantas angin, Rucelli berlari-lari sambil mengimbangkan badan di atas tembok batu tersebut. Sebaik sahaja mendekat dengan pengarah bank itu, dia melompat, mendepangkan tangannya lalu merodok stilettonya ke dalam perut dua orang pengawal pengarah tersebut. Pengarah bank yang terkejut jatuh terduduk. Rucelli terus menikam pengarah bank itu, tanpa belas kasihan.
Dua orang lagi pengawal segera mengeluarkan pedang mereka. Seorang pengawal menghayun pedangnya ke leher Rucelli. Rucelli tunduk, membaling kedua-dua stilettonya. Pisau-pisau itu tepat mengenai perut kedua-dua pengawal yang tinggal. Lima orang tumbang dalam sekelip mata. Seketika hendak mencabut pisau-pisaunya, Rucelli mendengar jeritan.
“Hey, tunggu!”
Sekumpulan pengawal seramai sepuluh orang, berpakaian merah, berbaju besi berlari-lari ke arah Rucelli. Cepat-cepat Rucelli berlari ke dalam lorong-lorong kecil. Dia memanjat bangunan. Pengawal-pengawal yang sudah terlatih turut memanjat bangunan.
“Di sana!” seorang pengawal menunjukkan kepada pengawal-pengawal lain ke satu arah.
Rucelli menjeling ke belakangnya. Senyum. Lalu terjun. Pengawal-pengawal kelam kabut berlari ke arah tempat Rucelli terjun. Tiada lagi bayang lelaki berjubah hitam. Muka mereka jelas menunjukkan kehampaan. Mereka gagal lagi menangkap pembunuh itu.
Rucelli berdiri di hadapan tiga orang lelaki. Mereka memakai jubah merah gelap, turut berselubung dari kepala sampai ke kaki. Nama sebenar mereka tidaklah diketahui sesiapa. Yang diketahui, seorang bernama Marc, seorang bernama Marco dan seorang lagi bernama Marcus. Di kanan Rucelli, seorang lelaki yang botak turut berdiri di sebelahnya.
“Bodoh! Kau tak reti ke untuk bunuh pengarah tu senyap-senyap? Huru hara Bandar Firenze (Florentine) ni sekarang disebabkan kau seorang!” jerkah Marc.
“Sabar, sabar. Dia kan pembunuh terbaik yang kita ada. Mungkin itu sahaja peluang terbaik yang dia ada untuk menjalankan tugas.” Marcus mempertahankan Rucelli.
“Bagaimanapun, ini upah kau kerana sudah menjalankan tugas.” Marco melemparkan seuncang emas ke tangan Rucelli.
“Sudah, bersurai!”
Sebaik keluar dari tempat perjumpaan, Rucelli dan lelaki botak di sebelahnya, Jacopo berjalan ke rumah mereka. Jacopo adalah kawan baik Rucelli. Mereka berkawan sejak kecil lagi, sejak kedua-dua mereka diserapkan ke organisasi pembunuh yang bergerak secara bawah tanah. Sepuluh langkah lagi sebelum sampai ke depan pintu rumah, Jacopo memberhentikan langkah, mendorong Rucelli untuk turut berhenti berjalan.
“Kenapa?” Tanya Rucelli.
“Rucelli, aku nak pegi bar malam ni. Nak ikut?”
“Aku tak minum. Aku tak suka perempuan. Tapi boleh juga. Aku pun tak ada apa nak dibuat malam ni.”
Sememangnya begitulah sifat Rucelli. Dia tak suka minum arak, dan berfoya-foya dengan wanita. Padanya, kedua-dua perkara itu hanyalah akan menumpulkan nalurinya untuk mempertahankan diri. Arak akan menghilangkan kewarasannya, manakala wanita akan melalaikannya.
Malam itu, Rucelli dan Jacopo pergi berhibur di bar yang terkenal di Florence. Jacopo mulai pening-pening lalat akibat meminum terlalu banyak arak. Dua wanita, seorang di kiri dan seorang di kanan Jacopo pula asyik menyuap lagi arak ke dalam mulut Jacopo. Melihatkan keadaan Jacopo yang sudah mamai, Rucelli membuat keputusan untuk pulang.
“Jacopo, jom balik.” Kata Rucelli.
“Baliikk..? aa…aku tak nak baliik la…lagi… hik!” hampir-hampir sahaja Jacopo jatuh kerana hilang keseimbangan. Itulah yang berlaku apabila otak gagal berfungsi. Sesungguhnya arak adalah racun, racun yang merosakkan akal, merosakkan jiwa dan merosakkan fizikal.
Rucelli segera memaut lengan Jacopo untuk memapahnya keluar. Duit dibayar kepada penjaga bar. Kalau dia tidak ikut Jacopo pada malam ini, alamatnya Jacopo tidur di bar itulah pada malam ini. Ketika dalam perjalanan ke rumah, Rucelli terfikir untuk memberitahu rakannya tentang apa yang bermain di fikirannya kala ini.
“Jacopo sudah mabuk. Kalau aku beritahu dia tentang perkara ini, esok mesti dia akan terlupa. Sekurang-kurangnya hati aku lega kerana dapat meluahkan apa yang aku asyik fikirkan selama ini.” Fikir Rucelli.
“Jacopo, aku ada benda lah nak beritahu,” Rucelli memulakan bicara.
“Apa diiiaaa..?” Antara dengar atau tidak sahaja kata-kata Jacopo.
“Aku ingat, aku nak keluar dari kumpulan kita lah. Aku nak berpindah.” Nah! Keluar juga apa yang dia simpan sejak seberapa lama. Entah kenapa, walaupun duitnya banyak, kerjanya mudah, namun hatinya tidak berasa senang.
“Kaauu naak pindah kee maanaaa..? Hik!”
“China. Aku sudah belajar serba sedikit Bahasa Cina. Aku ingat, kalau pergi sana, Kerajaan Firenze pun tak boleh kejar aku. Aku nak mulakan hidup baru di sana.
“Jaauhnyaaa… Jaaanganlah perr…” Dek kerana terlalu mabuk, Jacopo tertidur tanpa sempat menghabiskan kata-katanya. Nasib baiklah mereka sudah berada di depan pintu rumah. Kalau tidak, mesti Rucelli yang perlu mendukung kawannya yang berat macam gajah itu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxzuhair; sila komen!
21 July 2011
pendapatan seumur hidup
skrg ni, zaman wang
boleh dikatakan, stp langkah yg kita lakukan, kita kena keluarkan wang
nk pegi tandas pun nk kena keluarkan duit
saya ada baca majalah Solusi, perihal kewangan
penulis memberitahu bahawa pada masa hadapan, dijangka inflasi akan meningkat
oleh itu, kita harus menyimpan duit mulai skrg
anda tahu berapakah jumlah simpanan yg seseorg perlu ada ntuk menunjukkan bahawa dia telah berjaya ketika persaraannya..?
RM1 juta!
bagaimanapun, x perlulah bersusah hati
antara cara ntuk menjamin kewangan pada masa depan adalah mencari sumber kewangan yg memberi flow secara berterusan (bkn melalui MLM, sbb kebanyakannya hanyalah menipu)
antaranya;
1. beli hartanah, sewakan kpd penyewa. kalau boleh, beli di kawasan2 tumpuan. cthnya di bandar2 atau kawasan universiti.
apa?! xde duit..?
2. kalau xde duit nk beli tanah, beli emas. emas adalah 1 pelaburan yg menguntungkan. harga emas adalah hampir mustahil ntuk turun.
apa?! xde duit gak..?
3. kalau xde duit nk beli emas, buat album. royalti album akan berterusan selagi ada org beli album kita. tp bukanla bermakna saya sruh anda masuk program realiti.
apa?! x reti nyanyi..?
4. kalau x pndai nyanyi, buat novel atau buku. seperti album, setiap pembelian akan diberi royalti gak. walaupun skit, tapi berterusan. apatah lagi jika anda menghasilkan sebuah buku bestseller!
apa?! x reti menulis..?
Ni last. kalau xleh gak, mknanya anda mmg 'hebat', sbb x suka mencari harta
ada yg kata, org yg x suka cari harta byk2 tu zuhud
salah sbnrnya anggapan ni
org yg zuhud boleh jd org yg kaya, tetapi dia meletakkan sebahagian besar hartanya ke jalan Allah, dan hanya menggunakan harta ntuk dirinya sekadar yg perlu
cuba anda buka buku agama, (buku teks pun ada kalau x silap) saidina usman bin affan mempunyai sifat zuhud. jika zuhud hanya ntuk org miskin, bagaimana saidina usman, antara org yg paling kaya dlm kalangan sahabat boleh dipanggil zuhud..?
berbalik kpd step ke-5, cara ntuk kaya adalah...
bersedekah!!!
dgrnya mcm x logik, macamana harta boleh bertambah dengan cara mengeluarkan harta?
sebenarnya, Allah akan memberi rezeki berlipat ganda kpd org yg menafkahkan harta di jalan Allah
yakinlah kpd Allah, nescaya Allah akan membantu kita
apa lagi, marilah berusaha ntuk menjana pendapatan berterusan!
zuhair; ingat nk buat novel. dh siap pun 2 bab. tapi... kurg idea. any idea to give me?
19 July 2011
Juvana
semalam episod akhir cter nih, "Juvana"
mengisahkan Daim yg dimasukkan ke sekolah 'budak jahat', Sekolah Wira Bakti kerana dituduh membunuh ibunya
walaubagaimanapun, Daim menafikan bahawa dia membunuh ibunya
dapatkah kebenaran dibongkar, lalu Daim dibebaskan?
Juvana membawa kisah kehidupan golongan banduan muda yg dikurung di dalam sekolah pemulihan
di Malaysia, ada 2 sekolah pemulihan sebegini yg saya tahu, Henry Gurney dgn Tunas Bakti
biasanya, pelajar2 di sekolah ini akan dilatih dgn beberapa kemahiran, agar diorg blh survive bila keluar nanti
saya x berminat ntuk mengulas pnjg pasal cter ni, tp saya nak ulas psl stigma masyarakat terhadap pesalah2 juvana nih
ramai org akan memandang buruk terhadap mereka, atas kesalahan mereka
pada saya, mereka sebenarnya budak baik
akibat kurgnya bimbingan dan pengaruh sekitar, mereka melakukan kesalahan2 yg x dpt dimaafkan begitu saja
sekolah saya bersebelahan dgn sekolah Tunas Bakti
pada saya, mereka x akan mengganggu org, melainkan apabila mereka diprovok
mereka sbnrnya pantang dicabar (anak jantan la katakan)
kerana merasa tercabar lah, mereka akan bertindak di luar kawalan
saya beranggapan mereka seharusnya terus dibimbing, walaupun sudah keluar dari sekolah juvana sebegini, terutamanya dalam bab mengawal kemarahan
marah itu datang dari syaitan, sebab itulah muka kita adalah yg paling buruk ketika kita marah
janganlah kita meminggirkan mereka, kerana apabila mereka berasa tersisih, mereka akan terdorong untuk melakukan perbuatan lama semula
janganlah kita membenci mereka, tetapi bencilah dengan perbuatan jahat mereka
wassalam
zuhair; best gak cter ni, walaupun ada yg nmpk kaku time berlakon tuh...
11 July 2011
alamak..!
menurut 1 kajian, seorg lelaki akan berasa lebih mudah tertekan apabila bersama2 dgn wanita yg cantik
biar betul!
duduk bersembang dengan wanita cantik akan meningkatkan hormon cortisol
hormon ini baik jika naik hanya sedikit, kerana meningkatkan alertness seseorg, tp kalau byk, boleh menyebabkan penyakit jantung dan kencing manis!
didapati gak, adrenalin yg terhasil daripada lelaki yg berbual dgn wanita cantik yg baru dia kenali adalah setinggi seperti sebelum dia melakukan terjunan menggunakan payung terjun!
sumber - kucing jantan; mingguan malaysia
sbg seorg lelaki, sedikit sebyk saya mengakui kebenaran kajian ni
sbb itulah saya lbh suka bermsj, IM, fesbuk drpd bercakap dgn budak2 yg cantik nih
tertekan siot!
walau bagaimanapun, alangkah baiknya jika cantik luaran dan cantik dalaman disatukan
cantik luaran hanya sementara, sedangkan cantik dalaman akan membentuk sifat dan perangai
oleh itu, jika anda tgk seseorg lelaki tu nmpk gugup bila berckp dgn anda, perasankanlah diri dengan mengatakan bahawa anda seorg yg cantik
hahahaha
zuhair; x hensem
10 July 2011
mouse lambang perpaduan
sebut mouse, saya teringat satu teka teki
mouse, jantan atau betina?
well, jwpnnya bergantung kpd jenis mouse yg anda pakai
kalau ada 'telur', jantanlah
kalau pakai pad, betina
kalau ada dua2, khunsa
hbs tu, cmne dgn mouse skrg yg pakai laser nih..?
jwpnnya, undefined.... heheh
k2, sebenarnya saya bkn nk tulis pasal teka teki tu sgt.
dalam Islam, manusia mempunyai pelbagai perbezaan
perbezaan ini disebut khilaf
khilaf tidaklah dianggap sebagai keburukan, malah dianggap sebagai rahmat kerana menjadikan Islam lebih luas dan universal
kita sering mendengar org sibuk bercakap tentang perpaduan
tp kenapa perpaduan sukar untuk dipupuk?
saya terkenang satu kata2, 'bagaimanakah kita mampu bersatu, sekiranya kita asyik mencari perbezaan sesama kita? kenapa tidak mencari persamaan sahaja?'
selain agama, bangsa atau negara, apakah yg menunjukkan bahawa manusia boleh bersatu?
mouse!
kenapa?
cuba anda lihat, semua org pakai mouse guna tangan apa?
org kidal pun akan pakai tangan kanan
mana ada org dlm dunia ni pakai mouse guna tgn kiri
anda x setuju dgn saya?
kalau x setuju, tolong anta video ye kat saya
saya nk tgk secekap mana org itu menggunakan mouse dgn tgn kirinya (yg kekurangan tgn kanan x diterima ek)
itulah lambang perpaduan, mouse di tangan kanan kita
zuhair; xde mouse, xleh main game (melainkan kalau ada joystick)
06 July 2011
menjunjung kasih DYMM Seri Paduka Baginda!
sekarang,
saya sudah mampu menarik nafas lega
bgsaku tidak akan lagi merusuh,
bergaduh,
bermusuh di jalan2 raya
nak buat di stadium?
buatlah!
menjunjung kasih titah baginda,
tidak mahu negara huru hara,
pemimpin no 1 negara,
memberi nasihat diterima semua.
alhamdulillah
zuhair; Rasulullah bersabda, buang perkara yg menyakitkan di jalanan pun dpt pahala. kalau menyakitkan org lain di jalanan dapat apa ek?
01 July 2011
sedih
Hari ini,
Hatiku berasa amat sedih,
Melihat bangsaku bermusuhan, bercakaran,
Melihat agamaku,
Perlahan2 cuba dimusnahkan
Hari ini,
Hatiku berasa amat duka,
Negaraku ini ingin dihancurkan,
Negaraku ini ingin dijajah semula,
Apakah bumi bertuah ini sudah tidak lagi mempunyai tuah?
Apakah kemerdekaan selama 53 tahun ini sudah cukup lama untuk kita merasai erti kebebasan?
Apakah penjajahan selama 446 tahun sekejap sangat untuk kita ambil iktibar?
Hari ini,
Org2 yahudi sudah mula mendalangi kehancuran negaraku,
Org2 yahudi membiayai kewangan mereka yg mengkhianati bangsa dan agama mereka sendiri,
Jika perkara ini menjadi kenyataan,
Aku risau
Aku risau
Aku risau
Apakah yang harus aku katakan kpd anak2ku?
Apakah yang harus aku katakan kpd cucu2ku?
Bahawa Malaysia tercinta ini gagal mempertahankan kemerdekaannya kerana nenek moyangnya?
Bahawa Malaysia tercinta ini gagal mempertahankan kemerdekaannya kerana tiada kesatuan antara bangsanya?
Bahawa Malaysia tercinta ini gagal mempertahankan kemerdekaannya kerana tidak mempraktikkan agama yg sebenar2nya?
Ya Allah, bantulah kami mempertahankan negara kami
Ya Allah, bantulah kami mempertahankan agama kami
Ya Allah, bantulah kami mempertahankan bangsa kami
Ya Allah, bantulah kami mempertahankan keluarga kami
Wahai rakan2ku,
Wahai bangsaku,
Sedarlah,
Sedarlah,
Terlalu byk rencana musuh2 kita yg tersembunyi
Terlalu byk rencana musuh2 kita untuk menghancurkan kita
Bersatulah atas nama agama, bangsa & negara!
zuhair; sedih dan kecewa