31 March 2011

Drama Islamik di Malaysia

assalamualaikum

melihatkan siaran2 tv di Malaysia dh byk menayangkan cter2 berunsur keagamaan, saya tumpang gembira dan bangga dgn perkembangan ini
ini mmg diperlukan ntuk membantu warga Malaysia mengubah persepsi bahawa agama diperlukan dlm kehidupan kita

agama bkn sekadar ketika solat & puasa, malah perlu diaplikasikan ketika kerja, bermain, tidur malah ketika di tandas sekalipun
byk nasihat yg cter2 cmni paparkan, satu usaha murni yg wajar diteruskan & diperbykkan

cuma 1 je saya x gemor
nape kalau org baik je, msti kawin ramai..?
saya tahu poligami adalah sunnah, namun sekiranya xleh berlaku adil zahir & batin, lebih baik kawin sorg jer...
mgkn idea penulis2 skrip kita blh diperbaiki & dikembangkan lg
go, our Malaysian!

oh ya
jgn lupa saksikan drama Ustaz Amirul, episod akhir jumaat nie..!

zuhair; rasanya cter2 islamik cmni lg elok gantikan sinetron indonesia tuh. tahapahapa jer...

28 March 2011

modem vodafone ku...

assalamualaikum

khamis
ak menyucuk modem seperti hari2 yg lain
fb, blogging, etc

jumaat
aik??
nape modem x nyala lampu nih?
try kat laptop lain tgk
aik??
x nyala gak??

adakah...

adakah...?

adakah...??

modem rosak??!!!

zuhair; x psl2 buang rm100, cari modem baru...

26 March 2011

Spore



Title; Spore
Developer; Maxis, Electronic Arts
Platform; PC
Label; U
Rating; Saya bg 6 drpd 10

Spore membuat debut pertamanya dgn promosi besar2an yg sgt menarik
sistem creator yg dicipta mampu mengerah imaginasi pemain ke tahap optimum adalah 1 benda yg x pernah dibuat oleh game2 lain
saya adalah antara gamer yg sgt berminat dgn game ni sewaktu game ni mula2 keluar

secara keseluruhannya, game ni membawa pemain melalui evolusi creatures yg pemain sendiri cipta
drpd laut, makluk ini akan naik ke darat, berevolusi ntuk hidup berpuak, mempunyai civilisation & akhirnya menjelajah angkasa lepas!

kelebihan;

1. pemain mempunyai pilihan item yg luas dlm mencipta makhluk sendiri. blh letak tanduk, ekor, dll. semuanya pilihan anda
2. bangunan & kenderaan dlm civilisation & space mode gak dicipta oleh pemain sendiri. kalau pemain mls nk cpta makhluk, bangunan atau kenderaan, pemain blh load je bnda2 tu dari sporepedia sedia ada
3. pemain berpeluang ntuk jmpa blk apa2 saja yg telah pemain cpta sebelum tu, jika pemain main new game.

kekurangan;

1. game ni hanya menarik sewaktu cell stage & creature stage jer. yg lain, x best lgsg!
2. bandar2 & planet2 dlm game ni buruk..!
3. sistem kawalan yg kompleks. kawalan sewaktu cell stage, creature stage, tribe stage, civilisation stage & space stage berbeza
4. sistem tutorial yg x membantu. sekadar memberikan cara ntuk kawal makhluk & kawal kamera. x memperkenalkan secara mendlm bnda2 yg membantu pemain ntuk bermain ke tahap optimum

saya harap jika ada developer yg nk buat game mcm spore ni, tolongla perbaiki

zuhair; dgr cter ada Darkspore beta dh keluar. pemain blh cpta makhluk, mcm spore. tp, game ni game RPG. kalau EA & Maxis nk keluarkan game ni, harap2 diorg blh perbaiki kelemahan2 Spore

25 March 2011

Digimon World DS


assalamualaikum

dh lama saya x tulis pasal game
ari ni, saya nk tulis pasal game yg saya baru je menang semalam

Title; Digimon World DS
Developer; Namco Bandai
Genre; RPG
Ratings; U
Platform; Nintendo DS
Bintang; Saya bg 4 drpd 5

mcm yg saya tulis dulu, saya ni ssh nk hbskan game, terutamanya game RPG
tp nmpknya game Digimon World ni mampu menambat hati saya

cter bermula apabila pemain termasuk ke dlm pc sekolah selepas mencari perkataan 'digital monster'
dia dibawa oleh CLVS Angemon ntuk dijadikan Tamer kpd salah satu digimon; Koromon, Tsunomon atau Tanemon
bermulalah pengembaraan pemain ntuk naik taraf drpd Normal Tamer ke Tamer King

Kelebihan;

1. bentuk game yg cantik. (sesuaila dgn tahun game ni dikeluarkan)
2. byk evolution ntuk digimon. cthnya Tokomon blh jd Patamon, Falcomon atau dotFalcomon
3. nk jd kuat bkn setakat digivolve je, tp KENA degenerate. kalau x, digimon anda di tahap biasa2 je

Kekurangan;

1. seperti game2 RPG lain, corak permainan dia saaaamaaaaaaa jerr
2. org jahat x jahat lgsg! (standardla, game ntuk kanak2...)

lepas game Digimon World ni keluar, Bandai Namco ada keluarkan sekurang2nya 5 game digimon ntuk DS
malangnya 3 game yg terbaru berbahasa Jepun
alamak...

zuhair; wahai org2 yg buat game digimon, tolongla translate game tu ke bahasa inggeris... huhu

23 March 2011

politik kita...

assalamualaikum

saya sbnrnya nk tulis pasal game 'SPORE' ari ni,
tp memandangkan hal politik ni dh makin mndpt tumpuan di Malaysia, saya nk tulis pasal politiklah!

semua org tahu, kalau xde politik, x hidupla mana2 sistem kemasyarakatan
kita msti ada ketua, msti ada yg dipimpin
msti ada pembangkang, supaya lebih stabil keadaan kat satu2 tmpt

namun,
senario politik kat Malaysiaku tercinta nih, saya kurang gemor laa..
sikap saling kata mengata, memburukkan org lain seolah2 dh jd halwa telinga
kerajaan dan media2nya mentafsirkan segala yg dibuat pembangkang sbg tanda kehancuran pembangkang
pembangkang dan media2nya plak menggunakan kata2 kesat yg x sepatutnya digunakan oleh masyarakat yg berakhlak kpd kerajaan

adakah kita perlu membenci manusia lain semata2 kerana perbezaan politik?
mana agama kita yg patut diletakkan sbg tmpt pertama dlm kehidupan kita?

saya berpendapat, bersederhanalah dlm membenci
kerana mgkn nanti org yg dibenci itulah yg ditakdirkan menjd kawan kita
org yg dibenci itulah yg mgkn akan membantu kita

moga2 kita berjaya dan berjasa kpd agama, bangsa dan negara

zuhair; teringat 1 kolum dlm Solusi #29 bertajuk 'besederhanalah dlm membenci'

19 March 2011

selamat tinggal asasi...

assalamualaikum

asasi uitm dh tamat rupanya
sekejap je rasa bljr ni
seolah2 sillabus2 time sek men dulu dh dicompactkan dlm masa 1 tahun je

final??
mmg sshla....
kalau boleh diibaratkan, test tu ibarat menangkap ayam
final plak ibarat menangkap rusa kat hutan
moga2 result lepas ni memuaskan hati kita, berpadanan dgn usaha

hala tuju??
ramai yg target 3 subjek elite; medic, pharmacist dgn dentistry
tp saya sarankan ntuk kita fikir masak2
adakah kita yakin yg kita akan dipilih ntuk subjek2 tu?
saya akui, Allah yg tentukan hidup kita bergantung kpd usaha kita
namun kadang2 expectation yg terlalu tggi tu lah yg akan membunuh kita

bak kata en. ahmad (lect fizik)
katakanlah kita letak medic kat 1st choice. pointer yg kita bawak; 3.89
diorg akan amik yg pointer 4.00 dulu. kita yg pointer 3.89 ni, out
2nd choice, farmasi
diorg akan amik org yg letak farmasi 1st choice dulu, walaupun org tu dpt pointer 3.89, sama mcm kita
kita ni, out
jd marilah sama2 kita amik degree fizik... (dia yg kata, bkn saya... hehe)

bknlah niat saya ntuk menakutkan pmbaca sekalian
cuma saya mengajak anda ntuk reconsider
blm terlmbt lg, sbb nanti akan dibuka upu season 2

zuhair; berdiri bersama optometri (kalau dptlaaa...)

16 March 2011

moga2 kita x seperti mereka...

Bismillahirrahmanirrahim

menyelak Majalah Solusi yg dh lebih seminggu saya beli (x hbs2 baca lg)
saya teringin nk tulis balik apa yg ditulis oleh penulis kolum AKHIR ZAMAN, Umar M Noor
kali ni, beliau menulis pasal bentuk fizikal ahli neraka

spt yg kita sedia maklum, tubuh seorg ahli neraka ni BESAR, lg BESAR drpd ap yg kita boleh bygkan
mana x nya, gigi geraham ahli neraka pun dh sebesar Bukit Uhud
x ke besar namanya tu..?

dlm hadis Rasulullah, ada disebut jarak antara 2 bahu org kafir sejauh 3 hari bg org yg menaiki kenderaan yg berjalan cepat
kenapa Allah bg tubuh ahli neraka ni besar?
antara sebabnya, Allah nk bg seksaan semaksimum mungkin kpd ahli neraka ni

1. di dunia, ahli neraka berlagak sombong dgn Allah, byk melakukan dosa, gagal bertaubat, terlalu kejarkan dunia, maka padanlah jika Allah menyeksa ahli neraka ini

2. perasan x, kalau kita kena pukul, badan kita akan lebam, atau at least bengkak kemerah-merahan. bygkan kalau setiap masa badan kita dipukul, apa akan jd..? badan kita akan bengkak2 (swollen) lalu membesar dan menjadi amat hodoh sekali

disebutkan jika seorg ahli neraka keluar ke dunia ini, nescaya penduduk dunia akan mati kerana kehodohan rupa dan bau busuknya!

bagaimana pula dgn accomodation yg ahli neraka terima..?
ahli neraka xkan pernah merasai walau sesaat pun nikmat dan rehat
tempat tidurnya dibuat drpd api
kerusinya drpd api
selimutnya drpd api
buahnya buah zaqum, yg akan mendidih & meletup dlm badan pemakannya
.........

moga2 kita semua dijauhkan drpd seksa api neraka
nauzubillahi minzalik

marilah sama2 perbaiki diri dan berusaha menambah iman dan takwa kita kepada Allah

zuhair; seteruk2 yg anda bygkan rupa & keadaan ahli neraka, teruk lg keadaan ahli neraka yg sebenarnya...

05 March 2011

besederhana bknnya bermakna sambil lewa

kita sering mendengar bhw Islam menuntut umatnya supaya besederhana
jgn berlebih lebihan, kelak membazir, amalan syaitan
jgn terlampau berkurangan, boleh memudaratkan
persoalannya, pernah x kita cuba ntuk memahami saranan supaya besederhana ni..?

bercakap mengenai besederhana, siapakah yg paling sederhana dlm dunia ni..?
saya? bukan...
anda? mungkin bukan...
ustaz2 dan ustazah? x kot...
para imam di masjid? mcm x je...
org2 kaya & jutawan2 antarabangsa? mcm mustahil je...
hbs tu sape??

seorg lelaki yg diberi nama sbg Muhammad bin Abdullah, lelaki mulia yg disebut di dalam al-Quran & kitab2 terdahulu.

baginda merupakan contoh terbaik drpd segenap ceruk kehidupan
akhlaknya mulia
badannya sihat & cergas
kepimpinannya hebat
nasihat2nya paling bernas
bagindalah junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W.

mari kita lihat, kesederhanaan baginda & sama2 kita compare dgn diri kita

1. makan
Rasulullah x pernah kenyang dgn makan lebih drpd 2 benda. jika baginda kenyang makan kurma, baginda x makan roti dah. jika baginda kenyang makan roti, baginda x makan kurma. jika tiada makanan di dalam rumah, baginda akan berpuasa. adakah ciri2 ini ada pada kita??

2. ibadah
tiap2 malam baginda akan bangun bertahajud & bermunajat kpd Allah. baginda memenuhkan 1/2 atau 1/3 mlm terakhir tu dgn berzikir, bertasbih memuji Allah. adakah ciri2 ini ada pada kita??

3. istighfar
baginda beristighfar sekurang2nya 100 kali setiap hari, sedangkan baginda adalah Rasul yg ma'sum, tiada dosa akan dicalitkan pada baginda. adakah ciri2 ini ada pada kita??

4. pakaian
sekiranya pakaian baginda koyak atau rosak, baginda akan menjahit sendiri pakaian tersebut. adakah ciri2 ini ada pada kita??

5. hubungan dgn ahli keluarga
pada suatu malam, baginda smpai di rumah isterinya pada lewat malam. tidak mahu mengganggu tidur isterinya, baginda tidur di luar. adakah ciri2 ini ada pada kita??

6. tempat tidur
baginda tidur di atas tempat tidur yg keras, sehinggakan berbekas badan baginda dek kerasnya tempat tidur tersebut. adakah ciri2 ini ada pada kita??

7. pergaulan dgn org ramai
baginda turut membantu org ramai menggali parit ntuk Peperangan Khandak. bkn setakat angkat cangkul, senyum dpn kamera, pastu bg blk cangkul tu kat org lain. adakah ciri2 ini ada pada kita??

cukuplah 7 perkara ntuk saya berikan (lgpun saya x ingat yg lain...)
cuba compare dgn diri kita
adakah kita manusia yg sentiasa besederhana seperti baginda
ataupun below the par..??

renung2kan

zuhair; jika kita berada below the par, marilah sama2 kita cari cara supaya naik ke tahap sederhana seperti yg Islam anjurkan

01 March 2011

itu bukan caranya...


setiap manusia xkan terlepas atas keinginan ntuk merasa kaya, bahagia, berjaya, gembira dan sihat sejahtera
namun kadangkala kita sbg manusia yg lemah ni sering tersalah langkah, lalu tersasar

hari ni, saya nk menulis serba sedikit berkenaan Multi Level Marketing (MLM).
mengikut wikipedia, MLM blh didefinisikan sbg;

"Multi-level marketing (MLM) is a marketing strategy in which the sales force is compensated not only for sales they personally generate, but also for the sales of others they recruit, creating a downline of distributors and a hierarchy of multiple levels of compensation. Other terms for MLM include network marketing,[1][2][3][4][5] direct selling,[3][6] and referral marketing."

saya bknlah anti-MLM, tp apa kata kita tgk ciri2 common MLM

1. kbykn MLM melibatkan jualan barangan spt alat solek, minyak wangi, buku dsb. namun modus operandi UTAMA MLM dilihat bknlah ntuk menjual barangan, sebaliknya mencari lbh ramai org yg akan turut bersama menjual barangan tersebut dgn byrn tertentu. (sebelum join MLM, seseorg perlu membayar jumlah tertentu kpd syarikat MLM)

2. sistem MLM menjurus kpd sistem piramid. yg duduk di atas akan lbh kaya jika mempunyai ramai org2 di bawahnya, spt yg ditunjukkan gmbr;

yg kat atas sekali tu la yg paling kaya antara semua. yg kat bawah tu plak sekadar bg org atas jd lebih kaya!

3. MLM adalah 1 pelaburan yg tiada risiko. laburkan wang anda ntuk mana2 produk MLM, cari org ntuk berada di bwh anda, anda dpt duit dlm tempoh2 yg dijanjikan. dgn kata lain, TIADA KERUGIAN!

melihatkan sistem MLM yg semakin berkembang biak di Malaysia, inginlah saya menasihatkan para pembaca sekalian yg mgkn ingin/ sudah memasuki mana2 MLM ntuk memikirkan beberapa perkara di bawah sebelum/ semasa menyertai MLM ini;

1. Hampir semua MLM adalah haram! ini kerana dalam Islam, setiap perniagaan pasti ada risiko untung & rugi, namun tidak ntuk MLM. malah sekiranya kita melabur dlm sesuatu bidang, misalnya kantin sekolah, dan perjanjian menyebut kita akan mendapat 10% drpd jumlah yg kita laburkan stp bulan, ini juga dikategorikan sbg haram. sebaliknya, pelaburan tersebut menjadi halal jika perjanjian menyebut kita akan mendapat 10% drpd jumlah keuntungan pd stp bulan, bermakna jika pengusaha kantin rugi atau untung, sama2 akan merasa imbuhan atau kerugiannya.

2. Sekiranya ada MLM yg mengaku sistem mereka halal, perlulah kita lihat, siapakah Penasihat Syariah MLM tersebut? mgkn mereka ada approvement Majlis Agama Islam ntuk perniagaan Patuh Syariah, namun itu mgkn bermakna yg Patuh Syariah itu adalah barang yg diniagakan, bukannya sistem MLM yg diusahakan!

3. Pada saya, (maaf jika ada yg terasa) MLM ni bknlah berorientasikan menjual barang, sebaliknya menjual orang. mana x nya, dgn meletakkan org2 di bawah kita, kita akan dapat byk duit drpd syarikat. lg ramai org, lg byk duit! malangnya, orang2 yg kita 'jual' bknlah org lain, sebaliknya ahli keluarga & rakan2 kita!

4. Seringkali saya menganggap bahawa MLM adalah sistem yg menjadikan "org miskin sedikit kaya, org kaya bertambah2 kaya". biasanya ntuk memasuki MLM, seseorg dikehendaki membayar ntuk produk yg akan diberi. harganya bknlah murah, mencecah ribuan ringgit! siapa yg boleh dptkan produk tersebut dahulu kalau bkn org kaya? lalu org miskin perlu berusaha sedaya upaya ntuk mendapatkan duit, berada di bawah org kaya yg sedia berada di atas, lalu menjadikan org kaya itu bertambah2 kaya.

5. saya sering membaca panduan2 ntuk menjadi kaya di majalah2 dan artikel2. namun x pernah langsung saya jmpa penulisnya menukilkan, "Multi-Level Marketing (MLM) adalah 1 pelaburan yg baik & pasti ntuk anda menambah wang anda & wajar menjadi steady income". sebaliknya mereka menulis ntuk kita menjadi kaya, perlulah bekerja keras, jujur dalam pekerjaan, membeli aset2 penting seperti rumah & emas dan yg paling ironinya, banyakkan menderma!

6. Satu misteri drpd operasi MLM ini adalah, mana diorg dpt duit yg sebegitu byk? contohnya A mempunyai 2 org di bwhnya (A1, A2) pada bln pertama, dia mendapat RM 200. pada bulan ke-2, bilangan org yg berada di bawah A menjadi 4 org (A1, A2, A3, A4), dan masing2 drpd org bawahan A mempunyai seorg org bawahan. tiba2 saja income A boleh mencecah RM 30,000! dan income ini adalah berterusan smpai bila2 (sampai syarikat tutup, pastu buat syarikat lain, jual produk lain lak...) Yakin ke kita dgn kehalalan wang yg kita peroleh hanya dgn goyang kaki sahaja..??

walau bagaimanapun, bg para pembaca yg tetap ingin menyertai MLM, saya nasihatkan agar anda selidik dahulu latar belakang syarikat MLM tersebut. antara MLM yg saya nmpk baik dan halal adalah 'Stormreaders', menjadikan buku2 Islamik sbg barang jualan mereka. (beli Majalah Solusi ntuk info2 lanjut)

cara MLM yg dibenarkan dalam Islam basically adalah anda menjual produk2 syarikat tersebut, lalu anda mendapat imbuhan atas kerja anda itu (lebih kurang jualan kiosk). ini bermakna jika anda x berusaha ntuk bekerja, anda xkan dpt duit imbuhan pd stp bulan atau pd waktu2 yg ditetapkan dlm kontrak.

MLM yg halal gak mestilah mempunyai Penasihat Syariah yg diyakini pakar dalam hal ehwal kewangan Islam. sudah tentulah kita x mahulah benda2 yg haram masuk ke dalam badan kita lalu menjadi darah daging kita dan keluarga kita

memetik kata2 seorg ulama' yg dirakam ceramahnya dalam dokumentari 'The Arrivals',
"syaitan akan berusaha sedaya upaya ntuk menjadikan dunia ini seolah2 berbaloi ntuk kita kejar, sehingga terlupa atas nikmat akhirat yg xkan mampu pun ntuk otak kita bygkan!"
kreatifnya syaitan, semoga kita x terpedaya dgn hasutan mereka yg Allah telah laknat selamanya...

zuhair; jika kita ada duit, apa salahnya memberi kpd org2 yg memerlukan, atau menderma di masjid. betapa hebat, penyayang dan adilnya Allah, Dia memberi pahala kpd org miskin dgn kesabaran mereka, Dia juga memberi pahala kpd org kaya atas kemurahan hati mereka...