05 March 2011

besederhana bknnya bermakna sambil lewa

kita sering mendengar bhw Islam menuntut umatnya supaya besederhana
jgn berlebih lebihan, kelak membazir, amalan syaitan
jgn terlampau berkurangan, boleh memudaratkan
persoalannya, pernah x kita cuba ntuk memahami saranan supaya besederhana ni..?

bercakap mengenai besederhana, siapakah yg paling sederhana dlm dunia ni..?
saya? bukan...
anda? mungkin bukan...
ustaz2 dan ustazah? x kot...
para imam di masjid? mcm x je...
org2 kaya & jutawan2 antarabangsa? mcm mustahil je...
hbs tu sape??

seorg lelaki yg diberi nama sbg Muhammad bin Abdullah, lelaki mulia yg disebut di dalam al-Quran & kitab2 terdahulu.

baginda merupakan contoh terbaik drpd segenap ceruk kehidupan
akhlaknya mulia
badannya sihat & cergas
kepimpinannya hebat
nasihat2nya paling bernas
bagindalah junjungan besar kita, Rasulullah S.A.W.

mari kita lihat, kesederhanaan baginda & sama2 kita compare dgn diri kita

1. makan
Rasulullah x pernah kenyang dgn makan lebih drpd 2 benda. jika baginda kenyang makan kurma, baginda x makan roti dah. jika baginda kenyang makan roti, baginda x makan kurma. jika tiada makanan di dalam rumah, baginda akan berpuasa. adakah ciri2 ini ada pada kita??

2. ibadah
tiap2 malam baginda akan bangun bertahajud & bermunajat kpd Allah. baginda memenuhkan 1/2 atau 1/3 mlm terakhir tu dgn berzikir, bertasbih memuji Allah. adakah ciri2 ini ada pada kita??

3. istighfar
baginda beristighfar sekurang2nya 100 kali setiap hari, sedangkan baginda adalah Rasul yg ma'sum, tiada dosa akan dicalitkan pada baginda. adakah ciri2 ini ada pada kita??

4. pakaian
sekiranya pakaian baginda koyak atau rosak, baginda akan menjahit sendiri pakaian tersebut. adakah ciri2 ini ada pada kita??

5. hubungan dgn ahli keluarga
pada suatu malam, baginda smpai di rumah isterinya pada lewat malam. tidak mahu mengganggu tidur isterinya, baginda tidur di luar. adakah ciri2 ini ada pada kita??

6. tempat tidur
baginda tidur di atas tempat tidur yg keras, sehinggakan berbekas badan baginda dek kerasnya tempat tidur tersebut. adakah ciri2 ini ada pada kita??

7. pergaulan dgn org ramai
baginda turut membantu org ramai menggali parit ntuk Peperangan Khandak. bkn setakat angkat cangkul, senyum dpn kamera, pastu bg blk cangkul tu kat org lain. adakah ciri2 ini ada pada kita??

cukuplah 7 perkara ntuk saya berikan (lgpun saya x ingat yg lain...)
cuba compare dgn diri kita
adakah kita manusia yg sentiasa besederhana seperti baginda
ataupun below the par..??

renung2kan

zuhair; jika kita berada below the par, marilah sama2 kita cari cara supaya naik ke tahap sederhana seperti yg Islam anjurkan

No comments:

Post a Comment