12 June 2012

adakah anda stress..??

assalamualaikum...

sekarang ni adalah musim peperiksaan bagi hampir semua universiti, terutamanya universiti awam (IPTA)
saya pasti, kebanyakan dari anda mesti tengah stress kerana menelaah dan mengulangkaji segala yang dipelajari sepanjang semester
namun begitu, saya suka ingatkan bahawa terlalu stress boleh memudaratkan anda
oleh itu, cuba anda uji diri sendiri
adakah anda sangat stress??

read carefully text below:
the next image shows 2 identically dolphins. it is used in hospitals to measure the level of stress at patients. look at the dolphins jumping out from the water. REMEMBER: THE DOLPHINS ARE IDENTICAL! a scientific research has shown in spite of the fact that the dolphins are identical, a stress person will find several differences between them. if he/she are stress more, he/she will found more differences between the 2 dolphins. look at the picture below, and if you find more than 2 differences, you should take a break and do something to release your stress























 

zuhair: saya harap pembaca2 blog saya ni x stress ekk..! hehe

05 May 2012

bahangnya kian terasa...

assalamualaikum...

"apa post yg plg byk zuhair jmpa kat fb skrg ni?" abg azam tanya saya
saya jawab, "kawin!"

sejak 2 menjak ni, byk sggh post2 pasal kawin kat fb
mmg masa2 mcm ni adalah masa yg sesuai ntuk mendirikan rmh tgga
tmbh plak kalau dgr ceramah pasal kawin, srnk je...

pada saya, berkahwin sememangnya keperluan kita sbg manusia
tidakkah kita inginkan seseorg yg sentiasa bersama kita semasa ssh dan senang, tangis dan tawa bersama, saling usik mengusik, dan org itu juga sentiasa mendamaikan jiwa kita?
namun, kita seringkali mahukan sesuatu, tetapi kita x berusaha ntuk mendapatkannya

bagaimana blh kita dptkan pasangan yg mempunyai ciri2 idaman kita?
jwpnnya mudah: jadilah lelaki/wanita idaman kpd bakal pasangan anda!

"when you stop searching for a prince and make Allah the King for your heart, He will complete your fairytale"

"ntuk mendapatkan jodoh yg terbaik, jdlah yg terbaik ntuk jodohmu."

"kita bkn sahaja mencari teman hidup, kita juga mencari ayah/ibu yg terbaik ntuk anak2 kita"

sblm berkahwin, pastikan ilmu agama cukup, ilmu suami isteri cukup, ilmu mengurus kewangan cukup, ilmu kekeluargaan pun cukup, dan fahamilah pasangan anda. kadang2 1 perkara yg kecil pun blh membawa kpd bencana dlm rumahtangga.

zuhair: "we always have a friend that gives advice about relationship to others, but he doesn't have any gf/bf" that awkward moment when you realize that the person is you... huhu

23 April 2012

men are from mars, women are from venus pt 1

assalamualaikum...

agak lama hari tu, k'jaan telah memberikan baucer buku rm200 kpd semua pelajar u
saya pun apa lagi, mula la pegi memborong buku
salah 1 buku yg saya beli, buku nih

tapi yg saya beli nih bahasa melayu punya

buku ni secara basicnya, nk ajak pembacanya supaya memahami tentang jantina lawan supaya dpt memperbaiki hubungan dgn mereka
spt yg kita selalu dgr, byk kes penceraian berlaku dlm negara kita. ada juga pasangan2 yg bertahan dlm perkahwinan, tetapi x bahagia. salah 1 puncanya adalah kegagalan mereka ntuk memahami pasangan
masing2
di sini, saya nak share dgn pembaca tntg apa yg saya dpt drpd buku nih

men are from mars, women are from venus mula2 sekali mengibaratkan bahawa lelaki dan wanita seperti makhluk dari 2 planet berbeza. bermakna, corak pemikiran, budaya dan tingkah laku antara lelaki dan wanita juga adalah berbeza. dgn memahami perbezaan inilah, kita akan dpt memperbaiki perhubungan dgn org yg berbeza jantina dgn kita

mari kita lihat serba sikit pasal apa yg diterangkan dlm buku nih;

LELAKI

1. lelaki sentiasa bertindak sbg mr. fix it iaitu org yg suka memberi cdgn ntuk menyelesaikan masalah. dalam kalangan lelaki, hal ini x mengapa kerana org lelaki hanya meluahkan masalah apabila mereka memerlukan jalan penyelesaian. namun bagi wanita, mereka meluahkan masalah ntuk berkongsi. jadi apabila lelaki memberikan penyelesaian, mereka merasakan yg mereka x difahami, x melaksanakan apa yg lelaki td suruh lalu membuatkan lelaki yg memberi cdgn td marah blk kat dia.

cth, puan A bgtau kat en B, "saya x sihat. rasa mcm nk demam". jawapan tipikal en B sbg lelaki ialah, "makanlah ubat". puan A akan berasa yg en B x memahami dia, lalu x jugak makan ubat. akhirnya, en B yg terasa hati dgn puan A kerana puan A x ikut cadangan dia.
sepatutnya, en B kena jawab, "macamana blh demam? kena hujan ke?" & juga jwpn2 lain yg menunjukkan dia ambil berat. bila en B melakukan sebegitu, puan A akan berasa dihargai dan berpuas hati dgn en B


WANITA

1. org perempuan suka bertindak sbg home improvement lady iaitu suka mengubah apa2 yg nmpk x elok pada pndgn mata mereka terhadap org yg mereka sayang. pada wanita, ini adalah cara ntuk mereka menonjolkan kasih sayang, sedangkan pada lelaki, dia terasa seperti terkongkong dan x bebas. hakikatnya, lelaki x suka diubah kerana ini hanya membuatkan yg dia rasa lemah. lelaki suka jika dia rasa diyakini dan dihormati

cth, en B akan naik flight ke luar negara. sbg isteri, adalah menjd perkara normal jika puan A menegur suaminya ntuk membawa pelbagai barang penting supaya x tertinggal. hakikatnya, en B berasa rimas jika ditegur sedemikian rupa. dia akan berasa yg puan A x percayakannya. cara yg terbaik, puan A sepatutnya berdiam diri sahaja. ini kerana lelaki perlu merasa sendiri kesilapannya. jika ditakdirkan yg en B ada tertinggal apa2 barang penting sewaktu penerbangannya, dia pasti akan ingat ntuk tidak mengulangi kesalahan yg sama

jd bagaimana?
anda dh dpt tgkp dh sikit, perbezaan antara anda dan jantina lawan anda?
saya sbnrnya ingat nk tulis lg, tp takut lak post ni akan jd sgt panjg smpaikan anda pun x lalu nak baca

oleh itu, insyaAllah saya akan sambung kriteria2 lelaki dan wanita yg seterusnya dlm post2 yg lain

zuhair; ohh... mcm ni rupanya perangai org prmpn...

11 April 2012

fikirlah positif!

assalamualaikum...

saya sbnrnya tertarik dgn 1 pos yg saya baca kat 9gag

cter dia cmni;

suatu hari, ada seorg lelaki telah jatuh cinta dgn seorg wanita
lelaki itu berusaha memikat hati wanita itu
nmpknya seperti sudah berjaya, namun apabila diberitahu, ternyata cintanya tidak ke mana

walaupun begitu, lelaki itu tidak kelihatan sedih
kawan baik lelaki tu pun tanya, "kenapa awak x sedih walaupun cinta awak ditolak?"
lelaki tu jawab, "mengapa saya harus sedih? saya beruntung kerana kehilangan org yg x cintakan saya. perempuan itulah yg rugi kerana kehilangan org yg mencintainya"

moral of the story: be positive!

zuhair; refleksi kepada diri.... mungkin

01 April 2012

earth hour

assalamualaikum...


saya telah laksanakan
bagaimana pula dgn anda?

program motivasi di Bukit Mertajam High School

assalamualaikum...

jumaat dan sabtu lepas, saya telah mengikuti program motivasi di Bukit Mertajam High School (BMHS)
untuk pengetahuan, sekolah ni merupakan sekolah premier, yg sedang berusaha ntuk mencapai sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi
saya ke sana atas tiket fasi ntuk program Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM walaupun saya sbnrnya bukanlah ahli RKM

berikut saya senaraikan beberapa bnda yg sedap dan x sedap dipandang sepanjang kami beraktiviti di sana

1. BMHS telah mencatat rekod akademik yg sangat cemerlang. ntuk tahun lepas, sekolah ini berjaya mendapatkan 100 pelajar straight A ntuk PMR dan lebih 20 pelajar straight A ntuk SPM

2. pelajar2 di sana boleh mendapat biasiswa drpd alumni sekolah tu (yg nmpknya mcm aktif). jumlah biasiswa yg ditaja itu adalah sebanyak RM 1 000 000!

3. pada saya, pelajar BMHS terlalu manja. mereka merungut keadaan tmpt tidur yg x selesa (diorg tidur dlm dewan. tp kbykn diorg saya tgk pakat bawak tikar dgn toto ntuk tidur pd malam tu) sedangkan kami para fasi, tidur beralaskan sejadah je. yg tidur atas lantai pun ada

4. budaya sekolah itu yg menjadikan angkat tangan kanan sebagai arahan fizikal menyuruh budak2 senyap adalah sangat saya sukai

5. sekolah ini terlalu mendidik pelajar2nya speaking, sehingga apabila saya meminta mereka ntuk menyanyikan lagu bahasa melayu, mereka x tahu lgsg, sebaliknya meminta lagu bahasa inggeris! serius, jika budaya ini x diubah, bahasa melayu akan terus jatuh dan dipandang rendah

6. mereka menjadikan head prefect diorg dari kalangan lelaki non-muslim, seolah2 menunjukkan yg lelaki melayu muslim semuanya gagal dan x berguna. malah, dlm kalangan pengawas, kelab pncegah jenayah dan pembimbing rakan sebaya yg ada, kurg 10 org drpd 140 peserta yg ada adalah dari kalangan lelaki melayu muslim!

7. pemandangan di sekolah itu sangat cantik. ketika kami dtg, bunga2 kuning yg berada di atas pokok yg menghiasi sekolah itu gugur apabila ditiup angin, menjadikan seolah2 kami sedang berada di musim luruh di negara barat

8. cikgu2 di sana tidak efisyen. lain yg dijanjikan kpd kami sebelum kami dtg, lain pula yg berlaku semasa program. hal ini menjadikan kami sgt x senang hati. yg plg best, ada cikgu yg minx kami benarkan bdk2 balik pada program jumaat mlm sabtu dan dtg semula pada pg sabtu tu. mcm tu ke kem??

kesimpulannya, ada beberapa bnda yg wajar kita perhatikan sebaik2nya. kadangkala, bnda2 yg kita nmpk small matter itu adalah bnda yg menentukan nasib kita dan generasi pelapis pada masa hadapan

zuhair; memenuhi kamera org dgn gmbr sendiri. heheh

15 March 2012

melayu, jangan layu!

assalamualaikum...

sejak 2 bulan lepas, saya telah membaca buku nih...


buku ini membuka minda para pembaca tentang nasib orang Melayu yg semakin hari semakin terhimpit di bumi sendiri
begitu juga bahasa Melayu dan agama Islam, seolah2 org melayu yg majoriti kini terpaksa mengalah dan melayan semua kehendak org2 bkn melayu

sebelum anda meneruskan pembacaan, mari lihat apakah definisi melayu;

"melayu adalah bangsa asal tanah melayu yang beragama ISLAM, menggunakan bahasa Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu"

drpd definisi yg diterangkan di atas, dptlah kita lihat bahawa perjuangan membela bangsa Melayu samalah juga dgn perjuangan membela Islam
saya amat hairan dgn situasi skrg, mana2 pihak yg membela melayu pasti akan dilabel rasis, x pun ultra-melayu. ntah2 lepas post saya ni di publish, org pun akan kata saya ni ultra-melayu
sedangkan bangsa lain, jika mereka membela bangsa mereka, menuntut mcm2 ntuk bangsa mereka, xde sapa pun nak kata yg mereka ni rasis, ultra-kaum dsb. malah permintaan mereka disambut baik atas dasar 1Malaysia

begitu juga dgn bahasa melayu. saya sgt sedih mengenangkan nasib bahasa kebangsaan kita ini yg semakin dipinggirkan
lihat sahaja promosi2, semuanya sibuk ntuk menggunakan bahasa inggeris
tidak berbanggakah kita dgn bahasa kita sendiri?

ridhuan tee di dlm bukunya ini menerangkan sendiri bahawa bahasa melayu yg diajar di SJK semuanya di tahap rendah. apabila k'jaan mahu menyeragamkan sillibus bahasa melayu, pelbagai NGO dan parti politik ultrakiasu (x kiralah yg dlm BN mahupun PR) membantah
jika beginilah keadaannya, sampai bila baru bahasa melayu akan menjadi kebanggaan?
saya pasti, anda sbg pembaca pasti mempunyai rakan2 bukan melayu yg tersekat2 bahasa melayunya, sedangkan mereka sudah duduk di malaysia berpuluh2 tahun
tidakkah ini sgt menyedihkan?

agama Islam pula, pernah timbul isu mengenai hari raya korban pada tahun lepas.
ultrakiasu nmpknya semakin berani menyentuh agama kita, Islam sedangkan kita x pernah mempersoalkan perayaan mereka yg menyusahkan org lain atas dasar memahami agama mereka
begitu juga dgn isu kalimah Allah. adalah sgt menyedihkan jika hak eksklusif kita, nama Allah itu digunakan pula oleh agama lain
tidakkah itu akan menimbulkan kekeliruan kpd umat? namun saya bersyukur kerana hak eksklusif kalimah Allah itu hanya dibenarkan ntuk Islam sahaja

ridhuan tee juga menerangkan tentang org melayu yg terlalu baik, sehingga x perasan dipijak oleh org lain
pimpinan melayu dilihat asyik memberi kpd org bukan melayu, sehingga mereka menjadi seperti belanda minta tanah
ultrakiasu sibuk menjadikan aspirasi bangsa didahulukan, sedangkan aspirasi negara ditolak ke tepi

org melayu juga nampaknya sibuk dgn perpecahan, sedangkan bangsa lain bersatu dlm senyap
wahai org melayu, tidakkah anda sedar akan perkara ini?
kita sudah banyak berpecah
berpecah pendapat
berpecah politik
berselisih agama
mmglah perpecahan itu rahmat, namun jika sampai bermusuhan, xnk berdamai, smpai bilakah kita boleh maju?

dlm buku ini juga, ridhuan tee membayangkan akan berlaku salah 1 drpd 2 perkara di bawah jika trend mengutamakan bangsa yg dilakukan oleh bukan melayu ini berterusan;

1. org melayu akan bangkit dan menarik semula hak2 yg pernah diberi kpd bukan melayu secara total
2. tragedi 13 mei yg kedua

hal ini kerana org melayu bersikap pemendam.
anda pernah ada kwn yg bersifat pemendam, atau anda sendiri adalah pemendam?
cuba anda lihat bagaimana org yg pemendam marah
menakutkan bukan?

saya sbg warga malaysia, berbangsa melayu dan beragama Islam sgt berharap agar bangsaku, bahasaku, agamaku dan negaraku sentiasa berjaya dan bahagia

zuhair; food for thought