assalamualaikum...
jumaat dan sabtu lepas, saya telah mengikuti program motivasi di Bukit Mertajam High School (BMHS)
untuk pengetahuan, sekolah ni merupakan sekolah premier, yg sedang berusaha ntuk mencapai sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi
saya ke sana atas tiket fasi ntuk program Rancangan Khidmat Masyarakat (RKM) USM walaupun saya sbnrnya bukanlah ahli RKM
berikut saya senaraikan beberapa bnda yg sedap dan x sedap dipandang sepanjang kami beraktiviti di sana
1. BMHS telah mencatat rekod akademik yg sangat cemerlang. ntuk tahun lepas, sekolah ini berjaya mendapatkan 100 pelajar straight A ntuk PMR dan lebih 20 pelajar straight A ntuk SPM
2. pelajar2 di sana boleh mendapat biasiswa drpd alumni sekolah tu (yg nmpknya mcm aktif). jumlah biasiswa yg ditaja itu adalah sebanyak RM 1 000 000!
3. pada saya, pelajar BMHS terlalu manja. mereka merungut keadaan tmpt tidur yg x selesa (diorg tidur dlm dewan. tp kbykn diorg saya tgk pakat bawak tikar dgn toto ntuk tidur pd malam tu) sedangkan kami para fasi, tidur beralaskan sejadah je. yg tidur atas lantai pun ada
4. budaya sekolah itu yg menjadikan angkat tangan kanan sebagai arahan fizikal menyuruh budak2 senyap adalah sangat saya sukai
5. sekolah ini terlalu mendidik pelajar2nya speaking, sehingga apabila saya meminta mereka ntuk menyanyikan lagu bahasa melayu, mereka x tahu lgsg, sebaliknya meminta lagu bahasa inggeris! serius, jika budaya ini x diubah, bahasa melayu akan terus jatuh dan dipandang rendah
6. mereka menjadikan head prefect diorg dari kalangan lelaki non-muslim, seolah2 menunjukkan yg lelaki melayu muslim semuanya gagal dan x berguna. malah, dlm kalangan pengawas, kelab pncegah jenayah dan pembimbing rakan sebaya yg ada, kurg 10 org drpd 140 peserta yg ada adalah dari kalangan lelaki melayu muslim!
7. pemandangan di sekolah itu sangat cantik. ketika kami dtg, bunga2 kuning yg berada di atas pokok yg menghiasi sekolah itu gugur apabila ditiup angin, menjadikan seolah2 kami sedang berada di musim luruh di negara barat
8. cikgu2 di sana tidak efisyen. lain yg dijanjikan kpd kami sebelum kami dtg, lain pula yg berlaku semasa program. hal ini menjadikan kami sgt x senang hati. yg plg best, ada cikgu yg minx kami benarkan bdk2 balik pada program jumaat mlm sabtu dan dtg semula pada pg sabtu tu. mcm tu ke kem??
kesimpulannya, ada beberapa bnda yg wajar kita perhatikan sebaik2nya. kadangkala, bnda2 yg kita nmpk small matter itu adalah bnda yg menentukan nasib kita dan generasi pelapis pada masa hadapan
zuhair; memenuhi kamera org dgn gmbr sendiri. heheh
No comments:
Post a Comment