20 July 2013

Diari Guru Ganti P1

assalamualaikum...

bagaimana dgn cuti kawan2? seronok?
anda buat apa untuk mengisi masa lapang anda?

untuk saya, alhamdulillah permohonan saya untuk menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih a.k.a guru ganti diterima. jadi sepanjang cuti ni, saya berkhidmat di SMK Taman Panglima, Taiping

menjadi guru, walau nampak mudah, namun mempunyai bebanan yang amat berat.
masa depan pelajar2 kita sebenarnya berada di tangan para guru.
baik guru itu, maka baiklah pelajarnya. begitulah sebaliknya

sepanjang berada di sekolah tersebut, terdapat beberapa guru/pelajar yang mengingatkan saya kepada kawan2 saya
ada guru yg mukanya seperti hidayah samin, ada juga pelajarnya yg muka seperti raja syamim, izzyan nawwarah. ini kalau dpt tunjuk kat depa ni, mesti seronok. heheh

saya menggantikan seorang guru yang bernama Samihah binti Rezali, seorg guru yg mengajar sains tingkatan 2 dan sejarah tingkatan 4 tahun ini. beliau bercuti kerana bersalin. Maka, itulah juga subjek yg saya harus ajar.

antara form 2 dan form 4, saya lebih suka berada dalam kelas form 4. mungkin kerana mereka lebih matang, maka mereka mudah memberikan kerjasama terhadap saya. namun jujur saya akui, bukan mudah untuk mengajar sejarah. jadi saya harus usaha untuk membantu mereka dalam subjek itu, apatah lagi sejarah merupakan subjek killer pada mereka.

saya juga jadi guru kelas kepada 4PA (kelas prinsip akaun). budak2 saya ni sempoi2, so saya pun xde masalah nak sesuaikan diri.

ada byk cerita sepanjang mengajar selama 3 mggu ni, tp saya nak tulis lain kali lah
kepada anda yg membaca, semoga cuti kita dapat dimanfaatkan sebaik2nya

sekian

zuhair: budak2 form 4 dok sibuk kata saya comel. form 2 plak kata hensem. *blush*

2 comments:

  1. Eh eh?? Ada jugak muka mcm saya? Adoi berapa banyak pelanduk dua serupa la ye.. huhu baca post ni teringin pulak nak jadi cikgu. Nak ajar bio!! Eyh mcm mana nak apply guru ganti ni? Cerita la lagi. Bulan 9 nanti saye cuti sebulan. Hehehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh apply guru ganti kat http://www.kgskperak.yolasite.com/#/
      cari bhgn gstt (guru sandaran x terlatih)
      dwnld, isi borg, print, anta kat ppd taiping
      kalau dpt, nanti org ppd akan kol

      Delete