28 January 2013

program bercuti

assalamualaikum...

apa aktiviti anda sepanjang masa cuti nih?
saya... well.... saya.... biasalah
main game!! heheh

ok. hari ni saya nak share skit pasal game Recettear
apa tu?
Recettear ni sbnrnya eksklusif dlm bahasa jepun je. tp ada la plak org yg baguih, dia tlg buat patch dlm english

Recettear mengisahkan tentang Recette yg kehilangan ayahnya. ayah dia pegi mana ntah, x balik2. pastu dtg sorg fairy bernama Tear yg keje sbg ceti nk kutip hutang. ayah Recette ni berhutang byk gler. disebabkan Recette ni miskin, Tear cadangkan ntuk Recette bukak item shop dan bayar hutang tu gradually. so terhasillah kedai yg diberi nama, Recettear (Recette + Tear)

apa yg buatkan saya tertarik dgn game ni, mestilah sebab dia comel..!! (memang lemah betul dgn benda comel2 ni. huhu)
game dia xdela 3d sgt mcm game skrg. dgn lukisan dan penceritaannya yg iras2 manga dan anime, mmg Recettear adalah 1 game yg baik lah!
cuma 1 je amaran. game ni sangat susah!! x caya? silakan try

cara menjual. naikkan % ntuk dpt lbh untung. tapi kalau mahal sgt, org xnk beli.

pemandangan dlm item shop. hrmm... macamana saya nak susun ek?

selain drpd beli barang dgn hrga borong, kita gak kena g dungeon. byk item yg blh didapati dgn free kat sana. cuma... jgn mati. kalau x, well... anda akan tahulah nasib anda
zuhair: byr 10k dlm mggu 1st, setel. mggu 2 byr 30k, setel. mggu 3 byr 80k, setel. mggu 4 kena bayar 200k??? agak2 lah!!

17 January 2013

saya dan listen, listen, listen

assalamualaikum...

baru2 ni, kecoh sekejap kat internet (fb la terutamanya) kisah tentang bawani dan presiden SW1M kat UUM tuh
saya bukanla nak mempertahankan sapa2
terus terang, saya sgt muak dgn post2 yg berkaitan dgn perkara tersebut
smpaikan dlm masa 2 hari selepas video itu tersebar, penuh dgn news feed saya tentang listen, listen, dan listen

saya x berhajat untuk menghuraikan tntang video itu. yg basic soalannya adalah tntang pendidikan percuma, namun dijawab dgn benda2 merapu
saya berhajat untuk membincangkan part laaaaaast sekali video matluthfi 90 in response to the listen listen listen video


dlm video tu, matluthfi ni tanya, kenapa graduates malaysia yg bijak pandai ni xnk duduk, kerja dlm malaysia bila diorg dh hbs belajar?

secara terus terang, jawapan saya adalah pelajar2 ni xde kesedaran tentang tanggungjawab sosial, dan pentingkan diri. mereka dihantar ke luar negara supaya menimba ilmu untuk dibawa pulang ke malaysia. tp diorg lbh berminat mengejar harta dan cita2 tanpa mempedulikan malaysia tercinta ini
tp rupanya, itu hanyalah pandangan dari 1 kaca mata

bagaimana dgn pandangan dari kaca mata pelajar2 itu?

dia menerangkan bahawa ada 2 sebab nape pelajar malaysia yg dh graduate, xnk duduk malaysia (sbb ke-3 tu agak mengarut laa... dan saya pun kurg faham)
1.sebab prospek kerja di malaysia x byk. org tu mgkn amik pasal nuklear, tp balik malaysia, kurg sgt prospek kerja yg berkait. so lebih baik kerja di luar negara
2. apabila mereka bertanya soalan, authorities will flinch. diorg akan minx graduates ni duduk diam, bersyukur atau keluar dari malaysia. so they left (satu sindiran yg sgt besar)

jd cmne pun, sbg seorg mahasiswa, saya percaya yg setiap soalan kami berlaku kerana kami mahu hujah2 dan jawapan yg setanding dgn pemikiran kami sbg mahasiswa. dan sbg mahasiswa jugak saya percaya yg dalam bertanya soalan, etika2 bertanya perlu lah diutamakan, apatah lg kita org timur yg kaya dgn adab sopan dan budi bahasa

menutup kata, saya harap yg kawan2 jgn sekadar berpihak ke 1 belah pihak sblm anda mendengar hujah pihak yg lg 1. dengar, faham, dan fikirkan tentang hujah kedua-dua belah pihak supaya anda tahu mana yg benar, mana yg tipu. kerana dunia ini penuh tipu daya.

zuhair: a gamer that watch... silently

14 January 2013

Kingdom of Amalur: Reckoning

warning:
ini adalah post tentang game!

Title: Kingdom of Amalur: Reckoning (KOA:R)
Developer: 38 Studios, Big Huge Games
Genre: Role-Playing Game (RPG)
Rating: 3.5/5


KOA:R memulakan kisah dgn kematian kita. namun, ada sorg gnome telah masukkan kita ke dlm Well of Souls, menjadikan kita hidup semula. dlm blur2 tu, kita tercari2 identiti sbnr kita di samping berusaha ntuk melawan Tuatha yg diperintah oleh Gadflow.

memandangkan saya malas nk tulis panjang2, saya kata yg game ni bagus. sgt bagus. tp terlalu lama, dan musuh dia plak berulang2. last2, saya jd boring. main dgn muka xde mood je. tp pepun, battle dia, kuasa dia, cerita dia, bagusla. suasana tempat2 pun, sgt bagus. ada tempat nmpk ceria, ada padang pasir, ada plak yg mcm paya je.

enjoy the pic

Ni namanya Fateshift. Time ni sekeliling akan jd slow, dan kita akan jd lbh kuat
Fateshift kegemaran - panah
Ni lak backstab. khas kalau kita pakai dagger, dan stab gnome

Ni lak backstab bila kita pakai dagger, dan bunuh geng2 murghan

charge shot ntuk staff. padahal x guna pun. saja berlagak


gaya seorg hero. stail..!
ni plak jenis2 senjata yg ada dlm game ni. hammer, staff, bow, sceptre, dagger, faeblade, longsword, chakram, greatsword
 soo... jika anda minat nak main, blh dapati di kedai2 game atau amik je kat saya. free. heheh

zuhair: hbskan 100+ jam kat game ni. dlm boring2 tu pun...

05 January 2013

Hikaru no Go

assalamualaikum...

periksa, periksa jugak. tapi time2 periksa ni plak laaa baru gatai nak baca manga yg berjela2!
so saya baru habiskan baca manga Hikaru no Go
Hikaru no Go ditulis oleh Hotta Yumi dan dilukis oleh Obata Takeshi. Yukari Umezawa 5-dan lak supervised manga ni, terutamanya time susunan batu2 Go (dan adalah pangkat untuk Pro dalam Go. maknanya dia pangkat ke-5 la. semua sekali ada 10 dan)
bagi yg x kenal, Obata Takeshi ni adalah pelukis manga Death Note
saya suka manga yg dia lukis sebab sgt detail. dgn background nya, corak bajunya, mmg kemas kot
tp dia x byk lukis manga
 
motif cter ni... well, mestila pasal Go!
apa Go? Go ni 1 permainan tradisi yg popular kat Jepun, Korea, China dgn Taiwan
dia macam catur la. tp bkn catur cina atau catur jepun ye
Go ni macam main kepung time sekolah rendah dulu. tp ada la rule dia yg saya pun kurg faham

Hikaru dan Sai

mengisahkan Shindo Hikaru yg terjumpa goban (papan untuk main Go) yg lama kat stor datuk dia. ntah cmne, dia berjumpa hantu Fujiwarano Sai, seorg pemain Go zaman Heian. Sai ni plak sepanjang masa dok ikut Hikaru. disebabkan Sai ni mmg gler Go, Hikaru pun terjebakla dgn permainan ni. dan Sai bukan setakat gler Go, dia gak gler power main Go. x pernah kalah kot! sikit demi sikit, Hikaru mula belajar main Go. disebabkan Sai dan... Touya Akira

Touya Akira. Rival Hikaru
 
Hikaru no Go pada saya adalah 1 manga education yg sgt baik. memberi kesedaran kat org2 jepun terutamanya untuk memelihara budaya bangsa mereka dan juga menarik minat generasi muda untuk bermain Go. Go di sana, di Korea dan di Cina bukanlah sekadar permainan, tetapi ia adalah karier. budak2 yg dh dpt title pro x perlu lagi pergi ke sekolah. diorg cuma belajar dan mengajar Go, pergi ke event Go tertentu, masuk pertandingan. dari situ lah sumber rezeki mereka
dengan kata lain, Go adalah sukan

tapi saya agak kurg senang dgn sikap Shindo Hikaru yg semacam x hormatkan org lain. terutamanya ibunya dan kawan perempuannya, Akari. rasa mcm kesian pun ada. 2 org ni care kat dia, tp dia mcm x nampak je. mgkn kalau perangai Hikaru ni elok skit, saya rasa dia ni boleh dijadikan inspirasi oleh generasi muda jepun, memandangkan manga dan anime merupakan 1 kepentingan di sana

jalan cter dia bagus. saya yg x reti apa2 pasal Go ni pun blh baca smpai habis. setiap moment perlawanan tu diolah dgn baik, membuatkan saya excited nak baca smpai habis.
so saya recommend Hikaru no Go kepada anda

boleh baca manga dia kat

http://www.mangareader.net/206/hikaru-no-go.html

atau mana2 manga stream yg lain

boleh tgk anime dia kat

http://www.animehere.com/anime/hikaru-no-go.html

atau mana2 anime stream yg lain

out. isnin ada periksa

zuhair: terikut2 mcm main Go waktu main Might and Magic Clash of Heroes

01 January 2013

tahun baru periksa menunggu

assalamualaikum...

selamat tinggal 2012. selamat datang 2013

org kalau tahun baru, mesti sibuk pasal azam kan?
azam nak kurus la, nak berjaya la, etc etc
tp terus terang, saya x pernah terfikir ntuk berazam. so mungkin anda nmpk saya seperti x kisah, mgkn juga anda nampak saya seperti tidak ada cita2.
saya rasa last saya buat azam, waktu sekolah rendah kot. pastu terus x pikir dah. syok tahun baru, sbb hari cuti je. hehehe

namun sejak masuk u ni, saya dpt rasakan yg saya dh x kisah dh dgn tahun baru. kalau dulu x kisah dgn azam, tp skrg dgn tahun baru pun dh x kisah
nape lak?
sbb dok kisah kat exam je. huhu
buat pengetahuan, minggu ni adalah minggu peperiksaan akhir bg hampir semua ipta. dan usm x terkecuali
nak tgk ke jadual periksa saya? nah!

tu dia jadual periksa. cepat2laaa engkau habissss
 
seperti yg anda nampak, sem ni saya belajar 6 subjek
yg makmal perisian matematik tu xde final (yay!)
yg akhlak tu plak ada final, tp sbb kumpulan kecik (24 org je dlm kelas. ye la... org sibuk nak amik munakahat. org pelik2 dgn org terpaksa je yg amik akhlak nih) so kitorg xm pada tarikh dan tmpt yg lecturer kitorg rasa sesuai. ikut suka dia la maknanya..!
yg lain tu, teras, teras, minor (saya amik 2 minor sem ni) dgn universiti (wajib amik)

soooo.....
study, dah x larat dh
main game, mcm lg byk je main
baca manga, time study week ni la baru terhegeh2 nak baca. selama ni x baca pun

oleh itu, janganlah jadi macam saya...
dan pesanan terakhir, selamat berjaya kepada semua!
all the best!

zuhair: doakan kejayaanku. x dpt dekan, dpt 4 rata pun xpe