assalamualaikum...
time tgh lecture statistik td, tetiba teringat lak nak tulis pasal ni
beza antara minta maaf dan terima kasih
mmgla benda ni beza kan? tapi adakalanya menggunakan salah satu daripada perkataan ini adalah lebih baik drpd perkataan yg satu lg
cth;
anda telah meminta tlg seseorg untuk menjaga barang anda. kata anda, anda akan pergi selama 5 minit sahaja. tapi tanpa anda sedari, anda telah terlewat daripada masa yg anda janjikan itu. daripada 5 minit, telah beranjak ke 15 minit. diburu rasa bersalah, anda telah meminta maaf kepada org itu berkali2. pada anda, itu tanda bahawa anda sgt2 menyesal kerana x menepati janji itu. tp adakah anda terfikir tentang apa persepsi org yg menolong anda itu?
dalam kehidupan kita, seringkali kita diajar untuk ringan mulut untuk meminta maaf apabila kita membuat kesalahan dan berterima kasih apabila kita dibantu oleh org lain
namun hakikatnya, kita lebih ringan mulut untuk berkata minta maaf berbanding terima kasih
bg situasi tadi, saya cadangkan agar anda berkata minta maaf sekadar sekali dua sahaja. jika benar anda nak tunjuk yg anda benar2 menyesal tentang kesilapan anda itu, gantikan sahaja perkataan itu dgn terima kasih
biarlah org itu mendengar perkataan terima kasih lebih banyak drpd perkataan minta maaf
perkara inilah yg saya cuba beritahu kpd seorg rakan saya
tapi kenapa?
sbnrnya, dgn meminta maaf, anda telah merendahkan diri anda dgn mengakui kesilapan anda. dgn berterima kasih pula, anda menunjukkan bahawa anda menghargai org yg membantu anda itu.
naluri manusia, kita lebih suka untuk rasa dihargai berbanding melihat org merendah diri.
tidak salah jika anda meminta maaf kerana salah anda itu, namun jika anda mahu menuturkannya lebih drpd 3 kali, adalah lebih baik anda menukar sahaja perkataan minta maaf itu kepada terima kasih
apabila anda berkata terima kasih, org yg membantu anda itu akan rasa lebih dihargai. secara x langsung, dia boleh melupakan salah anda tadi dan tidak akan berasa berat untuk membantu anda lagi pada masa hadapan
apabila anda berkata minta maaf byk kali pula, anda secara x langsung telah mengingatkan kesalahan anda itu berkali2 kpd org tersebut. akibatnya, kemungkinan anda akan berasa segan untuk meminta tlg daripadanya lagi. jika anda meminta tolong pun, mgkn dia akan berasa berat hati untuk membantu kerana teringat semula tentang kesilapan anda dahulu
antara minta maaf dan terima kasih, mana satu pilihan anda?
kuasa psikologi di tangan anda
terima kasih kerana membaca! ;-)
zuhair; that awkward moment when you learn about this from an anime...
No comments:
Post a Comment