agak lama hari tu, k'jaan telah memberikan baucer buku rm200 kpd semua pelajar u
saya pun apa lagi, mula la pegi memborong buku
salah 1 buku yg saya beli, buku nih
tapi yg saya beli nih bahasa melayu punya
buku ni secara basicnya, nk ajak pembacanya supaya memahami tentang jantina lawan supaya dpt memperbaiki hubungan dgn mereka
spt yg kita selalu dgr, byk kes penceraian berlaku dlm negara kita. ada juga pasangan2 yg bertahan dlm perkahwinan, tetapi x bahagia. salah 1 puncanya adalah kegagalan mereka ntuk memahami pasangan masing2
di sini, saya nak share dgn pembaca tntg apa yg saya dpt drpd buku nih
men are from mars, women are from venus mula2 sekali mengibaratkan bahawa lelaki dan wanita seperti makhluk dari 2 planet berbeza. bermakna, corak pemikiran, budaya dan tingkah laku antara lelaki dan wanita juga adalah berbeza. dgn memahami perbezaan inilah, kita akan dpt memperbaiki perhubungan dgn org yg berbeza jantina dgn kita
mari kita lihat serba sikit pasal apa yg diterangkan dlm buku nih;
LELAKI
1. lelaki sentiasa bertindak sbg mr. fix it iaitu org yg suka memberi cdgn ntuk menyelesaikan masalah. dalam kalangan lelaki, hal ini x mengapa kerana org lelaki hanya meluahkan masalah apabila mereka memerlukan jalan penyelesaian. namun bagi wanita, mereka meluahkan masalah ntuk berkongsi. jadi apabila lelaki memberikan penyelesaian, mereka merasakan yg mereka x difahami, x melaksanakan apa yg lelaki td suruh lalu membuatkan lelaki yg memberi cdgn td marah blk kat dia.
cth, puan A bgtau kat en B, "saya x sihat. rasa mcm nk demam". jawapan tipikal en B sbg lelaki ialah, "makanlah ubat". puan A akan berasa yg en B x memahami dia, lalu x jugak makan ubat. akhirnya, en B yg terasa hati dgn puan A kerana puan A x ikut cadangan dia.
sepatutnya, en B kena jawab, "macamana blh demam? kena hujan ke?" & juga jwpn2 lain yg menunjukkan dia ambil berat. bila en B melakukan sebegitu, puan A akan berasa dihargai dan berpuas hati dgn en B
WANITA
1. org perempuan suka bertindak sbg home improvement lady iaitu suka mengubah apa2 yg nmpk x elok pada pndgn mata mereka terhadap org yg mereka sayang. pada wanita, ini adalah cara ntuk mereka menonjolkan kasih sayang, sedangkan pada lelaki, dia terasa seperti terkongkong dan x bebas. hakikatnya, lelaki x suka diubah kerana ini hanya membuatkan yg dia rasa lemah. lelaki suka jika dia rasa diyakini dan dihormati
cth, en B akan naik flight ke luar negara. sbg isteri, adalah menjd perkara normal jika puan A menegur suaminya ntuk membawa pelbagai barang penting supaya x tertinggal. hakikatnya, en B berasa rimas jika ditegur sedemikian rupa. dia akan berasa yg puan A x percayakannya. cara yg terbaik, puan A sepatutnya berdiam diri sahaja. ini kerana lelaki perlu merasa sendiri kesilapannya. jika ditakdirkan yg en B ada tertinggal apa2 barang penting sewaktu penerbangannya, dia pasti akan ingat ntuk tidak mengulangi kesalahan yg sama
jd bagaimana?
anda dh dpt tgkp dh sikit, perbezaan antara anda dan jantina lawan anda?
saya sbnrnya ingat nk tulis lg, tp takut lak post ni akan jd sgt panjg smpaikan anda pun x lalu nak baca
oleh itu, insyaAllah saya akan sambung kriteria2 lelaki dan wanita yg seterusnya dlm post2 yg lain
zuhair; ohh... mcm ni rupanya perangai org prmpn...