assalamualaikum...
malam smlm, ada dianjurkan dialog antara agama di USM yg bertajuk, How Do We Define God
seramai 5 org ahli panel dan seorg moderator telah mengendalikan dialog nih
tujuan dialog ni dibuat sbnrnya adalah ntuk memberi peluang kpd org ramai ntuk mengetahui, bagaimanakah agama2 lain mendefinisikan Tuhan dlm kalangan mereka
sblm anda membaca, harus diingatkan bahawa anda harus memenuhkan hati anda dahulu bahawa Allah adalah Tuhan kita, Nabi Muhammad pesuruhNya dan anda membaca deinisi2 di bawah ini sekadar ntuk pengetahuan anda
jika terdetik di hati anda yg bukan2, istighfarlah dan perbaharui semula syahadah anda
berikut saya sertakan definisi Tuhan berdasarkan 5 panel yg berbeza agama tersebut
1. Hindu
masyarakat hindu mendefinisikan Tuhan sbg sempurna. namun begitu, mereka juga memahami Tuhan sbg banyak, boleh dikatakan juga bahawa Tuhan itu masing2 punya tugas tersendiri. Tuhan juga digambarkan sbg gagah, bijaksana dan cantik. mereka juga mempercayai kewujudan demigod (separuh Tuhan separuh manusia).
2. Buddha
penganut agama buddha percaya tentang adanya Tuhan, tetapi mereka tidak ada pergantungan terhadap Tuhan mereka. prinsip mereka lbh kpd kekuatan dalaman mereka sendiri ntuk mencapai kejayaan. mereka juga berpandangan bahawa sesiapa saja blh menjadi Buddha, tetapi harus menguasai 10 jalan kehebatan. mereka juga percaya kpd kelahiran semula. selagi manusia itu x dpt mencapai taraf tertinggi, mereka akan terus dilahirkan semula ke dunia
3. Sikh
masyarakat Sikh percaya bahawa Tuhan adalah satu kuasa yg sgt hebat, sempurna, tidak terkalah dan paling dahsyat. disebabkan kehebatan ini, mereka x ada istilah khas untuk Tuhan mereka. mereka berpendapat bahawa akal fikiran manusia sgt lemah, dan xkan mampu memikirkan mengenai Tuhan
4. Kristian
kristian mempercayai kpd 1 Tuhan, namun Tuhan itu berpecah lak kpd 3. mereka juga menganggap bahawa Tuhan sentiasa ingin berhubung dgn manusia. Tuhan juga menurunkan pelbagai peraturan, tetapi manusia x dpt mengikutnya kerana lemahnya manusia. sbg hukuman, Tuhan membuatkan Jesus mati disalib untuk menanggung semua dosa manusia, atas alasan Tuhan sgt sygkan manusia
5. Islam agamaku
Islam membawa definisi yg sgt menyeluruh, tidak tertinggal walaupun sedikit. Allah adalah Tuhan yg Esa, Maha Berkuasa, Pemerintah kpd segala pemerintah. Allah adalah tempat kita bergantung, perlu kita takuti dan sentiasa berharap kpd-Nya. Allah juga adalah Tuhan yg sgt penyayang kpd hamba-Nya, sehinggakan kasih Allah itu 70x melebihi kasih seorg ibu kpd anaknya. untuk pengetahuan, kasih seorg ibu itu sbnrnya adalah rahmat yg Allah titpkan kpd anaknya itu. jika Allah tidak memasukkan rasa syg ibu tersebut kpd anaknya, akan hancurlah anak itu.
moga2 penjelasan ini dpt memberikan sedikit sbyk kefahaman kpd kita
saya juga berharap bahawa anda dpt mengagumi dan memahami bahawa agama kita, Islam adalah sebenar2 agama
zuhair; gali dan teruskan gali ilmu agama sendiri
No comments:
Post a Comment