09 November 2010

batman arkham asylum, settle!!!


Title; Batman Arkham Asylum
Developer; Eidos Entertainment
Genre; Action Adventures
Label; 16+
My Achievement; 93%

Eidos pd saya adalah syarikat game yg saya x kenal pun sblm main game ni. Eidos xdela glamour mcm Rockstar, EA, Sony Entertainment mahupun Microsoft Games Studios. Namun, kerjasama Eidos dgn DC Comics, Warner Bros dgn sistem Unreal Technology sememangnya dikagumi. pd saya, game ni telah mengangkat nama Eidos di mata gamers2 lain (terutamanya saya). game ni gak serba sedikit membuatkan saya meminati Batman, watak adiwira yg plg saya x suka wktu kecik2 dulu. menariknya, game ni diarahkan sendiri oleh pelukis asal Batman, Bob Kane. saya gak gembira apabila melihat ada org sebangsa dgn saya mampu menembusi permintaan antarabangsa sbg Lead Quality Assurance, bernama Asyraf Mohammad

game ni bermula dgn penangkapan The Joker, musuh tradisi Batman yg berjaya ditgkp Batman stelah membuat kacau di Gotham City Hall. Kebetulan, penjenayah2 kes berat drpd Blackgate Prison telah dipindahkan ke Arkham Asylum kerana berlaku kebakaran di Blackgate baru2 ni. Batman yg x sedap hati kerana Joker seolah2 x melawan apabila ditgkp pergi menemani Joker ntuk dimasukkan ke dlm sel. spt yg dijgka, Joker dh merancang ntuk menawan Arkham Island seterusnya Gotham City dgn bantuan pembantunya, bekas dr. di Arkham Asylum sendiri iaitu Dr. Harleen Quinzel aka Harley Quinn. dptkah Batman menyelamatkan Arkham seterusnya Gotham?

Setting

Pulau Arkham. menariknya, pemain bkn je akan bermain di surface Pulau Arkham, malah akan masuk ke stp ceruk bangunan yg ada, melalui sewer & air ventillation kerana kbykn pintu masuk biasanya terkunci atau dihalang oleh boundary. kemunculan Batman secara tiba2 ke dlm sesuatu tmpt sememangnya berguna ntuk surprise attack. selain tu, Eidos gak dh memastikan stp tmpt blh dimasuki, xde sekatan. cthnya Batman xkan terperangkap ke satu2 tmpt yg tiada jln keluar (mslh yg selalu dihadapi oleh player yg suka explore, mcm saya)

Batman

sbg hero, sememangnya Batman mempunyai kelebihan tersendiri. seorg yg mempunyai intelektual yg tggi, cekap dlm combat, xkan membunuh org lain, berusaha menumpaskan jenayah di Gotham City, I say he is an admirable hero. plg menarik pd Batman adalah cara combat. Batman ada skil counter, attack, inverted takedown, quick takedown, throw, stun, quick batarang, quick batclaw & evade yg sgt berguna ketika berlwn dgn banduan2 Blackgate yg kebyknnya adalah org suruhan Joker. ntuk bergerak lak, button yg digunakan sgt simple. cthnya key SPACE blh digunakan ntuk glide, jump, climb & run. malah key SPACE adalah key yg mudah capai. bermain game ni gak memberitahu dilema Bruce Wayne aka Batman dan sejarah hidupnya, membuatkan saya sbg org yg xtau lgsg psl Batman sblm main game ni pun blh tertarik dgn Batman lepas main game ni. bagaimanapun, pergerakan Batman x sebebas assasins creed. batu2 yg bertingkat di arkham pun Batman xleh pnjt.

The Villains

Dlm game; The Joker, Bane, Mr Zsasz, Killer Croc, The Riddler, Poison Ivy, Harley Quinn & Scarecrow.
Xde dlm game; antaranya Catwoman, Mr. Freeze, Two Face, Hush & Clayface

villain dlm game ni diklasifikasikan sbg org gila. mereka dtg dari plbagai asal usul, namun berkongsi rasa yg sama, ingin melakukan jenayah. ada gak pnjht yg dtg dulunya genius, malah kata2 diorg kdg2 makes sense. cthnya Joker, Scarecrow, The Riddler, Harley Quinn, Poison Ivy, Mr. Freeze dll. dlm perlawanan lak, Batman selalunya akan lwn dgn org2 Joker. mereka terdiri drpd henchman biasa, henchman yg pegang pisau, henchman yg pegang batang elektrik & henchman yg bersenjata api. taktik ntuk menewaskan stp henchman gak berbeza & perlu diambil berat. ntuk boss, biasanya kamera akan bertukar ke posisi2 tertentu bg memudahkan player menewaskan boss2 tersebut. taktik ntuk menewaskan stp boss gak berbeza mengikut boss tersebut.

Watak2 baru

beberapa watak baru turut ditmbh ntuk game ni iaitu Warden Sharp, Dr. Penelope Young dan Frank Boles. masing2 memegang watak pntg dlm game ni. Warden Sharp adalah ketua Arkham Asylum sendiri yg sedang bertanding ntuk Mayor Campaign, Dr. Penelope Young lak berazam ntuk memulihkan pesakit2 asylum nih menggunakan Projek Titan, tanpa dia sedari dia telah dipergunakan oleh Joker ntuk menghasilkan raksasa2 bg menawan Gotham. Frank Boles lak adalah pegawai Arkham Asylum yg mengkhianat Arkham dan menolong Joker.

Gadget

sbg hero yg xde super powers, malah penjenayah2nya pun xde super powers, sudah tentulah Batman ada mencipta gadget2 tersendiri. Antara yg available dlm game adalah Batarang, Batclaw, Explosive Gel, Cryptonic Sequencer (atau apa je lah nama dia, rumit sgt nk eja) & Line Launcher. semuanya akan available sepanjang player main game ni & ada kegunaan2 tersendiri.

Riddler's Challenge

bg mengurangkan kebosanan, game ni gak features Riddler's Challenge. sebyk 240 Riddle, Interview Tape, Riddlers Trophy, Map dan Chronicles of Arkham turut dimasukkan ke dlm game ni. selesai 240 riddle akan membuatkan lokasi operasi Riddler dikantoikan oleh Batman lalu ditgkp polis. selain tu, membantu pemain ntuk mencapai 100% completion.

Kesimpulannya, game ni dpt disimpulkan sbg game adiwira yg plg menarik. sekalipun jln cter agak linear, namun Eidos dpt memberi sedikit kebebasan ntuk player explore apa yg ada di Arkham Asylum. Check it out!

zuhair; kalau diberi plhn ntuk rank game2 yg penah saya main, saya bg game ni tmpt ke-3 selepas GTA IV & Assasin's Creed 2!

2 comments:

  1. hahaha. bro, ada cd dia tak?? nak try laa..
    lagi satu - batman : arkham city tak lama lagi keluar ( or maybe dah keluar kot?) - taknak cuba?? hehe...

    -pakcik hil_dikras-

    ReplyDelete
  2. cd xde la hilmi. installer ada la. nk??
    btl ke ada batman ; arkham city?
    huiii... msti best nih! kena cari!!!!
    heheh

    ReplyDelete