23 September 2012

demam PRK

assalamualaikum...

sejak 2 menjak ni,saya rasa ramai yg tahu bahawa kebanyakan ipta sedang mengadakan pilihan raya kampus, tidak dilupakan USM turut merasai kehangatan yg sama.
2 parti utama - pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa masing2 mempersiapkan diri untuk menghadapi gelombang pilihan raya itu
ramai pelajar sudah bersemangat untuk mengundi, dan antara manusia yang turut bersemangat untuk mengundi itu adalah saya sendiri

dalam pilihan raya di peringkat universiti, adalah diingatkan bahawa kedua2 parti itu tidaklah terlibat secara langsung dgn politik semasa, walaupun kadangkala dpt dilihat bahawa Aspirasi byk disokong oleh kerajaan manakala Mahasiswa pula byk dibantu oleh pembangkang
pada saya, dlm mengundi, adalah penting untuk kita mengundi calon yg benar2 mampu bekerja, bukannya kita mengundi kerana parti yg dia wakili
ini disebabkan sistem politik di universiti berbeza dgn politik kebangsaan

saya ingin sekali untuk menerangkan sistem ini, namun saya hilang ayat untuk menerangkannya
oleh itu, saya hanya mahu mengucapkan selamat mengundi kpd semua mahasiswa/wi
pilihlah calon yg terbaik

zuhair: mengundi 25 september nih

05 September 2012

29 februari

assalamualaikum...

dah lama sungguh x tulis kat sini. sbnrnya saya ada je benda nak tulis. tp dek kerana kemalasan dan jugak nak jimat data broadband yg dikongsi dengan adik, saya buat keputusan untuk berhenti sebentar menulis blog

baru2 ni saya berkesempatan menonton filem 29 Februari, terbitan KRU Productions. disebalik sikap skeptikal keluarga dan rakan2 bahawa filem melayu biasanya x berkualiti, membosankan dan mudah cepat ada di internet untuk dimuat turun, saya gagahkan jugak untuk tgk filem ni di panggung, walau seorang diri

29 Februari mengangkat kisah Budi, seorang lelaki yg dilahirkan pada 29 Februari 1900. disebabkan itu, umurnya hanya meningkat 4 tahun sekali. sepanjang hidupnya itu, dia pernah berada di bawah pemerintahan kolonial British, Jepun, melihat sendiri pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman, melalui detik2 sukar 13 Mei 1969, malah terikut2 juga dengan fesyen rakyat Malaysia pada tahun 90-an.

tahun 1957, dia jatuh cinta kepada wanita cina bernama Lily. namun keluarga Lily tidak merestui perhubungan mereka itu. akibatnya, Lily melarikan diri dari rumah. Budi yang sangat mencintai Lily itu kemudiannya menghabiskan seumur hidupnya untuk mencari Lily. Adakah dia berjaya menemui cintanya itu?

Ulasan:

1. berbeza dengan filem2 melayu kini yg sangat buruk, 29 Februari meletakkan susunan plot dgn sebegitu kemas. tidak ada yg tertinggal. misalnya mengenai Razak, rakan kepada Budi yang buta. walaupun dia telah melarikan diri dari rumah anak yatim kerana terkesan dgn kata2 Budi yg seolah-olah memperkecilkannya, Budi akhirnya berjumpa juga dgn Razak pada tahun 90-an. ini berbeza dgn cerita2 melayu skrg yg selalunya meninggalkan kesudahan kpd watak2 minor seperti Razak sebegitu sahaja

2. penggunaan kamera di dalam filem ini menunjukkan yg memang ia dibuat untuk paparan 3d. walaupun begitu, saya berpendapat bahawa filem ini x sesuai untuk dijadikan 3d kerana ia bukanlah filem aksi. tidak dilupakan, warna kamera juga berubah mengikut zaman. pada tahun 1900, anda akan berasa seolah-olah menonton filem lama (hitam putih). kualiti warna kamera mulai berubah menjadi lebih baik apabila meningkatnya tahun. apa yg menarik, video pengisytiharan kemerdekaan telah diambil daripada rakaman yg sebenar tetapi diwarnakan.

3. saya berpendapat bahawa filem ini terlalu sekejap. banyak lagi kisah mengenai Budi yg patut dipaparkan. misalnya pada tragedi 13 Mei, hanya sikit sangat unsur-unsur sejarah yang diselitkan. jika filem ini dipanjangkan ke 3 atau 4 jam, saya percaya yang 29 Februari boleh menjadi lebih baik

4. nilai-nilai murni sangat banyak diselitkan di dalam filem ini. misalnya usaha Pak Salam membuka rumah anak yatim, kemudian juga usaha Budi dan Razak menjual bakul rotan untuk menampung rumah anak-anak yatim tersebut. saya teringat juga kata-kata Razak, "memanglah aku ni buta..." apabila adik Lily memarahinya kerana terlanggar sesama mereka.

5. unsur-unsur patriotisme sangat jelas di dalam filem ini. misalnya mengenai rumah yang telah ayah Budi tinggalkan kepadanya. Budi berpegang teguh amanat ayahnya untuk menjaga rumah itu walaupun ada rakan-rakan Budi menasihatkannya untuk menjual rumah itu, simbolik bahawa kita seharusnya menjaga amanah yg kita pegang sekarang ini iaitu negara Malaysia.

secara kesimpulan, 29 Februari adalah sebuah filem yg sangat bagus untuk ditonton. walaupun anda mungkin tidak suka menonton wayang atau tiada wang untuk ke panggung, mungkin anda boleh menontonnya pada kemudian hari. sebuah filem kenegaraan yang ringkas, mudah difahami dan memberi mesej2 berguna

zuhair: sangat memilih cerita untuk ditonton

12 June 2012

adakah anda stress..??

assalamualaikum...

sekarang ni adalah musim peperiksaan bagi hampir semua universiti, terutamanya universiti awam (IPTA)
saya pasti, kebanyakan dari anda mesti tengah stress kerana menelaah dan mengulangkaji segala yang dipelajari sepanjang semester
namun begitu, saya suka ingatkan bahawa terlalu stress boleh memudaratkan anda
oleh itu, cuba anda uji diri sendiri
adakah anda sangat stress??

read carefully text below:
the next image shows 2 identically dolphins. it is used in hospitals to measure the level of stress at patients. look at the dolphins jumping out from the water. REMEMBER: THE DOLPHINS ARE IDENTICAL! a scientific research has shown in spite of the fact that the dolphins are identical, a stress person will find several differences between them. if he/she are stress more, he/she will found more differences between the 2 dolphins. look at the picture below, and if you find more than 2 differences, you should take a break and do something to release your stress























 

zuhair: saya harap pembaca2 blog saya ni x stress ekk..! hehe

05 May 2012

bahangnya kian terasa...

assalamualaikum...

"apa post yg plg byk zuhair jmpa kat fb skrg ni?" abg azam tanya saya
saya jawab, "kawin!"

sejak 2 menjak ni, byk sggh post2 pasal kawin kat fb
mmg masa2 mcm ni adalah masa yg sesuai ntuk mendirikan rmh tgga
tmbh plak kalau dgr ceramah pasal kawin, srnk je...

pada saya, berkahwin sememangnya keperluan kita sbg manusia
tidakkah kita inginkan seseorg yg sentiasa bersama kita semasa ssh dan senang, tangis dan tawa bersama, saling usik mengusik, dan org itu juga sentiasa mendamaikan jiwa kita?
namun, kita seringkali mahukan sesuatu, tetapi kita x berusaha ntuk mendapatkannya

bagaimana blh kita dptkan pasangan yg mempunyai ciri2 idaman kita?
jwpnnya mudah: jadilah lelaki/wanita idaman kpd bakal pasangan anda!

"when you stop searching for a prince and make Allah the King for your heart, He will complete your fairytale"

"ntuk mendapatkan jodoh yg terbaik, jdlah yg terbaik ntuk jodohmu."

"kita bkn sahaja mencari teman hidup, kita juga mencari ayah/ibu yg terbaik ntuk anak2 kita"

sblm berkahwin, pastikan ilmu agama cukup, ilmu suami isteri cukup, ilmu mengurus kewangan cukup, ilmu kekeluargaan pun cukup, dan fahamilah pasangan anda. kadang2 1 perkara yg kecil pun blh membawa kpd bencana dlm rumahtangga.

zuhair: "we always have a friend that gives advice about relationship to others, but he doesn't have any gf/bf" that awkward moment when you realize that the person is you... huhu

23 April 2012

men are from mars, women are from venus pt 1

assalamualaikum...

agak lama hari tu, k'jaan telah memberikan baucer buku rm200 kpd semua pelajar u
saya pun apa lagi, mula la pegi memborong buku
salah 1 buku yg saya beli, buku nih

tapi yg saya beli nih bahasa melayu punya

buku ni secara basicnya, nk ajak pembacanya supaya memahami tentang jantina lawan supaya dpt memperbaiki hubungan dgn mereka
spt yg kita selalu dgr, byk kes penceraian berlaku dlm negara kita. ada juga pasangan2 yg bertahan dlm perkahwinan, tetapi x bahagia. salah 1 puncanya adalah kegagalan mereka ntuk memahami pasangan
masing2
di sini, saya nak share dgn pembaca tntg apa yg saya dpt drpd buku nih

men are from mars, women are from venus mula2 sekali mengibaratkan bahawa lelaki dan wanita seperti makhluk dari 2 planet berbeza. bermakna, corak pemikiran, budaya dan tingkah laku antara lelaki dan wanita juga adalah berbeza. dgn memahami perbezaan inilah, kita akan dpt memperbaiki perhubungan dgn org yg berbeza jantina dgn kita

mari kita lihat serba sikit pasal apa yg diterangkan dlm buku nih;

LELAKI

1. lelaki sentiasa bertindak sbg mr. fix it iaitu org yg suka memberi cdgn ntuk menyelesaikan masalah. dalam kalangan lelaki, hal ini x mengapa kerana org lelaki hanya meluahkan masalah apabila mereka memerlukan jalan penyelesaian. namun bagi wanita, mereka meluahkan masalah ntuk berkongsi. jadi apabila lelaki memberikan penyelesaian, mereka merasakan yg mereka x difahami, x melaksanakan apa yg lelaki td suruh lalu membuatkan lelaki yg memberi cdgn td marah blk kat dia.

cth, puan A bgtau kat en B, "saya x sihat. rasa mcm nk demam". jawapan tipikal en B sbg lelaki ialah, "makanlah ubat". puan A akan berasa yg en B x memahami dia, lalu x jugak makan ubat. akhirnya, en B yg terasa hati dgn puan A kerana puan A x ikut cadangan dia.
sepatutnya, en B kena jawab, "macamana blh demam? kena hujan ke?" & juga jwpn2 lain yg menunjukkan dia ambil berat. bila en B melakukan sebegitu, puan A akan berasa dihargai dan berpuas hati dgn en B


WANITA

1. org perempuan suka bertindak sbg home improvement lady iaitu suka mengubah apa2 yg nmpk x elok pada pndgn mata mereka terhadap org yg mereka sayang. pada wanita, ini adalah cara ntuk mereka menonjolkan kasih sayang, sedangkan pada lelaki, dia terasa seperti terkongkong dan x bebas. hakikatnya, lelaki x suka diubah kerana ini hanya membuatkan yg dia rasa lemah. lelaki suka jika dia rasa diyakini dan dihormati

cth, en B akan naik flight ke luar negara. sbg isteri, adalah menjd perkara normal jika puan A menegur suaminya ntuk membawa pelbagai barang penting supaya x tertinggal. hakikatnya, en B berasa rimas jika ditegur sedemikian rupa. dia akan berasa yg puan A x percayakannya. cara yg terbaik, puan A sepatutnya berdiam diri sahaja. ini kerana lelaki perlu merasa sendiri kesilapannya. jika ditakdirkan yg en B ada tertinggal apa2 barang penting sewaktu penerbangannya, dia pasti akan ingat ntuk tidak mengulangi kesalahan yg sama

jd bagaimana?
anda dh dpt tgkp dh sikit, perbezaan antara anda dan jantina lawan anda?
saya sbnrnya ingat nk tulis lg, tp takut lak post ni akan jd sgt panjg smpaikan anda pun x lalu nak baca

oleh itu, insyaAllah saya akan sambung kriteria2 lelaki dan wanita yg seterusnya dlm post2 yg lain

zuhair; ohh... mcm ni rupanya perangai org prmpn...

11 April 2012

fikirlah positif!

assalamualaikum...

saya sbnrnya tertarik dgn 1 pos yg saya baca kat 9gag

cter dia cmni;

suatu hari, ada seorg lelaki telah jatuh cinta dgn seorg wanita
lelaki itu berusaha memikat hati wanita itu
nmpknya seperti sudah berjaya, namun apabila diberitahu, ternyata cintanya tidak ke mana

walaupun begitu, lelaki itu tidak kelihatan sedih
kawan baik lelaki tu pun tanya, "kenapa awak x sedih walaupun cinta awak ditolak?"
lelaki tu jawab, "mengapa saya harus sedih? saya beruntung kerana kehilangan org yg x cintakan saya. perempuan itulah yg rugi kerana kehilangan org yg mencintainya"

moral of the story: be positive!

zuhair; refleksi kepada diri.... mungkin

01 April 2012

earth hour

assalamualaikum...


saya telah laksanakan
bagaimana pula dgn anda?