17 August 2013

Seronok Sekejap

assalamualaikum...

seminggu beraya ni adalah minggu beraya paling sakan yang pernah saya rasai sepanjang hidup
selain daripada balik kampung, terdapat beberapa aktiviti yang telah saya lakukan sepanjang seminggu Syawal

1. Raya ke-3: AEON Pasir Putih

saya pergi ke sana pada hari raya ke-3 untuk menonton wayang. dalam pada nak tengok wayang tu, kami pun sempat-sempat la usha Popular bookstore. satu benda yang membanggakan bila saya tengok, dalam top 3 buku pilihan pembaca ada buku UAI dan UKE
buku Ustaz Azhar Menjawab Permasalahan Ummah menduduki tempat pertama manakala buku Tuhan Menguji Kita daripada Ustaz Kazim menduduki tempat ketiga. ini membuktikan yang rakyat Malaysia mulai cakna tentang agama kita
syabas rakyat Malaysia!

selain tu saya juga jumpa signboard yang menarik ni;


DILARANG KENTUT

haha. buat lagi signboard pelik-pelik, memang saya bagi tafsiran pelik la

2. Raya ke-6: Simpang dan Kamunting

rombongan ni bermula apabila kawan sekolah saya, sapet merancang untuk ke taiping bersama afiqah dan athirah. semuanya kawan sekolah menengah dulu. entah macamana, orang tu kena ajak, orang ni kena ajak, last-last kitorang ada 18 orang semua sekali! punya laa ramai...! haha
mula-mula kami pergi ke Kamunting (rumah Farah Afiqah, Hazman dan Ainuddin). kemudian pergi ke Simpang (rumah saya, Raja Syamim dan Kartini). seronok memang seronok. tapi awat laaa depa dok jamu bihun je. saya ni udahla tak gemor bihun nie... huhu

Kawan-kawan sekolah. Ada Shidah, Raja, Akma, Tini, Suhaibah, Razihan. Lya. Shuhada, Adni, Farah, Afiqah, Faridah, Athira, adik Adni, Zuhair, Sapet, Hafiz, Hazman, Ainuddin

dan kami jugak dapat khabar gembira yang suhaibah akan bertunang hari ni..! (17/8/13)
tahniah suhaibah!!

3. Raya ke-7: rumah Malip (alif zuhairi)

program ni dirancang oleh Hilmi. dia ajak pegi rumah malip pada hari sebelumnya. tapi disebabkan nak beraya, so program ni ditunda pada masa ini. kali ni saya, hilmi dan hafiz cuma pergi ke rumah malip je. saya ingat malip dah kurus. rupanya sama je. hahaha. sori malip..!

4. Raya ke-9: rumah sapet

waktu kitorang beraya kat tepeng tu, sapet ada la gitau yang dia nak buat rumah terbuka hari raya ke-9. tapi sebab takde sapa nak drive, semua malas pegi. tapi waktu gi rumah malip ari tu, hilmi kata dia ok nak drive. so kitorang pegi la ke unikl manjung tu. boleh tahan jugak unikl ni. tambah dekat dengan air laut. memang seronokla buat aktiviti marin
antara makanan yang sempat kami rasa, rendang kerang, mee rebus, ketupat dan nasi minyak

5. Raya ke-10: rumah dya. (makwe sani)

sani ni... err... besfren saya sejak sekolah lagi. so hari ni kitorang pegi la beraya kat rumah makwe dia. makwe dia suka masak. ari ni sempat la saya merasa nasi tomato si dya ni masak. sedap gak. pastu kitorang g jalan-jalan kat tepeng sentral. pastu makan kat kfc. rupanya si dya ni nak buat birthday kat sani awal-awal, sebab nanti tak jumpa dah. so tadi kami bawak la kek gi kfc.
ni la kek nya


err.. apa yang tertulis tu hah? tadi waktu saya makan, tak baca pun tulisan tu. haha
lantak lah

so itu sajalah cerita saya beraya seminggu. isnin kena kerja dah.
jumpa lagi!

zuhair: untunglah ada orang sayang...

03 August 2013

Antara puasa dan solat

assalamualaikum...

alhamdulillah, sebulan sudah saya berjaya menghadapi liku2 menjadi seorg guru
dalam sebulan ni, byk yg saya belajar tentang kehidupan seorg guru, terutamanya guru yg mengajar di sekolah biasa
dan dgn izin Allah, saya diberi peluang juga ntuk menjadi guru pada bulan Ramadhan

sepanjang saya berada di sana, saya kerap ditanyakan dgn 1 soalan. soalan yg pada saya tidak perlu untuk ditanya
soalannya adalah
"Cikgu puasa x?"
adik2... mestilah puasa! xkan x puasa kot. apa yg mendorong budak2 ni tanya soalan cmni ha?

jadi sepanjang pemerhatian saya di sana, dapatlah saya simpulkan bahawa bdk2 yg bertanya ni tidak mampu melengkapkan penuh puasa mereka. kebanyakannya kerana sakit, namun tidak kurg juga yg ponteng.
ini buatkan saya terpikir sesuatu benda

di Malaysia, kita lbh terdorong ntuk menyuruh anak kita berpuasa berbanding menyuruh mereka solat. mana x nya, anak umur 5 tahun pun dh sruh praktis puasa. tp kalau solat, x plak disuruh praktis.
tetapi sekiranya puasa mereka pun berlubang2, sedangkan umur mereka sudah meningkat, bagaimana solat mereka?

just an unanswered question. leave it, or take it

zuhair: semoga kita dpt mendidik anak ntuk menjadi soleh dan solehah