20 April 2013

Pra PRU '13 - Satu Analisis

assalamualaikum...

20/4/2013
hari ni adalah hari penamaan calon untuk calon2 dan parti2 yg bakal bertanding dalam PRU 13 nanti
pada saya, PRU 13 ni sangat menarik. kenapa? sebab nampaknya PR begitu bersemangat untuk menakluki Putrajaya, manakala BN pula bersungguh2 cuba mempertahankan kedudukan

bertepatan dgn tajuk post ini, saya hanya berniat untuk melakukan analisis, sekaligus cuba membangkitkan persoalan2 yg mungkin menarik pada pandangan anda

sekarang ni, di laman2 sosial, penuh dgn post2 kempen tentang PRU 13. walaupun begitu, saya melihat kbanyakannya adalah post yg menyebelahi PR. mungkin kerana kebanyakan rakan saya menyokong mereka.

sebagai seorg anak muda yg celik sejarah, dan suka memerhati, saya tertarik untuk melihat apa yg bakal jadi sekiranya BN atau PR menang PRU 13

sekiranya BN menang. apa bakal jadi?

1. adakah duit BR1M, BB1M, dan lain2 produk 1M lain akan diteruskan?
2. adakah negara kita akan dpt survive dlm krisis ekonomi yg saya jangka akan melanda x lama lg?
3. adakah pembangunan negara akan diteruskan seperti yg dicanang? pembangunan bagaimana yg dimaksudkan?
4. adakah UMNO mampu bertegas dalam mempertahankan kerusi apabila melihatkan semakin byk kerusi telah diberi kepada parti2 komponen yg lain atas kapasiti "toleransi"?
5. mampukah BN melaksanakan hukuman2 yg lebih menepati syariah memandangkan sudah ramai org mempunyai kesedaran tentang Islam?
6. Manifesto BN dilihat sebagai sangat umum. mungkin kerana bagi memastikan bahawa semua janji tersebut boleh ditepati. namun, mampukan BN melakukan lebih lagi? atau yg lebih itu hanya akan keluar sewaktu PRU 14 bakal tiba?

sekiranya PR menang, apa bakal jadi?

1. saya sentiasa terfikir tentang persoalan ini. siapa yg akan jadi Perdana Menteri? adakah wakil dari PAS, PKR atau DAP? umum mungkin menjangka DSAI yg bakal menjadi PM. namun pada saya, kenapa PAS harus memberi laluan kepada DSAI menjadi PM, sedangkan mereka sendiri lebih kuat dari PKR? malah saya melihat PAS lebih bersungguh2 berkempen untuk menang berbanding parti lain.
2. dengarnya, bilangan penjawat awam bakal dikurangkan sekiranya PR mengambil alih pentadbiran. jika benar, apakah nasib penjawat2 awam yg dilepaskan dari pekerjaan mereka itu? bagaimana pula dengan nasib Mara dan org2 yg bekerja di sana?
3. adakah PAS boleh membentuk persepakatan untuk melaksanakan hukum hudud, memandangkan pelaksanaan hukum hudud telah lama diimpikan oleh PAS.
4. mampukah negara kita survive dalam krisis ekonomi yg saya jangka akan berlaku x lama lg?
5. manifesto PR dilihat sbg sangat indah. persoalannya, mampukah 100% dilaksanakan, atau hanya seperti hanya bermimpi di siang hari?
6. melihatkan dakwaan PR bahawa kerajaan BN ni sebagai boros dan merugikan negara, adakah PR mempunyai rancangan untuk melonjakkan semula ekonomi negara? jika ada, adakah ia nya kreatif, brmaksud adakah rancangan itu tidak melibatkan penjualan tanah negara ini terhadap orang luar?

pada saya, walau siapa pun yg menang nanti, semoga parti yg menang itu boleh memacu negara untk mencapai status negara yg maju. bukan sahaja dari aspek fizikal, malah dari aspek kemanusiaan juga
kepada parti yg menang, jadi lah parti pemerintah yg baik. kepada parti yg kalah, jadi lah parti pembangkang yg baik
kepada parti yg bakal memerintah, saya ucapkan tahniah. laksanakanlah amanah rakyat ini sebaik2nya
kepada parti yg bakal kalah, satu saya pesan, jgn lah lupa konsep redha. jika Allah tidak mengizinkan kemenangan kepada anda, fikir semula. adakah ada sesuatu yg tidak kena di dalam parti anda? yg membuatkan Allah tidak mengizinkan kemenangan kepada parti anda?

zuhair: lebih suka dgr ceramah agama daripada ceramah politik