23 February 2011

peperiksaan semakin hampir..!

esok, mula test 2 smpai mggu dpn...
mggu lg 1 study week
mggu pastu FINAL!!!!!

kawan2, good luck 4 your examination!!!

16 February 2011

Maulidur Rasul punya cerita...


semalam, 12 Rabiul Awal adalah hari sambutan Maulidur Rasul
sambutan ini adalah ntuk mengingati junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W
baginda adalah seorg manusia yg paling agung, kekasih Allah & sepatutnya menjd kekasih kita gak

namun,
saya hairan, mengapa ada kata2 yg membangkang sambutan ini diadakan
saya faham, bahawa sambutan Maulidur Rasul x pernah dilakukan oleh Rasulullah
namun, cuba kita buka minda dan teliti signifikannya sambutan Maulidur Rasul ini

1. apa yg selalu kita lakukan semasa sambutan Maulidur Rasul? adakah kita buat konsert? pertunjukan bunga api? pesta2 yg mencampurkan lelaki & wanita? TIDAKK!!!
sebaliknya kita mengadakan majlis2 ilmu, bykkan selawat, mengajak org ramai agar sama2 menghayati perjuangan Baginda dan para sahabat. bukankah itu 1 perkara yg baik?

2. zaman sekarang, maksiat sudah berleluasa. ibu buang anak, anak buang ibu bapa, perceraian bertambah2, kecurian, pembunuhan, rogol sudah menjd berita yg sgt jemu ntuk kita dgr. ramai manusia yg sudah terlupa tentang cara hidup Islam yg sbnr. ramai drpd kita yg terlalu sibuk mengejar dunia sehingga terlupa tntg akhirat yg semakin hari semakin dekat. lalu, apalah salahnya jika sambutan Maulidur Rasul ini menjadi alarm agar kita dpt sama2 kembali ke pangkal jalan..?

3. kita jarang diingatkan tentang jerih payah dan penat lelah Rasulullah & para sahabat dlm menyebarkan agama Islam yg suci ini. justeru, Maulidur Rasul blh kita gunakan sbg jejambat ntuk menyemaikan cinta kita kpd Rasulullah yg semakin lama semakin pudar. bukankah salah 1 drpd tanda kemanisan iman adalah Mencintai Allah & Rasulnya lebih drpd segala2nya yg ada di dunia?

semoga kita dpt sama2 menggapai kemanisan iman & dibuang dlm hati kita perasaan al-wahan (cintakan dunia & takut mati)
sesungguhnya berkorban kerana Allah itu adalah sebaik2 pengorbanan

zuhair; g konsert motivasi UNIC semalam. tertarik dgn 1 part lirik lagu baru diorg,

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sbg senjata

13 February 2011

hakikat cinta

hari khamis lpas, org2 kuat UiTM p. alam ada buat 1 forum, tajuknya 'Forum 18++'
lain mcm je bunyinya...

saya sbnrnya bersetuju tentang pndgn seorg panel berkenaan sikap kita terhadap cinta
kita sering menganggap cinta tu adalah cinta antara seorg lelaki & seorg prmpn
kita sering terlupa tentang
* cinta ibu kpd anaknya
* cinta bapa kpd anaknya
* cinta anak kpd kedua dua ibu bapanya
* cinta sesama adik beradik
* cinta sesama saudara mara
* cinta sesama Islam

dan yg paling penting
* cinta Allah kpd hambaNya
* cinta Rasulullah kpd umatnya
* cinta kita kpd Allah dan RasulNya

dlm forum tersebut, ada ditanyakan 1 soalan yg sgt menarik
saya pasti setiap org mesti nk tahu jwpn soalan ni;
"bagaimanakah kita boleh mencari cinta sejati..???"


jwpnnya mudah sekiranya kita memikirkan tentang Pencipta kpd cinta
siapa??
Allah S.W.T yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang

cinta sejati hanya akan terjadi apabila kedua2 lelaki & perempuan itu meletakkan cinta kpd Allah sbg keutamaan perkahwinan mereka
apa buktinya??

buktinya, sekiranya Allah begitu mudah menciptakan perasaan cinta dan diletakkan ke dlm hati makhluk2Nya, apakah payah ntuk Allah menghadirkan cinta kpd sepasang suami isteri..?
cinta adalah sesuatu yg blh dicari, malah boleh dihadirkan ke dlm diri
sbb itulah tidak ada istilah couple dlm Islam, kerana cinta selepas kahwin lbh berganda2 manis drpd cinta sblm kahwin

apabila kedua2 suami & isteri meletakkan Allah sbg keutamaan, sudah tentulah tiada
- penderaan
- penderhakaan
- curang
- mengabaikan isteri anak2
- tidak bertanggungjawab
& yg byk berlaku skrg ni, menjadi kebimbangan semua, iaitu perceraian

Allah telah menciptakan cinta, namun Dia hanya meletakkan sikit je bhgn cinta tu di dunia, yg byknya nanti adalah di syurga nanti. namun kerana cinta yg sedikit itulah;
* seekor kucing menyerang org yg mengganggu anaknya
* seekor burung layang2 sanggup turun ke tanah apabila melihat psgnnya lemah x bermaya
* seekor kangaroo membawa anaknya di dalam kantung sepanjang masa
* seekor monyet mendukung anaknya di belakang badan
* seorg ibu sanggup mengikat jamin anaknya yg pernah mencuri duitnya
* seorg bapa berusaha membanting tulang 4 kerat ntuk memastikan anak2nya makan
* seorg lelaki yg hidup pd zaman Rasulullah tidak sempat bertemu dgn baginda kerana sibuk menjaga ibunya yg sakit & mendukung wanita itu ke mana2

lalu, apabila kita melihat begitu byk yg dilakukan oleh makhluk2 Allah kerana cinta yg sedikit yg Allah telah turunkan di dunia, tidakkah kita mahu cinta yg selebihnya di syurga nanti?

zuhair; moga2 Allah jdkan kita hamba yg Dia cintai, moga2 kita mencintai Allah & RasulNya lebih dari segala2nya

08 February 2011

bgslah diorg nie..!

quick and simple post;

cuti raya cina nih, saya dpt 3 cter Malaysia yg saya nk tgk iaitu magika, 4 madu dgn ngangkung
sy sbnrnya nk pujilah krew2 yg buat cter2 ni
walaupun cerita2 yg dibuat ni untuk hiburan, namun masih ada pendidikan yg diterapkan
sy berbangga kerana pembikin2 filem kita skrg ni mampu mengeluarkan produk yg sy anggap amat baik dan berkualiti
moga2 idea2 pembikin filem kita x terkongkong & selalu 'out of the box'

bak kata org kuat animasi upin & ipin
'cter upin & ipin ni adalah animasi yg bercahaya. kita memberi nasihat, tp bkn dgn cara preaching'

iyelah, mendidik masyarakat yg kurang ilmunya perlulah bermula dari bwh, spt kita belajar solat, bermula dgn mengikut dahulu pergerakan org lain bersolat
barulah kita melafazkan satu persatu bacaan di dlm solat

zuhair; teringin nk tgk cter hantu kak limah blk rumah. sapa ada..??